Saturday, November 29, 2008
Bersediakah Aku Untuk BERKAHWIN?
Tapi, yang paling aku tertarik ialah khabar mengenai Nenek Wuk, 106 tahun(maaf entri ni sudah di-edit atas teguran Qittun..Asalnya aku tulis 80an..) yang bernikah dengan seorang teruna berumur 37 tahun. Subhanallah…inilah kuasaNya! Kalau difikirkan dengan mindaku yang sangat2 lah terbatas dan sempit ini, masih adakah lelaki sejati seperti teruna itu? Malah beliau sedikit pun tidak pernah terlintas untuk bercerai walaupun memasang cita-cita untuk bernikah satu lagi demi melahirkan zuriatnya. Aku kagum dengan Nek Wuk, kerana beliau pantas mengizinkan suaminya bernikah lain, tetapi dengan syarat suaminya mestilah tidak sekali-kali mengabaikan tanggungjawab menjaga kebajikannya yang sudahpun uzur itu.
“..Syira, kite rasa awk ni kena kahwin la…banyak sangat kesusahan dalam hidup awak..awak perlu sebelah lagi tangan untuk membantu awak..”-sahabat
“Hisy…!” menolak sambil berfikir! Perlukah aku? Kenapa kahwin cara penyelesaian masalah? Bukankah masalah datangnya dari Tuhan juga? Oh..tidak..
“..Syira ni dah boleh jadi bini orang…Masak no.1..” –sahabat
Ah…adakah kehandalan memasak jadi ukuran sebuah perkahwinan? Aku pasti ramai wanita yang boleh memasak, tapi bercerai juga.
“..Syira, anti ni asyik diuji je..apa kata anti nikah? Ramai sahabat ikhwah ana yang boleh ana recommend untuk anti…”-ikhwah
Sama juga. Asal di uji sahaja, kahwin!
Pandanganku mengenai perkahwinan, pastinya tidak banyak beza daripada sahabat akhwatku yang lain. Malah, tidak keterlaluan andai aku katakan aku sendiri punya ketetapan kriteria pada lelaki yang bakal menjadi suamiku kelak. Empat perkara utama yang aku tetapkan.
1. Taat kepada Allah. (apabila seseorang itu taat kepada Allah, maka secara automatiknya beliau akan taat kepada Rasul, dan ibu ayahnya…)
2. Cintakan Ilmu.. ( aku ni jenis yang banyak tanya! Sebab aku suka membaca, bila banyak baca, banyak yang sebenarnya aku tidak tahu…maka, aku mengharapkan bakal suamiku kelak boleh menjadi bank ilmu!)
3. Terbabit dengan gerakan Islam. ( fikrah dakwah secara berjemaah penting. Tidak kisah mana jemaahnya, yang penting si dia menghambakan diri untuk berjihad pada jalan Allah dengan fikrah berjemaah. Sebab, aku impikan anak-anak yang akan ikut jejak langkah ayah mereka…ameen)
4. CINTAKAN AL-QURAN.. (kenapa caps lock? Sebab…..aku sangat2 cinta pada kalamullah ni. Macam mardhiah jugak, aku harapkan si dia menghafal surah-surah hafazan seperti Yasin, As-Sajdah, Al-Insan, Al-Mulk, Al-Rahman, Al-Waqi’ah..etc. Selalunya amalanku, setiap pagi dan sebelum tidur, aku akan pastikan telingaku mendengar alunan Al-Quran yang mendamaikan jiwa ini..Risau juga kalau-kalau bakal suami tidak menyukai amalan itu..Na’uzubillahi min zalik!)
Itulah di antara kriteria utama yang aku tetapkan. Selebihnya, aku serahkan pada urusan Tuhan. Sebagai hamba yang hina dina dan mengaharapkan keredhaanNya, pasti aku mengimpikan baitul muslim yang sentiasa bertunjangkan mawaddah warahmah.
