Pelik. Soalan yang aku sendiri tidak faham. Aku kaget. Ya Allah, lelaki itu turun daripada motosikal dan menghampiriku. Apakah ini? Ya Allah dia semakin hampir! Ya Allah...aku bakal menjadi mangsa samun!
“Allahuakbar!!!”
“La ilahaillallah.. Muhammad Rasulullah!!”
Itulah kalimah yang terpacul keluar dari mulutku saat pisau panjang diacu rapat ke perut. Tangan sasa lelaki berhelmet dan berbaju hujan itu semakin kuat memaut lenganku.
“Bagi semua barang yang ada!!” jerit lelaki itu.
“Allahuakbar!!!”
“La ilahaillallah.. Muhammad Rasulullah!!”
Kalimah itu tiada henti ku laungkan.
“Ambillah semua barang ni. Jangan buat apa-apa kat saya.. Ya Allah, tolong aku!”
Aku hulurkan sahaja semua barang yang berada di sisiku. Pencil case berjenama GUESS milik Along, dan beg berisi pakaian, buku-buku, handphone dan purse. Semuanya aku hulurkan. Mataku merenung tingkah lelaki yang aku kira sudah menjelma menjadi syaitan saat itu. Ya, tiada belas lagi pada wajahnya. Sedang seorang lagi rakan penyamunnya sudah siap sedia menunggu di atas motor. Lelaki di hadapanku ini pembonceng motosikal tersebut.
Saat kesusahan ini aku hadapi, tiada siapa yang mampu menghadirkan bantuan melainkan Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku teringat bahawa sepanjang perjalanan aku ke bus stand petang itu aku iringi dengan kalimah-kalimahNya. Doa menolak bencana di langit dan bumi memang sudah sentiasa meniti di bibirku. Aku yakin,
bilamana kita mengenang Allah di masa kita senang, pasti Allah akan mengenang kita di masa susah.Aku berserah diri pada Allah. Jika aku melawan syaitan di hadapanku itu, aku khuatir berlaku perkara yang tidak diingini.
Tiba-tiba sebuah kereta BMW hitam yang aku pasti berasal daripada kawasan kejiranan kami perlahan-lahan menyusuri jalan yang sunyi itu. Aku melambai-lambai ke arah kereta itu. Aku pasti pemandunya dapat melihat dengan jelas pergelutan yang sedang berlaku. Sedikit gusar kalau-kalau pisau panjang di perut itu ditikamnya sang penyamun! Kepada Allah aku bertawakkal. Dalam hati, aku tidak putus-putus berdoa agar Allah hadirkan bantuan melalui pemandu kereta BMW hitam di hadapanku ini.
Alhamdulillah, kuasa Allah membatasi segala-galanya. Allah ilhamkan pada hati pemandu tersebut untuk memberhentikan keretanya kira-kira 2 meter dari bus stand. Cemas dengan tindakan pemandu BMW itu, sang penyamun menyerah kalah pada kuasa Allah.
Tangannya hanya sempat mencapai pencil case yang pastinya dia fikir tas tangan yang berisi wang dan sebagainya. Pencil case itu agak besar saiznya dan sedikit berat. Warna hitam pekat dan tertera jenama GUESS pada pemegangnya. Harga sekitar RM100 lebih.Tetapi, pencil case itu milik Along sebenarnya. Aku terkilan kerana penyamun itu mengambil harta bukan milkku.
Aku tergamam setelah 2 orang penyamun itu sudah beredar. Tetapi tiba-tiba sahaja mereka kembali menoleh ke arahku. Aku kaget. Lantas, kesempatan yang ada, sedang kereta BMW itu masih di situ perlu aku manfaatkan sebaik mungkin. Aku berlari kembali ke arah rumahku yang terletak kira-kira 100 meter dari bus stand. Air mata meluncur laju dan esak tangisku mengiringi perjalananku ke rumah. Aku mahu berterima kasih kepada pemandu BMW itu. Aku berhutang nyawa dengannya. Aku doakan semoga Allah memberkati kehidupannya. Untuk kembali kepada kereta BMW dan mengucapkan terima kasih kepada pemandunya, tidak mungkin. Aku khuatir kalau-kalau penyamun itu muncul kembali.
