Showing posts with label Current Issues. Show all posts
Showing posts with label Current Issues. Show all posts

Monday, February 23, 2009

Manchester United vs ISRAEL???

"Adik..mandi..dah pukul berapa dah ni!"

"Jap..kite nak main PSP jap..jap je.. 5 minit!"

"Mana bole camtu..dari tadi kakak suruh, lima minit je! Cepat..."

"Kejap la..jap je. Betul 5 minit. Lillahita'ala.."

Aku sudah fed up. Ini memang punca untk aku dan adik bertikam lidah. Bila disuruh mandi, pasti ada saja alasan. Dia sedang leka bermain PSP. Dia memang gilakan bolasepak. Setiap sekali seminggu, Adam akan bermain futsal bersama rakan sekolahnya. Aku juga sukakan bolasepak. Dulu, I was a big fan of CHELSEA!! (sekarang ni tetiba je minat Liverpool pulak..uhu..) Kalau time worldcup, I WAS A BIG FAN OF ENGLAND & FRANCE!. Tapi, sejak dah masuk IPT, aku sudah jarang update pasal bola lagi. Adam akan meng'update' aku tanpa disuruh..huhu

" Malam ni nak tengok match Liverpool lagi! PSP pun nak main bola jugak..mandi la dulu.."

Adam diam. Hisy budak ni. Aku terkenangkan kanak-kanak di Palestin. Pastinya, tidak terlintas pun di hati dan fikiran mereka untuk bermain PSP apatah lagi untuk memilikinya. Aku naik ke bilik dan menunaikan solat maghrib. Selesai semuanya, aku turun ke bawah kembali.

"Tak mandi-mandi lagi???"

" Jap-jap..serius! Dah nak menang dah ni. Kite Man U lawan dengan ISRAEL..kite nak belasah ISRAEL 8-0 ni...dapat pahala jugak ape.."

Aku terdiam.

"Hah? Man U lawan ISRAEL? Match ape plak camtu? Club vs country?"

" Ye ar..PSP, suka hati lah nak lawan cara macam mana pun..yang penting, kite nak kalahkan ISRAEL.."

Aku melangkah ke dapur sambil memikirkan perbualan aku dan Adam tadi. Lalu, aku tertawa kecil. Rupa-rupanya, Allah telah terbitkan satu lagi cara jihad yang paling halus dalam diri adikku itu. Tidak pernah aku terfikir bahawa Adam akan melepaskan marahnya terhadap Israel dengan cara itu. Justeru, aku malu dengan diri sendiri kerana, aku sendiri tidak se'kreatif' Adam..

" Yes! Hah..dah menang dah. Okay ye..kite nak mandi. Nak tuala!!!"

Huhu..Adam oh Adam.. Nanti, form 1, masuk Sekolah Menengah Islam Al Amin ye..=)

p/s: Esoknya, abangku pula yang melepaskan marahnya terhadap team Israel..

Friday, January 9, 2009

Palestine In Our Heart

Palestine In Our Heart III
~PIOH III~
Venue:International Islamic College
Date: 1st January 2009-31st January 2009
ARDHU FALASTIN: We Care!!!
stall & exhibition:
kindly contact SIS SYAHIRAH (013-2125203)
(NGO's are kindly invited to lend your hand on helping us to COLLECT DONATION)

"Allahumma ya mujriyas sahab, wa yahazimal
ahzab, ihzimhum kaumalkafirin wa laknat
a'laiihim, wan surna 'ala qaumal k
afirin..."

-P.I.O.H Task Force Team-

Tuesday, December 30, 2008

Air Mata Kita..

Sabtu: 27/12/08

5.30pm (Kediaman: Taman Melawati)
Aku: petang ni nak pegi mana yer..hmm, trauma harus diatasi. Pergi jalan2 sekitar taman dgn Ashura lah! Mana tau boleh atasi trauma..

5.30pm ( di suatu tempat itu)
Dia: Abi...sakitnya abi.. Mana ummi, ya abi..? Allahuakbar!! Allah..Allah..

Ahad: 28/12/08

4.00pm (Awal Muharram at Masjid As-Shakirin, KLCC: bersama ASTRO OASIS)
Aku: You, nasib baik kite dtg sini kan...tengok tu ada Dr.Fazilah Kamsah bagi talk..
Adik: Ha'ah..tapi tak ramai pun kan..
Aku: biasalah..ini Maal Hijrah. Tengoklah new year masihi nanti. Sure ramai! Pelik kan?


4.00pm (di suatu tempat itu)
Mereka: Ya Allah, bantu kami! Mengapa mereka terlalu kejam! Lihat, semua saudara kita dibunuhnya! Kamu laknatullah!! Ya, kamu semua laknatullah!!!
Anak kecil : Ummi...aku di awan nan hijau..indah ummi. Aku tunggu ummi di sana ya! Di persinggahan abadi..
Ibu: Wahai jiwa yang tenang..kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan kau redha dan diredhai. Masuklah ke dalam golongan hamba Tuhanmu..dan masuklah ke dalam syurgaNya...
Ar-rijal: gelombang intifadha ketiga semakin menghampiri kita. Ayuh bersedia!

Isnin: 29/12/08 ( 1 Muharram 1430 H)

8.30am (Kediaman: Taman Melawati)
Kami: Ya Allah...jadikanlah tahun baru ini, tahun yang penuh barakah dan nikmat dariMu. Ya Allah..selamatkanlah Islam dari terus dihina, wahai Tuhan. Di waktu dhuha ini, aku pohon rahmat dariMu, agar diampuni segala dosa..dimurahkan segala rezeki, dan diberi kekuatan mengharungi ujianMu..Ameen.
Adik 2: Kakak, semalam pergi KLCC tak bawak kite kan? Hari ni, dah janji tak boleh ubah. Kite nak tengok citer Beverly Hills Chi Huahua.

8.30am ( di suatu tempat itu)
Pemimpin: Hari ini, kita akan terus bermandi darah para syahid yang sedang dahagakan syurga Allah! Janganlah kita berasa takut dan lemah! Allah bersama kita! Allahuakbar! Allahuakbar!
Ar-Rijal: Isteriku, tinggallah kamu di rumah bersama anak-anak kita. Abang perlu bersama sahabat kita di luar sana. Ini bumi anbiya. Ini bumi barakah! Tanggungjawab kita untuk membelanya. Selamat menyambut Maal Hijrah sayang.. Semoga Allah menjaga kalian.
Zaujah: Abang, pergilah..maralah ke hadapan. Jika mampu, berdirilah kamu pada saff yang paling hadapan. Usah khuatirkan anak-anak kita. Jika kau pulang wahai suamiku, kami sambut dengan kesyukuran. Jika hanya selendangmu yang kami terima, kami sambut dengan keredhaan..Pergilah.
Anak: Abi, saya mahu ikut abi..ummi saya mahu ikut abi!!Abi..tunggu!!