Tetapi, persoalannya, BERSEDIAKAH AKU untuk memikul tanggungjawab sebesar itu. Aku benar-benar kagum pada senior di CFSIIUM dulu, Sdr Imran Ahmad dan Kak Mutma’innah. Tambahan pula dengan kehadiran si kecil ‘Iffah Mardhiyyah yang pasti memberi mereka seribu satu kegembiraan dan kesyukuran yang tidak terhingga kehadrat Allah Ta’ala. Tetapi, lihatlah pada kesediaan ilmu dan amal yang mereka miliki! Subhanallah…tidak layak rasanya aku untuk melangkah walau sebelah kaki pun dalam alam serba mencabar ini. Telahpun aku khatam buku tulisan Ustaz Hasrizal ; AKU TERIMA NIKAHNYA berkali-kali, semakin aku baca semakin aku gerun!
Melihat kepada fenomena penceraian yang sering sahaja melanda pasangan Melayu Islam sejak akhir-akhir ini, aku jadi gusar. Kerana, aku bimbang manusia yang mahu berkahwin tidak faham dasar sebenar mengapa disyari’atkan manusia untuk berkahwin.
“ ..Dikahwini wanita itu kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya, dan agamanya. Hendaklah kamu memilih yang kukuh agamanya, tentu akan memenangkan kedua tanganmu..” – Riwayat Bukhari & Muslim
Nah! Ini jawapan baginda Rasul s.a.w berkenaan perkahwinan. Tetapi berapa ramai sangatlah yang mengambil kira pesanan kekasih kita yang satu ini. Sementelah, bilamana melangkah ke alam perkahwinan ini, suami seharusnya mengambil kira pernyataan Allahu Rabbul Jalil dalam firmanNya yang bermaksud:
“..Dan mereka (isteri-isteri) kamu telah mengambil dari kamu (suami) perjanjian yang kuat..” (An-Nisaa:21)
juga sabda Rasulullah s.a.w yang mengatakan:
“..Takutlah kamu kepada Allah dan ingatlah kepada Allah dalam urusan wanita, kerana mereka adalah orang yang berada dalam naunganmu. Kamu ambil mereka itu sebagai isteri dengan amanat Allah. Dan kamu dihalalkan bergaul dengan mereka itu berdasarkan kalimah Allah..” ( Riwayat An-Nasa’ie & Ibnu Majah)
Seorang penulis, Roslan Kassim dalam Majalah Anis keluaran Disember 2008 ( ruangan Fokus Utama) menukilkan bahawa sebuah amanah yang dikatakan dalam hadith di atas berupaya menjadi benteng pertahanan terakhir untuk menyelamatkan sesebuah perkahwinan. Andainya sudah terlerai simpulan ikatan cinta dan tautan mahabbah, masih ada rahmah untuk mengikat semula perkahwinan. Andai rahmah juga tandus tiada berbaki masih ada amanah yang memegang janji untuk memikul amanat sewaktu akad nikah dahulu yang mampu menjadi taruhan terakhir untuk menyelamatkan tali perkahwinan.
Aku kira, jika manusia meletakkan bahawa perkahwinan ialah sebuah ikatan suci murni yang tiada langsung disorong oleh kotor cetek akal kerana menganggap perkahwinan sebagai adat turun temurun mahupun sebagai medium untuk melepaskan nafsu semata-mata, pasti masyarakat insan akan hidup dengan aman dan harmoni. Zuriat keturunan yang bakal dilahirkan pasti akan dididik dalam suasana penuh islami dan jiwa anak-anak pasti tidak akan sunyi daripada menagih mawaddah yang disebarkan oleh ibu dan ayah mereka. Mereka inilah generasi rabbani yang akan memastikan bangsa dan agama Islam terus tertegak dengat kalimah syahadahnya. Subhanallah..alangkah bahagianya!