Di rumah,aku terlupa bahawa tiada penghuni yang ada. Ahli keluargaku semuanya masih dalam perjalanan pulang dari bercuti di Pulau Langkawi. Aku mengetuk pintu jiran rumahku sambil menahan tangis. Alhamdulillah, Aunty Liza ada di rumah. Sebaik sahaja pintu di buka, Aunty Liza terkejut melihat keadaanku.
Aku lantas ,memeluknya. Tangisanku semakin kuat. Aku tiba-tiba terkenangkan arwah mama. Kalaulah mama ada, pasti mama menangis sama. Pasti pelukan mama yang akan membuatkan aku tenang.Setelah aku bercerita semua yang berlaku, aku meminta izin untuk mengguna telefon rumahnya untuk ku hubungi ayah. Aku maklumkan kepada ayah apa yang berlaku dan ayah sangat-sangat berterima kasih kepada Aunty Liza kerana membantuku. Juga ku maklumkan pada Aunty Liza mengenai perjalanan pulangku ke asrama yang terbantut kerana insiden yang berlaku. Alhamdulillah, Aunty Liza mempelawa untuk menghantarku pulang ke asrama. Ya Allah, sesungguhnya semua pertolongan ini hadir dariMu! Alhamdulilah!
“ Syira, are you okay? Adik kite kata dia nmpak awk nangis td, why??”
Ah…malunya! Suara tangisanku menggemparkan kawasan kejiranan. Hehe. SMS yang aku terima dari kawan baikku yang juga merangkap jiranku, Ashura aku balas dengan penuh rasa kesyukuran kerana sikapnya yang mengambil berat. Juga aku maklumkan mengenai hal yang berlaku kepada beberapa orang teman rapat. Aku terharu kerana sahabat-sahabat terlalu menyayangiku!
“ Ye ke? Nauzubillah. Sian nti. Mgkin nti trauma wat mse ni. Tabahkn ht..kuatkn smgt, kuat ujian utk nti. Alhamdulillah x pape. Bsbar ya..ana khuatir mlm ni nti trauma. Minta shbt nti tmnkn nti dan yakinlh Allah d cc..” –akhi
“Awk ni…bahaya la..lpas ni hati2 taw! Sblm kuar rumah bc doa dlu. Bismillahi walajna wa bismillahi kharojna, wa ‘ala rabbina tawakkalna..” –mardhiah
" Awk..kite rasa bersalah sebab tak teman awk smpai petang..." -asila
"syira shiro...risaunye akak kt adik akak sorang ni.. hish!!! huk..sedihnye.."-kak ira
"wehh...ko ni kesiannyer..aku baru nk cite kt ko kisah sedih aku, ko lagi buat aku sedih!!!!"-nurul sa'adah
Cepat juga berita ini tersebar. Namun rata-ratanya amat bersyukur aku tidak diapa-apakan. Teringat kata-kata Sir 'K', "you're gold, sister...you have to take care of yourself," Aku bersyukur. Cuma aku masih dalam keadaan trauma. Mudah gelabah andai bertembung dengan motosikal. Mudah-mudahan, aku akan lebih berhati-hati lagi di masa akan datang..
TREND PENYAMUN BERMOTOSIKAL:
1. Selalu berkeliaran waktu hujan renyai atau lebat.
2. Selalunya berdua. (Penunggang dan Pembonceng)
3. Pembonceng selalunya memakai 'raincoat'
Aku tidak pasti sejauh mana teori ini boleh dipakai. Namun, teori ini hadir saat aku berfikir kenapa Melayu muda belia yang sanggup buat kerja-kerja begini. Mengapa waktu hujan? Sebab selalunya hujan, tak ramai orang akan tunggu bas. Jalan pula akan sunyi dan sepi. Mereka boleh pakai 'raincoat'. Dengan itu, mudah bagi mereka menyembunyikan pisau, parang atau senjata-senjata merbahaya yang lain. Selalunya berdua kerana pembonceng yang akan melakukan kerja-kerja samun. Entahlah. Apa yang pasti, mereka kecewa kerana menyamunku. Wallahu'alam..