4.00pm (LRT - ke KLCC)
Aku: Ya Allah..benarkah apa yg berlaku di sana? Sedang aku dan adik2 gembira di sini! Ya Allah..

Tiba-tiba..

Handphone: Tit tit..
Skrin : DQ Kak Zu'Aini 2: "Salam. Wahai shbt2..273-350 syahid n ratusan cedera parah termasuk kanak2 n bayi di Gaza dlm serangan bom n p.berpandu zionis SEMALAM(28/12/08), genctn snjta dikhianati zionis..ayuh sama2 kt b'takbir n b'doa agar saudara kt dsana diberi p'tlngn n kekuatan m'hadapi musuh.. TAKBIR n DOA..jgn seskali m'lupakn mrk.."

------------------------------------------------------------------------------------------------
Ya..Jangan sesekali melupakan mereka. Kisah ini aku tulis kerana aku terlalu sedih dengan apa yang berlaku. Malah bukan hanya aku, tetapi KITA SEMUA harus bersedih sama. Dunia mengutuk serangan balas rejim Zionis ke atas pejuang Hamas! Sedang Barrack Obama bebas berkata:
"Jika ada orang melancarkan roket ke rumah saya ketika dua anak perempuan saya sedang tidur, saya akan lakukan apa saja untuk menghalangnya, dan saya rasa Israel juga akan melakukan yang sama. Itu yang dikatakan Obama dan itulah yang kami buat."

Aku bersyukur kerana masih diberi rasa untuk bersimpati! Terima kasih Kak Zu'. Ya, kita sedang berfikir perkara yang sama. Itulah tanda, kita umat Islam sesungguhnya bersaudara..

"Tit tit.."

Telefon bimbitku berbunyi lagi. Kali ini mesej aku terima dari sahabatku di UIAM Kuantan , Imtinan Baharudin.

"Assalamualaikum, HAMAS isyhtihar INTIFADHAH ke-3 apabila Gaza dibom smlm mnyebabkan 200 saudara seISLAM kta syahid 7 00 lg cedera. Shbt mari krmkan doa qunut nazilah buat saudra2 seagama kta dsana! 'Allahumma ya Munzilal kitab wa ya Mujriyas sahab, wa yaHazimal Ahzab, ihzimhum kaumalKafirin, wa laknat a'laiihim, wansurna 'alakaumil Kafirin, wansurna 'ala kaumil munafiqin, wansurna 'alaqumid zholimin warham shuhada almuslimin..' Fwd pd shbt2 seaqidah..mudah2an Allah swt melaknati sesiapa yg memusuhi agamaNya.."

" Tit tit.."
Sekali lagi telefon bimbitku berbunyi. Imtinan! Pasti berita sedih dari saudaraku di sana.


"Slm kpd sluruh aktivis dkwah kmpus: lakukansolt hjt ( rkaat ke-2 qunut nazilah), solt ghaib n bc alquran bjmaah (al-mulk@taubah@anfal) khs memhon kmnangn bg mjahidin,ksabarn pd umt Islam n khancurn Israel srta dgn murtaddin n munafiqin y brsama mrk. kalukn brmula mlm nin brterusn. wjbkn pd dri aktivs dl, n ajk tmn2 lain. agka trkini syahid 380+cdera1750. bdoa utk mrk saat ini fardhu ain.sgr laksanakn.send pd shbt2 d kmpus lain a.s.a.p.."

Terima kasih, Imtinan. Ya, aku di sini sedang berusaha mengingatkan teman-teman IIC agar mengambil berat isu ini. Aku di sini tidak lupa walau sesaat pun akan mereka. Hatiku menangis sahabat. Air mataku tak tertahan lagi untuk terus tumpah! Saban waktu sehinggakan sukar untuk aku lelapkan mata. Sebentar tadi, air mataku tidak semena-mena mengalir di dalam kelas. Aku perlu lakukan sesuatu!

Lantas aku menulis mesej yang kau kirimkan pada papan putih. Aku maklumkan juga melalui memo di atas sekeping A4 . Jantungku turut sama berdebar mengenangkan juntaian bom dari Zionis laknatullah. Lalu, lantaran reasonan yang berlaku pada frekuensi getaran jantung dan debaran semangat jihad (yang amatlah kecil kalau hendak dibandingkan dengan mujahidun di Palestin) telah memaksaku untuk berdiri dan ber'khutbah' panjang buat teman sekelas. Mujurlah tidak ada lecturer. Namun, bukan semua yang mampu menerima. Aku ditertawa sahabat! Aku diejek kerana emosi. Hanya beberapa sahaja yang mendengar tazkirahku. Malah ada pelajar lelaki yang berlakon seolah-olah aku menangis! Namun aku bersyukur sahabat, kerana ada di antara mereka yang menitiskan airmata mendengar penjelasanku mengenai isu ini. Hanya itu sahaja yang mampu aku lakukan..Tidak ada lagi 'biah solehah' seperti di CFSIIUM dulu. Aku kini 'gharib'.. Aku perlu sokongan dan doa dari kalian semua. Ya Allah, kuatkanlah...


Saudaraku di sana.. Tabahlah. Kami di sini tidak akan pernah melupakan kalian. Berjuanglah.Ya, gelombang intifadha ketiga semakin hampir! Doa kami panjatkan ke hadrat Illahi, agar kemenangan bersamamu. Bumi palestin, bumi barakah. Pertolongan pasti hadir walau tanah merah dibasahi darah! Ini air mata kita. Air mata sebuah perjuangan...ALLAHU AKBAR!!

p/s: Pelestinian Week takde kt IIC ni.. Rindukan ukhuwah yang terbina suatu masa dulu! Detik perkenalan dengan beberapa sahabat baik. Harapannya, semoga walau di mana kita berada, tidak akan sekali pun kita lupakan nasib sahabat kita di seluruh dunia!

Friday, November 28, 2008

Fatwa on Yoga... Why not?

I was a little bit skeptical while reading Utusan Malaysia regarding a new fatwa on YOGA practicing. I also was informed from a friend about this recent issue, but seem this new fatwa concern to all Muslims, I need to say something.

Many opinions aroused along the way since the day this fatwa is declared to the Muslims in Malaysia. Yoga, however is a kind of body movement which requires one’s physical and spiritual aspects to bind together. Origin from India, Yoga is said to be a good way to reduce stress and also one of alternatives treatment to cancer patient. Despite it all, Yoga is consider haram in Islam since it could interrupt the ‘aqidah.