Mengapa aku tiba-tiba beremosi? Kerana aku teringatkan keluhan seorang ukhti yang di’posting’kan ke sebuah negeri di utara untuk berkhidmat sebagai guru pelatih di salah sebuah sekolah di sana. Pelajar-pelajar di sana digambarkan sebagai tidak bertamadun! Alangkah dasyatnya. Masalah yang beliau perlu selesaikan ialah masalah berkaitan seks luar nikah dan sumbang mahram yang berlaku secara berleluasa di dalam daerah tersebut.
“ Akak bukan nak main tuduh-tuduh dik.. tapi kita orang Islam. Allah dan rasul ajar kita Islam sebagai cara hidup. Sehinggakan, cara berjima’ pun, Rasulullah s.a.w ajar..” aku terdiam saat ukhti itu sedang rancak bersyarah.
“ Kamu dh cukup umur kan? Dah boleh jadi isteri orang dah pun. Jangan nak malu-malu dengar hal-hal macam ni. Inilah jadinya kalau ajaran Islam diremeh-temehkan!..”
“erkk..kak..bukan macam tu..”
“ Anak itu lahir dari perkongsian benih ibu dan ayahnya. Kalau dah saat berjima’ pun bertemankan syaitan…anak yang lahir kelak tak mustahil menjelma jadi syaitan yang menemani ayah dan ibunya! Faham kan?”
Aku hanya mengangguk dan aku akui kebenaran hujahnya itu. Astaghfirullahal ‘azim..
Lain pula halnya dengan perihal mahu menikah cepat untuk menghalalkan hubungan SEMATA-MATA.
“..Ana nak nikah cepat. Ana kira walimah lambat sikit pun tidak mengapa.. Asalkan halal ana dengan dia..” –sahabat
Wahai sahabatku, sememangnya pernikahan adalah saluran terbaik untuk kalian menyalurkan kasih sayang dan fitrahmu sebagai manusia, tetapi andainya dugaan melawan hawa nafsu itu terlalu besar dan berat bagimu, ketahuilah hakikat dugaan dan cabaran yang bakal kalian lalui di alam perkahwinan kelak. lebih besar menanti.
Oleh kerana aku terlalu bimbangkan mengenai kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku pada pasangan-pasangan suami isteri dan generasi yang bakal lahir malah diriku sendiri saat menjadi isteri nanti, aku ingin menyeru kepada semua yang membaca entri ini agar menilai kembali sejauh mana kita memahami dan mendalami tujuan dan hikmah sebuah perkahwinan. Pesan buat diri, perbaiki akhlak agar menjadi muslimah sejati. Barulah ciri-ciri lelaki idaman yang kau sebutkan tadi akan kau miliki! Wallahu’alam..
Friday, November 28, 2008
Fatwa on Yoga... Why not?
Many opinions aroused along the way since the day this fatwa is declared to the Muslims in Malaysia. Yoga, however is a kind of body movement which requires one’s physical and spiritual aspects to bind together. Origin from India, Yoga is said to be a good way to reduce stress and also one of alternatives treatment to cancer patient. Despite it all, Yoga is consider haram in Islam since it could interrupt the ‘aqidah.


Fatwa Council has their very own concrete reasons to say this kind of practicing is prohibited in Islam. The establishment of the council itself is to give a clear image to all Malaysian’s Muslim about Islamic teaching and there shouldn’t be any doubt regarding any of the fatwa declared by the council. Malaysian should understand that the fatwa given is dedicated to Muslim and the non-muslim should respect it. Fatwa is not given to ‘control’ but to give ‘guidelines’. In order to become a real Muslims, ‘guidelines’ is needed as it will guide us upon a thing that human could never think of. This also goes to why Allah sent us Prophet Muhammad and The Holy Quran. –to give GUIDELINES
According to the Fatwa Council, the procedure to come out with a fatwa is very systematic and involving chosen mufti and ulama’. The mufti and ulama’ are knowledgeable and their decision to come out with the fatwa has been made precisely. I am not the right person to discuss more on the fatwa regarding Yoga, but since the fatwa is made by an authorized council, that is it. No doubt and full stop.