12 comments:
Terasa kelebihan amalan2 zikir harian. Allah pasti melindungi hambaNYA yang selalu mengingatiNYA.
Syukurla tak apa2.
ujian tu datang dalam bermacam-macam cara. mungkin kte perlu lebih bersiap sedia dalam berhadapan semua ni. jadi beberapa jalan penyelesaian yang boleh diambil....
1. hewi bersikap lebih proaktif dengan menyediakan kursus2 keselamatan wanita (mgkin kne blajar silat). jangan nak harapkan helki je.
2. helki perlu lebih berperanan dan mengambil berat kebajikan hewi. jangan lak lepas tangan.
3. hewi,jangan sesekali keluar berseorangan atau berdua-dauan. sekurang-kurangnya bertiga.
4. pastikan tempat yng bakal kita lalui. penting utk kita tau taburan atau kekerapan orang yg melalui tempat tu.
5. pilih waktu yang sesuai. elakkan keluar pada waktu senja, malam ataupun hujan.
ingat, setiap yg kita lakukan perlu diniatkan sebagai ibadat supaya x sia-sia dan INSYA ALLAH dapat keberkatan dariNya. kita mengharapkan kejadian seperti ni tak berulangi lagi.
betul3 tu ali.. tapi dalam keadaan kami ni kadangs2 memerlukan kami keluar berseorangan..camane tu?? tak pe la kan. sandarkan pergantungan hanya pada ALLAH> tp kena juga ambil langkah berhati-hati. tak perlu la keluar rumah kalau tak perlu.
Aizuddin: Ya..memang, alhamdulillah kasih Allah itu Maha Luas. Sedang penyamun itupun tak diapa2kan. Ruang pengampunan sebenarnya masih ada. Umat Rasulullah s.a.w memang banyak kelebihan. Bayangkan kalau umat terdahulu, balasan pasti direct kan? Wallahu'alam..
amacam exam ari tu??=)
Muhamad Aliemran Bin Norasid:
Syukran ya Ali..huhu..awk ni masih sempat nk bersyarah kt sy..huhu.
memang tepat saranan-saranan tu..tapi mcm asila ckp la.. kami ni kdg2 perlu juga berdikari. Malah pada sesetengah keadaan perlu utk kami keluar bersendirian..
awk pun tau, kwasan rumah sy tu agk sunyi..tapi ptg2 selalunya rmai org jogging n main bola.. cuma ptg tu je..hujai renyai2.. benda dah nak jadi..
jalan penyelesaian no. 2 tu..harap2nya semua helki amik berat ya!!=)
asila bux: alamak, ali suruh hewi blaja silat la plak...haha..ape lg asila..awk la start dulu!! hehe..
awk, jgn salahkan diri lg yer...=)
~Speechless~
Akhir2 ni ku lihat pelbagai cbrn dtg mhambat drimu...
Namun kau masih tetap teguh bdiri.
Subhanallah.
Maha Suci Engkau Ya Allah, peliharalah hamba-hambaMU ini. Tetapkanlah hati kami padaMU pada tiap detik yang berlalu. Ameen
3p4h: ya akhi...syukran..
ujian yg hadir ni datangnya dr Dia Yang Maha Esa..
siapa kita utk melwan kudratNya, kan?
ameen..
salam ma'al hijrah..=')
salam..
ana 'akhi' tu..
banggenye =P
gurau je..
jage dri lok2 k syahira..=)
insyaAllah jg pgajaran bsama..
p/s: maddin..mini test no 3 kot=P
penyair sepi: oho..akhi!! nta upenyer..
eheh, smpat plak tegur maddin. ape tu mini test no 3??
insyaAllah...semoga lindungan Allah bersama kita ya!
ana lah penyair sepi pelagu rindu =)
ngarut2 je name..tp xreti nk edit blik..biar jer lah name gitu..
maddin dpt ranking no 3 dlm batch ana utk mini test medic..kire gempak sgt la..xcaya,tanya dia =)
ana no 50 kot..hehe
moge dlm lindungan Allah =)
Ana tembak je la.
Allah bagi betul.
Alhamdulillah.
Final nih sakit la baca balik.
Post a Comment