Thursday, December 18, 2008

CABARAN BARU...

Kali ini, benar..Allah menunjukkan jalan permusafiran yang perlu aku tempuhi. Menukar bidang daripada aliran sains kepada aliran agama bukan suatu yang pernah terlintas dalam hidupku. Tetapi, barangkali, inilah rezeki Tuhan untukku. Usaha yang aku lakukan saat final exam sewaktu menuntut di CFSIIUM adalah yang terbaik aku kira, tetapi pada pandangan Allah, biarlah apapun caramu, kiraanKu adalah yang TERBAIK, wahai hambaKu!!

Ya, aku gagal dalam satu sahaja subjek! Matematik. Tetapi inilah percaturan hidup yang telahpun tertulis dalam catatan Dia. Aku harus mengorak langkah! Pelbagai pendapat aku perolehi. Teringat saat aku meminta pendapat seorang sahabat daripada D.Q berkenaan hasratku untuk menukar bidang. Dia terkejut! Tetapi sempat juga dia berkata..

" tp scra zahir pdgn manusia yg hina ni, Alhamdulillah klu tu kptsn awk...bg sy, awk de nilai potensi yg besar dlm diri awk tuk islam..awk bleh jd agen dakwah islam yg hebat..mgkn sbb tu Allah pilih awk..kecik rase diri sy nk dibndgkan dgn diri awk..klu ni jln yg awk pilih, sy doakn yg terbaik utk awk.."


Aku sebak saat itu! Mana mungkin aku dilabel sedemikian rupa. Aku lebih hina dari sangkaannya! Mengapa dia sanggup menghinakan dirinya lantas dibandingkan dengan diriku yang lebih kerdil berbanding dirinya? Tiada sedarkah dia bahawa dia itu telah diangkat martabat di sisi Tuhan untuk memikul amanah sebagai Jillul Quran? Mampukah aku jika ini jalan yang dipilih? Saranannya supaya aku beristikharah dan berbincang dengan orang yang labih arif aku turuti. Entah mengapa, setelah puas beristikharah, aku lebih tenang dengan keputusan untuk menukar bidang. Aku kembali meminta pendapat sahabatku ini kembali. Namun, jelas pada sms yang dikirim bahawa dia bimbang jika keputusan yang aku ambil ialah keputusan orang yang mengalah dalam cubaan Allah...ketahuilah sahabat, mana mungkin aku mengalah andai semua ini datang dari Tuhanku!

Saat aku memilih untuk bertukar course ke Nilai, ramai yang terkejut. Ramai yang bertanya..kenapa..mengapa...dll..

Jawapanku cukup simple: INI YANG TERBAIK BARANGKALI...INSYAALLAH..


Tetapi, setelah sesuatu yang benar-benar mengejutkan aku menimpa, aku tersungkur semula. Aku lemah. Aku tiada daya lagi menahan qada' n qadarnya. Ya Allah, ujian apakah ini? Ujian apakah yang menimpa benakku sedemikian berat ini? Tidak bisa sebenarnya untuk aku melangkah lagi. Tidak.. Aku rebah wahai Tuhan.. Tunjukkanku jalan... Lalu, aku perlu khabarkan kepada sahabatku itu, beserta 2 sahabatku yang lain. Bahawa inilah titik noktah perjuangan di bumi Pusat Asasi UIAM. Aku perlu khabarkan pada kalian. Tetapi bagaimana? Ya, kekuatan harus aku kumpul sedalam-dalamnya! Sahabat...aku masih bersangka baik denganmu. Perkenalan kita bukan atas dasar tempat. Tetapi, hakikatnya, kita pernah bertemu sebelum kita dilahirkan lagi. Hakikatnya, pertemuan kita semuanya ditakdirkan oleh Allah. Ya, aku malu berdepan dengan kalian. Sungguh!
"Kte faham psaan awk..stiap yg blaku ada hkmah yg teslndung..sbb 2 kta kne redha dgn ktentuanNya.. Kte pn syg kt awk. Awk sgt istimewa pd kte. kte xpnah ada shbt mcm awk..Awk jgn cpt putus asa taw. Slalu2 berdoa..." -mardhiah