I was a health medical science student and I learned psychology. In my opinion, despite of Yoga, Muslims have an ultimate daily practice which can control all diseases in the world. –As-SOLAH. This five times daily prayer will safe the doers from the edge of any inner and outer diseases but only with ONE condition:- KHUSYU’. This kind of concentration will lead the performers to reach a harmony and peaceful condition. You can have more details how As-Solah plays a big role in the natural science field through this website
Thus, to accept or not to accept, do ask yourself, DO I NEED GUIDELINES in this life? Wallahu’alam
RELATED POST:
Saturday, November 22, 2008
Ikhlas darimu, Ikhlas Jua dariku...
Ya, aku tidak bisa bercakap walau sepatah kerana diganggu dek air mata yang menenggelami kelopak mata..
Tuhan..mempunyai sahabat sepertinya adalah kurniaan yang sungguh bermakna kepadaku. Walau di sebalik mehnah yang Kau berikan, ada permata berharga yang sentiasa memancarkan sinarnya kepadaku..
Dialah sahabatku, yang selalu ku rindu..yang selalu ku doakan kebahagiaannya dunia dan akhirat..
"Ya Tuhanku, tabahkan hatinya..Inilah nukilannya buat diri yang lemah ini yang ku peroleh daripada blognya di friendster...
Kuatkanlah semangatnya untuk menghadapi hidup. Limpahkanlah maghfirah dan kasih-
sayangMu. Agar hidupnya sejahtera di dunia dan akhirat..."
tit,tit…tit,tit’ handphone ku berbunyi lg, menandakn mesej masuk.
‘…Awk, wlupn kite jauh dr awk, kte ttp syg sgt2 kt awk tau..smpai kte mati pn,
kte hrp ksh syg kte kt awk berpnjgn..dari dulu smpai skrg, xpnah padam.’Mesej2 darinya slalu buat aku terharu. Kdg2 aku terfikir2 juga, apalah sgt yg aku bg pada dia, kalau nk dbndingkn dgn smua yg tlh dia korbankn utk aku. Bibirnya xpnah lokek dgn senyuman. Dia xpnah bermasam muka di depanku. Wpun bnyk pbuatanku yg mengguris hatinya. Jauh sekali utk dia meninggikan suara, apalagi berdendam padaku. Mulia sgguh hatinya.
Saat aku berhadapan dgn plbagai mslh, dialah yg terawal dtg padaku. Memberi kata2 smgt dan penguat kpd diriku. Mengingatknku bahawa hanya kpd Tuhan lah tmpat kmbali sgla mslh.Tuhan sgt2 menyayangi dirinya. Sudah jatuh ditimpa tangga. Lepas satu, satu ujian hidup yg menimpa dirinya. “Allah tidak membebani seseorg melainkn dgn kesanggupannya (2:286)”. Itulah yg m’buktikn bahawa dia mmg seorg yg tabah.
Sebagai seorg shbt, aku hnya mmpu mendoakn yg terbaik utk dirinya. Kdg2, nsht pn susah utk ku bisikkan ke telinganya. Kerna, aku sndri xdpt bygkn keadaan diriku jika aku berada di tempatnya. ‘Sabar’ shj lah perkataan yg bisa keluar dr bibirku, tatkala dia dirundum mslh.
Imam Syafi’e pernah berkata, shbt yg paling baik adlh seseorg yg apabila kita bersama dengannya, sesaat pn kita tidak akan lupa pada ALLAH. Itulah yg aku rasakn setiap kali aku berdamping dgn dirinya. Segala perbuatan, kata2, aktiviti harian, disandarkn pada Rabbul Jalil. Tatkala aku terlupa akan kehadiranNYA di setiap inci tubuhku, setiap detik nadiku, dia lah yg selalu mengingatkn.