Fatwa Council has their very own concrete reasons to say this kind of practicing is prohibited in Islam. The establishment of the council itself is to give a clear image to all Malaysian’s Muslim about Islamic teaching and there shouldn’t be any doubt regarding any of the fatwa declared by the council. Malaysian should understand that the fatwa given is dedicated to Muslim and the non-muslim should respect it. Fatwa is not given to ‘control’ but to give ‘guidelines’. In order to become a real Muslims, ‘guidelines’ is needed as it will guide us upon a thing that human could never think of. This also goes to why Allah sent us Prophet Muhammad and The Holy Quran. –to give GUIDELINES

According to the Fatwa Council, the procedure to come out with a fatwa is very systematic and involving chosen mufti and ulama’. The mufti and ulama’ are knowledgeable and their decision to come out with the fatwa has been made precisely. I am not the right person to discuss more on the fatwa regarding Yoga, but since the fatwa is made by an authorized council, that is it. No doubt and full stop.

I was a health medical science student and I learned psychology. In my opinion, despite of Yoga, Muslims have an ultimate daily practice which can control all diseases in the world. –As-SOLAH. This five times daily prayer will safe the doers from the edge of any inner and outer diseases but only with ONE condition:- KHUSYU’. This kind of concentration will lead the performers to reach a harmony and peaceful condition. You can have more details how As-Solah plays a big role in the natural science field through this website

Thus, to accept or not to accept, do ask yourself, DO I NEED GUIDELINES in this life? Wallahu’alam

RELATED POST:

Saturday, June 14, 2008

JANGAN ANIAYA RAKYAT

PKPIM: Jangan aniaya rakyat
Jun 12, 08 1:21pm

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyifatkan kenaikan harga minyak sebagai satu penganiayaan kepada rakyat dan membebankan kehidupan mereka.

"Justeru, PKPIM menyeru kerajaan menimbang dan menilai semula keputusan menaikkan harga minyak tersebut," kata Setiausaha Agung PKPIM, Abdul Muntaqim Zulkipli.

Kerajaan telah menaikkan harga minyak petrol sebanyak 78 sen menjadi RM1.92 seliter manakala diesel dinaikkan RM1 menjadi RM2.58 seliter.

"PKPIM berharap harga minyak di negara ini dapat diturunkan ke paras yang munasabah dan sesuai dengan kemampuan rakyat seluruhnya, dan sesuai dengan status negara sebagai negara pengeluar minyak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, katanya, PKPIM berpendapat adalah amat tidak wajar untuk rakyat membayar harga minyak yang tinggi sedangkan harga minyak di negara-negara pengeluar minyak yang lain adalah jauh lebih rendah.

"PKPIM juga meminta pihak kerajaan dan badan-badan berkaitan yang lain agar membuat penilaian secara lebih terperinci terhadap langkah-langkah yang telah dicadangkan bagi mengurangkan bebenan kenaikan harga minyak kepada rakyat.

"Adalah mustahil kenaikan harga minyak tidak akan menyebabkan kenaikan harga barangan lain.

Kongsi hasil minyak

"Oleh sebab itu, di samping langkah-langkah yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan seperti pemberian rebet tunai kepada pengguna kenderaan, PKPIM juga berharap langkah-langkah lain yang releven, seperti menaikkan gaji dan elauan pekerja, memberi pendidikan percuma sehingga ke peringkat pengajian tinggi dan menghapuskan tol," katanya.

Menurutnya, suasana panik jelas kelihatan di merata tempat di seluruh negara pada malam harga minyak akan dinaikkan.

"Hal ini jelas membayangkan betapa rakyat begitu terkesan dengan kenaikan tersebut, terutama bagi rakyat berpendapatan rendah dan mempunyai ramai tanggungan," katanya.

Sebagai sebuah negara pengeluar minyak, tambahnya, seharusnya rakyat negara ini dapat bersama-sama berkongsi keuntungan dan hasil jualan minyak negara.

Sehubungan itu, Abdul Muntaqim berkata, PKPIM akan mengumpulkan cadangan dan pandangan mahasiswa untuk diajukan kepada kerajaan.

Untuk tujuan itu, katanya, PKPIM telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas mahasiswa menangani isu harga minyak.

Menurutnya, cadangan-cadangan yang sesuai akan diserahkan kepada kerajaan untuk diambil tindakan selanjutnya.

Monday, June 9, 2008

KEBAJIKAN PELAJAR MELAYU & BUMIPUTERA PERLU DIAMBIL BERAT

KEBAJIKAN PELAJAR MELAYU & BUMIPUTERA PERLU DIAMBIL BERAT

Pelajar merupakan golongan muda belia yang bakal mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada masa akan datang. Justeru golongan ini tidak seharusnya dipinggirkan lebih-lebih lagi para pelajar Melayu dan yang memegang status bumiputera. Saya berpendapat bahawa kebajikan pelajar melayu dan bumiputera seharusnya diambil berat oleh pihak kerajaan , terutamanya hal berkaitan biasiswa. Hal ini kerana isu biasiswa merupakan isu terpenting yang berupaya membantu menaiktarafkan kualiti pendidikan.

Keputusan Kerajaan untuk menaikkan kuota 45% biasiswa kepada golongan bukan bumiputera di bawah biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai tahun ini dilihat sebagai langkah yang kurang praktikal dan tidak berupaya langsung menyelesaikan kemelut permasalahan yang sedia ada. Tidak dinafikan bahawa terdapat golongan bukan bumiputera yang benar-benar layak menerima biasiswa, tetapi seperti apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan, biasiswa seharusnya disalurkan secara menyeluruh kepada Bumiputera terlebih dahulu tanpa mendiskriminasi hak bukan Bumiputera yang layak menerimanya.

Di manakah keadilan yang sepatutnya berpaksikan Perlembagaan yang sedia ada? Mengapa harus di ubah-ubah undang-undang yang sudah termaktub? Kuota sebanyak 45% bukanlah satu jumlah yang sedikit dan telahpun menghampiri jumlah separuh daripada jumlah keseluruhan yang sepatutnya dinikmati oleh Bumiputera. Haruskah dibiarkan saja hak dan kebajikan pelajar Melayu dan Bumiputera dipandang enteng sebegini rupa? Bagaimana dengan nasib puluhan ribu adik-adik Melayu dan Bumiputera cemerlang yang akan melangkah ke menara gading nanti? Bukankah selayaknya mereka mendapat bantuan biasiswa demi membiayai kos pembelajaran mereka?

Kerajaan sendiri telah meletakkan Pembangunan Modal Insan sebagai halatuju dan matlamat yang ingin dicapai dalam RMK9. Justeru adakah dengan meletakkan para pelajar yang juga golongan muda belia yang menjadi kayu ukur dan cerminan modal insan dan rakyat berintegriti seperti yang diuar-uarkan terus diliputi budaya berhutang puluhan ribu ringgit sedangkan mereka masih lagi bergelar pelajar? PTPTN misalnya, lihatlah berapa ramai yang masih berhutang? Rata-ratanya kaum Melayu dan Bumiputera. Atas alasan itu jugalah ramai pelajar yang tercicir kerana berkerja separuh masa sehingga ada yang sanggup menggadai maruah mereka semata-mata hanya untuk melunaskan pinjaman tersebut. Dalam hal ini, bagaimana untuk kita perlihatkan modal insan cemerlang sekiranya para pelajar yang umumnya masih lagi belum berkemampuan untuk melunaskan beban hutang terus dibebani dengan permasakahan sebegitu rupa. Sepatutnya, kebajikan pelajar sebeginilah yang harus dititikberatkan terlebih dahulu sebelum langkah lain diatur supaya hak-hak pelajar Melayu dan bumiputera tidak terus tercicir.