"Syiraku syg, kuat ye..Cla tau syira sgt kuat. Allah pun tau.. Sbb tu die bg ujian bertimpa2 pd syira. Kalu cla, cla mmg xsggup..Hikmah tbesar buat ujian y besar..Pahala pn besar andai bsar jua ksbarnmu..jnji Allah i2 pasti!" -Asila

Mereka cukup bersungguh memberikanku semangat. Membuatkan aku terharu. Begitu juga dengan Kak Ira dan Alya Farhana.. Terima kasih buat semua! Ya, aku harus mengorak langkah tanpa menoleh. Cuma, qalbi ini begitu tertanya-tanya, dimana dia? Dimana sahabatku itu? Mengapa dia tidak berkata apa-apa? Aku masih berhusnu dzhon denganmu sahabat. Malah aku tidak pernah berkecil hati. Cuma tertanya-tanya. Kerana suatu masa dulu, kita pernah bertengkar mengenai hal ini. Husnu dzhon sebagai selemah-lemah persahabatan.

Semuanya kini, aku pelajari dengan penuh rasa rendah diri. Ya, ini jalan yang Dia tetapkan. Kini, aku seorang pelajar Pengajian Islam. Aku bakal memegang Diploma Sains Islam Kontemporari di Kolej Islam Antarabangsa. Alhamdulillah, sememangnya Dia terlalu banyak membantuku. Aku hanya perlu berada di sini kira-kira 2 tahun lebih sahaja. Hal ini kerana, aku dibenarkan untuk memindah kredit beberapa subjek semasa di CFSIIUM dulu. InsyaAllah, aku bakal melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di UIAM selama 2 atau 1 setengah tahun sahaja dalam kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan. Pengkhususannya, belum pasti lagi. Aku perlu mencapai bintang di sini dahulu! Tetapi, aku kira cabaran baru ini terlalu payah! Apakah aku mampu mengadaptasikan diri dalam kehidupan serba baru dan mencabar ini? Nantikan entri seterusnya ya!

ENTRI SETERUSNYA: HIGH EXPECTATION!


4 comments:

Aizuddin said...

Peralihan yang tak disangka
ibarat percaturan yang sangat indah
Allah meletakkan awak di jalan yang terbuka luas pintu keredhaanNYA
teruslah mencari ilmu
Semoga berjaya!

3p4h said...

Ingatlah bahawa setiap pkara ada sabab n musababnya.

Kegagalan itu suatu pengajaran dan gagal sekali itu tak bererti gagal selamanya. Satu yg ingin ditekankan di sini adalah:

Kerap kali manusia btanya mngapa doa yg d panjatkn kpdNya tak termakbul.

Sebabnya Allah mendambakan doa hmba2Nya yg soleh, Dia suka pabila kita selalu meminta kpdNya. Merintih kpdNya. Dia ingin menguji sejauh mn keimanan kita. Takut nnt andai d kabulkn doa 2, kita akn jauh drpNya.

Maka bersangka baik dgnNya. Allah itu Maha Pemurah lg Maha Mengasihani. Ingat, kasih Allah itu hnya utk kita. Ameen (",)

Ummu Mukhlis said...

Aizuddin: subhanallah...sy masih belum pernah memikirkn bhwa di sini terbentang pintu redhaNya..

syukran ingatkan sy..Teruskan perjuangan di bumi Kuantan! dr.mat dinsri..=)

Ummu Mukhlis said...

3p4h: thanks abg epah..

mmg benar, masakan kita mmpu mendabik dada mengatakan diri sudah beriman andai belum diuji??

sebenarnya, lebih mudah diuji dgn kesusahan berbanding kesenangan..

takut2 di'istidraj'..na'uzubillah!!

prinsip kegagalan: kegagalan sebenarnya titik tolak kepada kejayaan yg lebih besar!! InsyaAllah..=)