Itulah yg dikatakan ‘shbt dunia akhirat’. Dialah Nurul Syahirah bt Mohd Jamel. Pertemuan pertama kami tlh melahirkn bibit2 ukhwah yg mekar dan subur di taman2 hati kami, hari demi hari, hingga detik ini. Tak pernah seumur hidupku, mempunyai shbt sepertinya. Aku bnyk terhutang budipadanya. Hanya Tuhan yg tahu, betapa aku menghargai dirinya. Sungguhpn kini dia berada jauh dr mataku, ttpi xkn kubiarkn seinci ruang pun yg mnjarakkn igtnku padanya, di hatiku :’)
~warna-Warna rindu...~Mardhiah bt Mohd Roslan
Thursday, November 20, 2008
(^_^)
Biar kepahitan itu pergi..
Agar kemanisan mengisi..
Biarkan kekecewaan berlalu..
agar kegembiraan mewarnai..
Biar kegelisahan lenyap..
JANGAN kita hilang semangat..
Biar penderitaan itu menyapa..
Agar kekuatan kita jana semula..
Biarkanlah diri ini derita.
Agar ku tahu kepahitan derita ini
agar aku sedar kesengsaraan ini..
x sama bahkan hanya secebis dari penderitaan Rasulullah saw
Tuhan sesekali x mnzalimi hambaNya..
ttp manusia yg menzalimi diri mereka sendiri..
cahaya kelam pahala dosa berupaya memilihnya..
walau kadangkala tersasar lantaran pautan nafsu..
namun peluang dariNya sentiasa ada!
namun kasih dariNya sentiasa memayungi...
Diturunkan Ad-Din memperhalusi akal..
Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak..
Dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti..
menjadi sebaik-baik umat..
seindah perhiasan..
tunduk sebagai hamba..
berjalan sebagai KHALIFAH di ats muka bumi
menyusuri kehidupan dalam mencari sebutir permata 'IMAN'
menyemai sepohon 'TAQWA'
agar dapat berteduh dari kepanasan NAFSU...
agar dapat berlindung dari angin hasutan 'SYAITAN'..
dalam mencari "KEREDHAAN ALLAH SWT."
"STRIVE 4 MARDHOTILLAH"
Wednesday, November 19, 2008
Luahan Hati..
"salam kak...kak kene tolong nua kak..kak nor tak dapat dtg . takde org nak masak utk retreat.."Mesej itu aku terima daripada Adik Anuar. Ketika itu, aku baru 2 hari di bumi Nilai. Ish, semangat ni belum pulih lagi dik...macam mana kakak nak pergi..
Tapi, aku berfikir semula, mengapa andai semangat lemah, kerja dakwah perlu terhenti? Adik-adik pimpinan PJ mahu mengadakan RETREAT di Ampang. Justeru, mereka sebenarnya mahu muhasabah semula segala kekurangan demi pembaikan akan datang. Makanan, jika tiada, hilanglah tenaga. Bagaimana mahu berjuang andai tiada tenaga?
Mahal tambang dari Nilai untuk ke Ampang. Harus tukar train di Bandar Tasik Selatan, dan stesen Chan Sow Lin. Adakah aku akan pergi berseorangan? Alhamdulillah, temanku di Nilai, Alya Farhana mahu ikut menemani dan membantuku menjadi tukang masak..
Ya Allah, kuatkanlah semangatku.. Ya, aku harus ke sana. Mengutip semula semangat daripada sahabat2 dan adik2 usrahku yang lain. Jika aku terperap di Nilai, mungkin boleh mati minda ni. Tak bergerak langsung memikirkan kesedihan yang dihadapi..
Sampai di sana, seperti biasa, tugasku di dapur. Aku tidak ambil peduli perjalanan program yang berlangsung kerana tugas aku sebagai tukang masak punya masa yang cukup terhad. Satu hari, mereka ada empat slot untuk makan sahaja!