Kerajaan Harus Melampaui Kuota dalam Isu Biasiswa

SIARAN MEDIA 29 MEI 2008/ 23 JAMADIL AWAL 1429:

KERAJAAN HARUS MELAMPAUI KUOTA DALAM ISU BIASISWA


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada kenyataan Kerajaan yang akan menaikkan kuota 45% biasiswa kepada golongan bukan bumiputera di bawah biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai tahun ini. PKPIM merasakan hasrat kerajaan untuk memperkenalkan dasar baru ini sebenarnya sama sekali tidak menyelesaikan masalah yang sebenar.

Pertamanya, isu biasiswa merupakan isu penting dalam konteks membangunkan pendidikan golongan pelajar dalam negara ini. Peruntukan biasiswa sepatutnya disalurkan terus kepada golongan pelajar Bumiputera, kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sebagai sebuah keistimewaan.

Namun, hakikatnya hari ini sebenarnya golongan Bumiputera lah yang dinafikan hak mereka untuk menerima biasiswa. Yang ditanggung hari ini ialah hutang dalam bentuk pinjaman.

PKPIM merasakan budaya berhutang ini telah menjadi ‘lingkaran syaitan’ (vicious circle) yang menghambat mahasiswa. Apabila kuota ingin dinaikkan, makanya ibarat “Anak orang disusukan, tetapi anak sendiri dipinggirkan” . Malah ramai lagi golongan Bumiputera yang terpinggir di kampung- kampung dan pedalaman yang memerlukan bantuan pelajaran.

Makanya biasiswa harus diberikan kepada golongan mahasiswa Bumiputera secara menyeluruh, kerana hakikatnya peruntukan biasiswa yang sedia ada tidak mencakupi kehendak keistimewaan dalam Perlembagaan.

Keduanya, PKPIM tidak bersetuju Kerajaan menggunakan isu kuota untuk menangani permintaan biasiswa di kalangan Bukan Bumiputera. Dengan bermain dengan kuota, sebenarnya Kerajaan mencipta jarak yang lebih jauh dalam menangani isu rakyat Malaysia secara menyeluruh, iaitu antara Bumiputera dan Bukan Bumiputera. PKPIM bertegas bahawa kuota 45% harus dihapuskan!.

PKPIM menyokong jika ada di kalangan Bukan Bumiputera yang layak menerima biasiswa makanya Kerajaan berhak memberi hak mereka. Kerajaan tidak sewajarnya mendiskriminasi mereka yang layak di kalangan Bukan Bumiputera.

Pada masa yang sama PKPIM menegaskan Kerajaan harus menunaikan hak mahasiswa Bumiputera untuk menerima biasiswa tanpa berkecuali seperti termaktub dalam Perlembagaan.



Mohd Hilmi Ramli
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Anjung Rahmat BT 6
Jalan Gombak
53100
Kuala Lumpur

03- 61879520

Saturday, June 7, 2008

Respon Pembaca Mengenai Isu BAJU SEKOLAH

Pakaian seragam: Kerajaan 'Islam Hadhari' sudah boleh buat keputusan
H Fansuri
Wed | Jun 04, 08 | 11:16:26 am MYT

Dalam banyak hal, secara prinsipnya keputusan selalunya diambil oleh pihak atasan berasaskan satu permuafakatan antara khalayak. Syura wajib didahulukan. Kemudiannya, suatu keputusan akan dicapai.

Tetapi, dalam beberapa kejadian kadangkala tidak menunjukkan sebegitu. Ada ketikanya, suara golongan kecil mengatasi golongan ramai. Menurut amalan demokrasi, suara ramai perlu dihormati. Dan, hal inilah yang sangat menarik dibincangkan sampai bila-bila pun.

Ada waktu-waktunya, veto dilaksanakan. Amalan ini bukanlah demokrasi dan Amerika yang mempelopori kaedah ini tidak layak digelar sebagai pejuang demokrasi. Malaysia agak pelik dalam beberapa pendirian mereka mengenai demokrasi.

Demokrasi ketika berbuat baik, ketika jahat demokrasi tak diperlukan

Paling mudah kita katakan begini. Kalau mahu berbuat kebaikan, entah apa sebabnya kita (secara tepatnya, penguasa) selalu meminta pendapat khalayak sehinggakan, kalau orang-ramai tidak setuju dengan hal itu, maka usul yang baik itu tidak menjadi kenyataan.

Tapi, kalaulah dasar itu untuk kesenangan peribadi seperti urusan pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis melibatkan wang komisen jutaan ringgit, hal itu tidak dihebahkan sangat termasuklah kematian Altantuya yang juga tidak ingin dihebahkan.

Itulah antara contoh hal yang tidak baik, bersifat keuntungan peribadi yang tidak dihebah kepada orang-ramai untuk diambil pendapat semua. Jadi apakah pula contoh saranan baik yang penguasa mahu diambil pendapat semua pihak itu?

Contoh yang mudah dibincangkan ialah ketika mana Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) sedang mengeluarkan soalan bancian berhubung pemakaian seragam wanita di sekolah yang disifatkan mereka sebagai mengundang 'jenayah seksual.'

Dalam coretan ini, barangkali tidak cukup muat untuk kita berbahas dan berdebat tentang apakah itu 'jenayah seksual'. Dan, saya bukan ahli fekah yang akan memperincikan aurat wanita menurut jalan fahaman aliran mazhab-mazhab yang empat.

Jangan kita menoleh soal pakaian seksi itu lagi. Serahkanlah semua itu kepada kumpulan-kumpulan liberal untuk menegakkan benang yang basah sehingga wujud kes-kes pelajar sekolah ditangkap basah akibat longgarnya kita dalam menitikberatkan hal pakaian ini.

Jangan kita bincang hal aurat lagi. Serahkan soal tudung litup, kain berbunga-bunga yang haram dipakai kerana dikhuatiri menimbulkan syahwat, pemakaian niqab dan sebagainya kepada agamawan kita yang sanggup berperang hujah dengan aliran liberal. Tidak sampai sebulan, isu itu akan dingin dengan sendirinya nanti.

Sebelum melangkah lebih jauh, kita ingin menjawab pertanyaan seseorang yang bertanya, kenapa kelihatannya Muslim yang taat beragama selalu memperhatikan hal remeh-temeh seperti pakaian? Mereka lazim bertanya, kenapakah tuan guru asyik bercerita hal pakaian wanita yang jika tidak dikawal akan menimbulkan 'ra' dan syahwat keterlaluan?

"Dah tak de benda lain ke yang ulamak korang nak cakapkan?" tanya mereka. "Come on, pakaian ni tak penting sangat la untuk diperbincangkan. Kita dah masuk abad IT!"

Kepada mereka ini yang kita perhatikan tidak liberal sangat pun, tapi mereka sangat suka menunjukkan kepada orang-ramai bahawa mereka ini liberal bertujuan menimbulkan rasa keangkuhan di hati mereka, kita ingin berkata begini:-

Pertamanya, pakaian itulah yang menunjukkan bahawa kita seorang manusia atau haiwan liar di hutan. Hatta Tarzan dan Mowgli yang popular di dalam riwayat karya Barat sekali pun mengenakan pakaian bagi membezakan antara mereka dan haiwan-haiwan liar itu.

Jadi, pakaian membezakan antara manusia dan binatang. Keduanya, bahasa membezakan antara manusia dan haiwan. Manusia itu berakal dan akal perlukan bahasa untuk bekerja, sama seperti anggota tubuh lain; kaki serta tangan perlu zat protein, karbohidrat daripada perut untuk bekerja sekali gus membekalkan tenaga ke seluruh badan.

Sebab itu, pemakaian yang tidak betul dan tidak tepat atau penggunaan bahasa yang tidak lurus melambangkan kekeliruan dan kecelaruan dalam pemikiran seseorang manusia.

Ada dua benteng setidak-tidaknya dalam masyarakat dalam urusan membina meluruskan kemanusiaan. Pertamanya, ulama atau secara tepatnya digelar agamawan. Keduanya para pejuang bahasa yang sentiasa menegur kesilapan penggunaan bahasa. Mereka sepatutnya diselamatkan oleh rakyat ketika diancam pemerintah dalam apa jua keadaan.

Empat pihak berwajib

Kembali kepada soal pakaian, setidak-tidaknya ada empat golongan banyak memainkan peranan dalam isu ini. Pertamanya, pihak PKPIM sebagai golongan pendesak. Keduanya, pihak pemerintah. Ketiga, ulama� dan aktivis Muslim dan keempat adalah aliran liberal.

Saya percaya, kira-kira 25 juta rakyat Malaysia bersetuju dengan saya bahawa kes rogol, dan zina akan terus berlaku hatta selepas pemakaian seragam yang betul dalam kalangan pelajar wanita diputuskan oleh Kementerian Pelajaran. (Itu pun jika kementerian setuju.)

Ramai yang berpendapat bahawa banyak kes yang menyebabkan kes rogol, zina atau pun jenayah seksual. Antaranya adegan lucah menerusi YouTube, webcam yang dapat dicapai melalui Yahoo Messenger dan lain-lain lagi. Ada khidmat yang mengenakan caj melalui kad kredit dan sebagainya. Kalau mahu dihimpunkan semua, tidak tertulis semuanya.

Sekarang, antara empat golongan ini, kita tolak ketepi dahulu pandangan aktivis Muslim yang menyokong PKPIM dan ketepikan dahulu pendapat yang mencemuh daripada aliran liberal ke atas persatuan pelajar Islam ini. Yang tinggal kini hanya dua golongan sahaja.

Iaitu, golongan pemerintah dan PKPIM sahaja. Saya percaya bahawa ramai pihak sudah tahu bahawa dalam suatu tinjauan yang dilakukan menerusi Buletin Utama, TV3 dahulu, kira-kira 73 peratus dalam kalangan penonton memilih menyokong pendapat menyatakan bahawa pemakaian seragam sekolah wanita itu antara penyumbang jenayah seksual.

Memang betul, pandangan ini pun boleh dipertikaikan. Kita boleh kata begini, anak-anak remaja bukan suka sangat tengok Buletin Utama, Berita Warta Perdana dan mereka tidak akan tergerak hati untuk mengundi dalam tinjauan sms itu. Remaja cuma minat mengundi calon AF, Gangstarz dan sebagainya. Kaum ibu bapa saja yang mengundi sms malam itu.

Jadi, pandangan itu bukanlah pandangan yang mewakili keseluruhan khalayak. Tapi, kita kena ingat bahawa itulah undian orang yang bijak, prihatin dengan hal sosial remaja kini, peduli tentang nasib anak-anak remaja mereka. Mereka mengundi dengan harapan supaya kerajaan dapat berbuat sesuatu demi menyelamatkan jiwa remaja yang kian merosot.

Pandangan manusia bukanlah pendapat Tuhan. Ia boleh jadi betul atau salah. Pandangan PKPIM dan pandangan kerajaan mungkin betul dan salah. Tapi, pendapat yang betul dan salah janganlah hendaknya dijadikan ukuran sangat dalam hal membuat dasar terbaru ini.

Atau, dalam makna lain, kerajaan janganlah menunggu sangat sehingga dibentang kajian yang teliti dan dipunggah fakta dan data dalam hal dan urusan yang baik. Kalau hal yang jahat seperti membatalkan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum dan urusan pembelian kapal selam itu cepat sangat buat keputusan tanpa perlu tinjauan sms pun.

Berfikirlah secara mudah. PKPIM adalah pelajar Islam dan kini mereka sedang berdepan dengan kerajaan Islam (secara tepatnya Islam Hadhari). PKPIM bukan berdepan dengan kerajaan yang berfikiran liberal atau kerajaan Islam Liberal. Jadi, mudahkanlah urusan.

Bukanlah susah sangat kerajaan Malaysia mahu membuat keputusan dalam hal ini. Kita bukannya ada kerajaan liberal. Sepatutnya tidak susah sangat untuk menerima pandangan PKPIM itu walaupun ada kecacatan pada pandangan mereka.

"Budak-budaklah katakan," anda sebagai penguasa boleh berkata begini dan hal itu tiada salahnya. Orang tua juga pernah membuat kesilapan. Kalau tidak, masakan Mahathir rasa menyesal melantik Abdullah Ahmad Badawi sebagai penggantinya?

Dalam tulisan ini tidak perlu lagi saya menjawab tohmahan, kritikan aliran liberal kerana hal itu kita serahkan kepada aliran aktivis Muslim dan aktivis liberal yang akan bergaduh darihal apa sahaja. Yang paling penting ialah, keputusan itu terletak di tangan kerajaan.

Oleh kerana kerajaan memegang falsafah Islam Hadhari ajaran Abdullah dan ia tak jauh sangat menyimpang daripada ajaran Islam yang dibawa Muhammad bin Abdullah, (kalau menyimpang pun cuma 180 darjah sahaja daripada segi tafsiran dan tindakan) maka dapat kita berikan berikan contoh perumpamaan begini.

Lihat Malaysia sebagai sebuah bahtera yang besar dan sedang belayar di samudera yang luas menuju ke sebuah pulau perhentian akhirat. Pemimpin itulah adalah nakhodanya dan rakyatnya pelbagai kaum, agama dan kepercayaan seperti Islam, Kristian, Buddha, Ateis, Hindu, Liberal, Atheis, dan aliran mazhab baru, iaitu Hadhari dan sebagainya lagi.