Malam itu, aku dimaklumkan oleh Azizan Ajiji dan Kak Ira bahawa Asila, Ali, Halim dan Suhairi akan tiba di sana. Subhanallah, rindunya aku pada sahabat2.. Saat melihat adik2 yang gembira bahkan ada yang menitiskan air mata melihat 'kepulangan' Kak Syira mereka, aku terharu..
Aku menjadi sangat bersemangat, apatah lagi pada waktu malam, kami sama2 bermuhasabah dan adik2 serta sahabat tidak putus-putus memberi semangat.
Ya Allah..aku benar-benar bersyukur kerana Engkau tidak membiarkan aku leka dalam lautan emosi yang menyesakkan. Dihadapanku waktu itu, pejuang-pejuang yang sedang ligat berfikir tentang agamaMu. Bagaimana harus ku layan esak tangis? Aku harus bersama menguatkan mereka..Adik2 sering megutip semangat daripadaku.. Mereka sering menjadikanku tempat rujukan masalah? Justeru mana mungkin harus ku bersedih saat itu?
Entah mengapa, tangan pantas mengetik pada tetikus komputer pagi ini... Sudah lama tidak ku luahkan rasa hati. Mengapa perlu andai aku mampu pendam sendiri? Tetapi, bukankah kita pernah berjanji, tautan rafiq akan kuat saat melawan menah, andai ukhwah terjalin ukhwah fillah? Ketahuilah wahai sahabat, aku di sini sedang diuji dugaan maha hebat...
Ya Allah,
Bagaimana harus ku ungkapkan kata hati.
Andai duka merobek jiwa,
Andai lara menikam nurani,
Hampir meratah keimanan,
Sehinggakan aku terduduk sendirian,
Memikirkan kelemahan diri..
Ya Rahman,
Bicaraku bicara tersembunyi..
Bagaimana mampu ku pamer wajah onar,
Andai dihadapanku berdiri barisan pejuang?
Bagaimana mampu ku lontar sendu hati,
Andai dihadapanku tertancap megah panji syahid abadi?
Ya Rahim,
Sungguh,
Betapa payahnya untuk ku ukir senyum dalam duka..
Betapa sukarnya untuk ku ketawa dalam tangisan..
Andai ini takdirMu untukku,
Ku yakini ada redha dalam air mata..
Kuatkanlah imanku..
Berikanlah petunjuk kepadaku..
Moga tersimpan senyuman di wajah,
Saat matahari bersinar semula..
~Saat Sahabatku Berbicara~
Kerangka jasadku kelabu,
Menutupi jelaga duka di qalbu,
Membungkam penuh rasa sepi,
Saat lara membuah rasa...
Satu persatu jiwa rebah perlahan,
Titik demi titik air mata berjuraian,
Semua itu tidak ku rasakan,
Saat sahabatku berbicara...
Masa bermain mesra,
Ligat memintal roda kehidupan,
Saat kakimu mengorak langkah,
Aku di sini mengharung payah..
Kau berlari..
Aku mendaki..
Kau jejaki bahagia..
Aku susuri derita..
Kau kaya senyuman..
Aku kaya tangisan..
Tetapi kita pernah sama berdiri,
Saat kita berbicara...
Ku selami tarbiyyah Illahi,
mungkin jalanku kaktus berduri,
mungkin haluanmu bunga segar mewangi,
Namun kita tetap tandus,
Andai bumi kering kontang,
Duduk bersimpuh menadah air ,
Moga ada gerimis yang hadir..
Tuhan,
Indah nian saat dia berbicara
Membisik kata cinta,
Meniup rasa rindu,
Bukan untukku, bukan untuknya,
Tetapi buatMu Sang Pencipta..
Ku hampiriMu dalam tahajjudku,
Sekalung doa ku panjatkan,
Moga sahabatku diberi kekuatan,
Ku pejam rapat kelopak mata,
Ku lihat, sahabatku sedang berbicara...