Dalam menuju pulau itu, ada kalangan rakyat yang berbuat dosa dan setiap dosa itu telah menebuk lubang-lubang kecil di bahtera tersebut. Ini dosa-dosa kecil. Ada juga rakan dan kroni nakhoda yang telah menebuk lubang besar seperti membeli kapal selam agar boleh dimasukkan dalam bahtera itu. Tentulah bahtera itu terbeban apatah lagi hal menanggung kapal selam itu terkait dengan pembunuhan Altantuya. Ini dosa besar. Lubang lagi besar.

Ada lagi kroni nakhoda yang seramai enam orang yang cuba menjahanamkan bantera itu dan dinamakan mereka sebagai '6 Jahanam' pula. Lagi besar lubang yang ditebuk mereka kerana melibatkan mesin dan jentera kehakiman. Pendek kata kipas pemusing dirosakkan oleh rakan-rakan nakhoda, layar kapal dirosakkan menantu nakhoda pula.

Sedangkan rakyat biasa cuma menebuk lubang-lubang kecil sahaja. Tetapi, dicelah-celah kekalutan itulah lahirnya anak-anak muda yang baru mengenal dunia dewasa dan mereka cuma bersuara untuk menyelamatkan keadaan dengan penuh kecacatan pendapat, (begitu pandangan liberal) dengan meminta ditutup lubang kecil akibat dosa manusia kerdil.

Sesungguhnya zina dan rogol bagaikan lubang-lubang kecil ini tetap akan berlaku sampai bila-bila pun dan pelajar kerdil ini cuma beraksi sebagai pemantau keadaan, memberitahu di mana ada tempat kebocoran, iaitu di sekolah-sekolah tempat pelajar-pelajar sepatutnya menggali ilmu mendulang pengetahuan.

Tempat di mana sepatutnya berkembang budaya Iqra' sebagai wahyu pertama yang turun kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, maka di tempat itulah juga, sekolah yang dilihat sebagai tempat menyuburkan budaya Iqra' telah dicemari.

Perguruan Islam bermula dari madrasah pemikiran Rasulullah s.a.w yang pertama di Gua Hira' akhirnya diubah ke rumah Arqam bin Abi Arqam. Saat inilah madrasah pemikiran Rasulullah mula tersebar tanpa sedikit pun tertebuk lubang di dinding madrasah itu.

Sememangnya, jika kerajaan mengiyakan dan menyegerakan urusan pemakaian menutup aurat sekali pun, masalah sosial tetap akan berlaku. Tapi, salahkah jika kerajaan berusaha juga menutup lubang-lubang kecil ini jika tidak dapat menutup lubang besar yang pernah ditebuk sejak sekian lama oleh 'Kepala 6 Jahanam' itu?

Siapa 'kepala 6 Jahanam'? Jawapannya, semaklah siapakah Menteri Pelajaran sekitar 70-an yang telah mengusahakan penubuhan Auku yang terus kekal wujud sehingga kini dan semoga tidak bertahan ia buat selama-lamanya.

Selepas penyata Rahman Talib dan Penyata Razak, maka Menteri Pelajaran sekitar 1970-an itulah yang perlu banyak memikul tanggungjawab membersihkan segala lompang dan semua lubang yang kian banyak ditebuk olehnya kini dan mungkin buat selama-lamanya.

Barangkali, agak sulit pelajar Islam mahu memperjuangkan hal pakaian seragam sekolah ini kepada kerajaan Islam Hadhari. Islam hari ini terpisah dua seperti 'United Kingdom' (Kesatuan Kerajaan) dan 'United States' (Kesatuan Negara).

UK dan USA biar pun sama warna kulit dan sama keturunan, tapi berbeza faham politik. Sebuah negara republik dan sebuah lagi masih mengamalkan pemerintahan beraja. Islam datang dengan khalifah (government) dan dipertalikan hubungannya dengan bumi (state).

Demikianlah tanahair kita ini. Memang benar ia adalah Negara Islam daripada suatu segi. Tapi, ingatlah Negara Islam (state) kini ditadbir Kerajaan Islam Hadhari (government) . Ia sememangnya kelihatan seakan-akan serupa, tetapi tetap tidak sama.

Tapi, tiada salahnya kalau PKPIM mahu mencuba. Selamat berjaya! Bak kata al-Fansuri, berakitlah ke hulu, berenanglah ke tepian. Bersakitlah melawan hujah dahulu, nanti akan senanglah kemudian. Kepada adik-adik muda remaja yang dibuai leka, jangan dibiarkan lubang ditebuk tupai dahulu, kelak meranalah hidup kemudian.. Kepada Kerajaan Islam Hadhari, tunggu apa lagi? Hadhari.. Hadhari.. Ayuh! Ayuh!

Sekolah Pemikiran Jalan Pahang Barat
9:12 malam, 3 Jun 2008

source: MYT and PKPIM siber

Respon Pembaca Mengenai Isu BAJU SEKOLAH

Isu baju di luar kotak fikiran
Nurhafiza Shahrudin | Jun 3, 08 6:32pm
Isu pakaian pelajar perempuan dianggap "seksi" yang digembar-gemburkan seharusnya dilihat dari perspektif yang positif.

Saya perhatikan cadangan tersebut bukan semata- mata untuk kepentingan peribadi, bahkan ia melibatkan maruah seluruh wanita khususnya dalam kalangan pelajar perempuan Islam.

Saya yakin dan percaya pemimipin persatuan pelajar itu pastinya sudah melihat dan menilai aspek pemakaian tersebut dari sudut baik buruknya sebelum berani mengeluarkan kenyataan tersebut.

Pandangan pemimpin Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) itu kemudiannya menjadi kontroversi memandangkan ia agak kontra dengan kebanyakan kotak pemikiran masyarakat Malaysia yang menganggap ia tidak lebih hanya sekadar perkara picisan yang tidak wajar diberikan perhatian.

Namun kita yang mengaku Islam harus barani mempertahankan pandangan tersebut di samping memberi cadangan membina bagi mengukuhkan lagi kenyataan tersebut.

Saya perhatikan respons pembaca kebanyakannya datang dari mereka yang bukan Islam. Ia tidak wajar berlaku kerana ia hanya melibatkan isu umat Islam.

Namun apa yang lebih mendukacitakan, ada juga segelintir umat Islam yang turut sama membantah cadangan tersebut.

Kita harus melihat dari sudut yang positif dan mengkaji sejauh mana baju sekolah tersebut mengundang serta menjadi salah satu faktor penggalak keruntuhan akhlak remaja.

Cadangan saya:

(1) menilai kembali kualiti kain yang digunakan dengan menyelaraskan semua jenis kain warna putih bagi semua sekolah di Malaysia, atau

(2) menetapkan syarat pemakaian tudung, paling minimum menutup dada, atau

(3) PKPIM harus mencadangkan model pakaian sekolah yang sesuai andai dua cadangan di atas sukar dilaksanakan.

Kesemua cadangan di atas sejajar dengan tuntutan agama dari segi syarat berpakaian yang seharusnya tebal sekurang-kurangnya tidak menampakkan susuk tubuh dan longgar serta warna yang tidak menarik perhatian lelaki.

Pelaksanaannya harus secara berperingkat-peringkat kerana sudah pastinya ia melibatkan perbelanjaan besar serta sesuai dengan tuntunan agama yang menghendaki agar sesuatu perkara itu tidak dilakukan dengan tergesa-gesa.

Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Kita mampu melaksanakannya andai kata kita benar-benar memahami seluruh tuntutan agama terutamanya dari aspek penjagaan aurat wanita.

ABIM: Kaji semula kenaikan harga minyak


Jun 7, 08 3:59pm

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkata, keputusan kerajaan menaikkan harga jualan minyak petrol sebanyak RM 0.78 serta diesel sebanyak RM1, adalah pahit untuk ditelan oleh semua lapisan masyarakat.

"Ini memandangkan kenaikan kedua-dua komoditi tersebut bakal meninggalkan kesan yang jelas serta nyata dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia," kata Setiausaha Agungnya, Khairul Arifin Mohd Munir.

Menurutnya, kenaikan harga minyak akan mendorong kenaikan caj-caj perkhidmatan, kos sara hidup dan harga barang keperluan, yang pastinya membebankan, terutama di kalangan rakyat berpendapatan rendah.

"Mereka yang tinggal di bandar merupakan golongan yang akan terjejas teruk disebabkan kos sara hidup yang tinggi yang segalanya bergantung kepada kuasa membeli bagi mendapatkan sesuatu barang, berbanding di kampung, yang setidak-tidaknya boleh memanfaatkan hasil tani.

"Kita sedar bahawa kenaikan ini mungkin tidak boleh dielakkan disebabkan faktor kenaikan minyak global, namun demikian Abim beranggapan, tindakan kerajaan untuk menaikkan harga minyak adalah terlalu drastik, mendadak dan terlalu tinggi," katanya.

Kenaikan tersebut secara langsung menambah beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kenaikan tersebut juga bakal memberikan kesan negatif kepada perkembangan sosial dalam masyarakat jika ianya tidak ditangani dengan baik disebabkan tekanan hidup yang dihadapi rakyat.

"Bahkan Abim juga berpendapat, kenaikan ini tidak menepati status negara sebagai negara pengeluar minyak, yang menjadi penyumbang utama kepada hasil pendapatan negara.

"Dalam hal ini, perbandingan tidak boleh dilakukan terhadap harga minyak yang ditawarkan oleh beberapa negara lain seperti Singapura, yang terpaksa mengimport minyak untuk menampung kegunaan domestiknya," tambahnya.

Tujuh saranan

Khairul Ariffin berkata, menyedari implikasi akibat kenaikan harga minyak terhadap rakyat, maka Abim menyarankan kerajaan melaksanakan inisiatif berikut:

bullet button Mengkaji mengkaji semula kenaikan tersebut yang disifatkan terlalu tinggi dan drastik. Kebajikan rakyat perlu diberikan keutamaan.

bullet button Memperkasakan semula mekanisme pengagihan pendapatan atau kekayaan berdasarkan kepada prinsip keadilan sosial, agar kebajikan golongan miskin dan berpendapatan rendah mendapat pembelaan yang sewajarnya.

bullet button Pemimpin, jabatan, serta agensi kerajaan mengamalkan budaya berbelanja secara berhemah, agar dapat diteladani oleh rakyat. Seruan ini tidak terhad kepada kerajaan pusat tetapi meliputi semua pihak, termasuk kerajaan negeri.

bullet button Setiap projek ataupun program pembangunan perlu dirancang secara berhemah serta teliti untuk mengelakkan pembaziran dan memaksimumkan wang hasil penjimatan subsidi itu untuk dimanfaatkan oleh setiap lapisan masyarakat. Rasuah dan ketirisan wang peruntukan kerajaan kepada mereka yang tidak berhak, wajar diperangi habis-habisan.

bullet button Memperbaiki sistem pengangkutan awam seperti bas awam, teksi, komuter, serta beberapa jenis pengangkutan lain untuk membantu rakyat meringankan beban kenaikan harga minyak.

bullet button Memantau harga barang keperluan yang masih menerima subsidi dari kerajaan, agar tidak ada peniaga yang mengambil kesempatan mendapatkan keuntungan berlipat ganda ekoran kenaikan harga minyak.

bullet button Memastikan penyaluran bantuan kebajikan dan subsidi kepada golongan berpendapatan rendah serta miskin dapat dijalankan secara telus dan teratur.

Thursday, June 5, 2008

"Expletive Deleted": A Response to Raja Petra Kamaruddin

Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
www.abim.org. my - www.madanitv. net - www.mindamadani. my - www.myislamnetwork. net

"Expletive Deleted": A Response to Raja Petra Kamaruddin

The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) was recently assaulted by Raja Petra Kamaruddin in his Malaysia Today column "No Holds Barred" http://www.malaysia -today.net/ 2008/content/ view/8209/ 84/. A response is in order, with the expletives he has resorted to not included. At threshold, one should note that Muslims and all civilized people are encouraged to rationally and responsibly discuss issues, and discouraged from using inappropriate language. ABIM believes in civilized resolution of conflict, not accusatory statements, especially those without substance and stated in sailor's language.
Firstly, RPK has associated ABIM with a political movement. He has no knowledge, and if he does he does not evince it, of ABIM's historic role as a leading Islamic NGO, which by definition is a non-political and non-partisan organization. By merely calling upon a political party or grouping, namely BN and UMNO, to explain its proposed percentage changes on a matter of importance to Malays and other ethnic groups in Malaysia is not to be part of that group, but to seek satisfactory explanation for its deviance from the accepted "social contract" of this country. It is fixed under Articles 153(2) and 153(3) of the Federal Constitution of this Country. The mere uphold of these provisions does not make one UMNO; it merely suggests a compliance with the normative rules of a democratic majority.

Furthermore, one need not look further than the other demographic segments of our society to see the overall reluctance of these groups to abandon ethnic identity and be treated as "Bangsa Malaysia". ABIM acknowledges and participates in our multi-ethnic, multi-religious society, not only for the benefit of Muslim youths but for the benefit of all in our society. To allege otherwise and identify this NGO with the political policies and agenda of one party is a serious accusation without any foundation. ABIM seeks to have government – meaning both the majority and the opposition - act ethically and legally, and seeks this for the benefit of all Malaysians regardless of the ethnic and religious backgrounds.

Secondly, by RPK calling us munafik and fasik has in effect equated us as non-Muslims. He has accused us of being "b…s…t" and hypocrites. In point of fact, ABIM has not objected to RPK's right to speak and argue his points, even though as individuals and as a group we may disagree with particulars. We feel, however, that the use of his media for the purpose of defamation of an Islamic organization is a breach of his responsibilities as a Muslim, a Malaysian citizen and as a journalist blogger. Our important duty as a Muslim is to engage in RESPECTFUL and APPROPRIATE discussion and debate. Using "b…s…t" as an adjective is neither of these requisite elements to discussion and presentation.

RPK has neglected some major facts: Islam itself acknowledges and respects diversity and plurality in society. ABIM treasures this, and works in conjunction with friends from other non-Muslim groups and NGOs so that Islamic principles are given voice and taken into consideration along with other perspectives. Secondly, he fails to note that ABIM seeks to encourage inter-faith and inter-ethnic dialogue that continues and deepens current mutual understanding. The underlying assumption of the NEP is one matter in need of protracted and open discussion between the demographic groups, and is encouraged by ABIM. Factually, ABIM has no identity with any political party. If such an identity exists today, it would not be with the ruling party: previous leadership of the organization alone would lead to that assumption. But ABIM has always remained non-political, non-partisan and any assumption or argument to the contrary is faulty, misguided and used by the speaker or writer to further his own agenda.

RPK places emphasis on party loyalty. In fact, ABIM urges all to answer the higher call of being a servant of Allah before being loyal to any other. At no time in its history has ABIM confused its greatest loyalty, which is to our Creator, Allah the Almighty. If anything, ABIM asks our leaders and members to have the same dedication. While we sympathize with RPK's confused misunderstanding of Islam, we are appalled at how ironical it is that RPK in his vulgar-languaged polemic feels that some of the political leadership think that they are guaranteed paradise by their actions. To be guaranteed paradise is to only do acts for the pleasure of Allah. Apparently, politicians and certain political commentators do not follow this simple intention.

ABIM is always anxious and willing to engage in a REASONABLE, RESPECTFUL and APPROPRIATE opportunity to exchange views with all members of Malaysian society, its critics included. But attacks and baseless allegations do not encourage such dialogue; to the contrary, they impair and disable it. RPK has not only darkened his reputation as an observer and commentator, he has also sought to darken that of a viable, honest and valued Islamic NGO within Malaysian culture. He does himself, ABIM, and its objectives of dialogue between all of us a great disservice.
And Allah knows best.


Azril Mohd Amin
Vice President of ABIM

Wednesday, June 4, 2008

Response on Marina Mahathir's statement

What is so serious when our young generation especially our young females take part in fighting for their rights? What is the problem when they didn’t get full support from ‘intellectuals’ or even from Special Advisor on Women? When more than half of Malaysian Muslims have spoken for them?

What is a big deal when other ‘intellectuals’ are keep on condemning the ‘small-mind wannabe’ and so what with the nomination of the title ‘small-mind of the year’? Come on young ladies, let them say what they would like to say, and you keep up your good work!

In the view of muslimah and also as a student, I’m so disappointed with the statement made by Marina Mahathir in her column -Musings;Marina Mahathir ( The Star; Wed, June 4 2008). By the way, in some certain parts, I may consider it as acceptable when it comes to the different ways of thinking and the important of defending it in order to insist it to be the best way from other’s but I also wonder if she would have completed her research before her view is published to public.

Why must we compare our local students with students in France? Yes, they fight for a better education system, and yet, is protecting women’s pride a ‘small mind’? As a student, didn’t they have the rights to protect themselves for what is permissible in Islam? For something that is compulsory in the real Islamic perspectives? Is it really small when it comes to ‘religion’? Are there any powerful sources for us as a muslim that can be compared to Al-Quran? Definitely no!

The idea to change the school’s uniform color may be silly but yet they also have included few other alternatives that can be stressed on. Why don’t we focus on that? The ministry for example may come out with a new dress code in order to reduce the transparent of white color for the school uniforms; it is compulsory for all students to wear camisole, and it is compulsory for all Muslim female students to wear tudung - for example!

After all, Marina has portrayed herself on such ways, on the same level with the female students association (as what she thought; if they really are) when she simply mentioned that ‘ voicing out our rights’ is small-minded and is one of the reason why student cannot get jobs after studying. ‘The easiest and cheapest counter attack (freedom of speech arguments)’ that she stressed on is actually ‘eating’ her back as she also used the same method to deliver her views!

Marina would definitely has not yet completed her researches regarding the evident that she is looking for when almost all Islamic movements and NGOs agreed with the statements made by The National Union of Malaysia Muslim Student, PKPIM few weeks back. TV3 and RTM have also done with the surveys regarding this issue and 67% of Malaysian agreed! A new portal of Islamic Community, I Luv Islam.com has also pasted a poll entitled “Adakah Pakaian Pelajar Perempuan Sekolah Seksi” on the website and 63% of the viewers agreed. For extra information, kindly view www.iLuvislam.com.

Dear Muslims, please watch over your responsibility towards ummah. If you would have seated and do nothing for the sake of your religion, who else then? If you would have felt comfortable enough for what you have contributed to the ummah, you’re actually welcoming the ‘Islamic wannabe’, who covered their actual figure behind the name of Islamic movements, with their own strategies in order to liberalize other Muslims with their own Islamic understandings and teachings by using the power of brain without thinking that it is also a precious gift given by Allah!

Friday, May 23, 2008

Response on; REVIEW SCHOOL UNIFORMS

"..Something must be seriously wrong with local men if the sight of girls in their school uniform turns them on, says Sisters in Islam.." ( the star; 23rd may 2008-edited)

What is so serious about the girl's school uniform? Is 'white' a symbol of S.E.X.Y?

It is not the colors that matter, but it is how you portray yourself for not being too sexy and attracted by others, especially MEN. Having a second-time analysis at the statement made by the National Islamic Students Association of Malaysia (PKPIM) vice-president
Munirah Bahari, there are some concrete reasons for WHY the government should review of the uniform policy. But, the thing is, will there be any possibilities for the reducing of rape cases to occur, if the changes of the WHITE uniform is permitted? For sure, it will remain vague, unless; there are actions to be taken!

“It is entirely irresponsible for anyone to suggest the idea that rape is a result of attire. Rape is not about attire, it’s about power that perpetrators feel they have over their victims,” (Women’s Aid Organisation executive director Ivy Josiah said in the star; 23rd May 2008-edited)

The idea of uncritical thinking is clearly stated in this statement for which ( I hope) it wont gives us, WOMEN any courageous to slightly think that the power of wearing any kinds of attire is in our hands! YES, RAPE is also about ATTIRE, and yet the power that perpetrators feel they have over their victims is also inspirited by the ATTIRE of the victim! Statistic shows that most rape cases are caused by the act of the victim itself for which it cannot be denied that psychological factors may also be contributed regarding this social ill. But let us try to have a look at the way our beloved young teenagers wear their clothes. Regardless the uniform issue. Are they following the real ethics of 'human' dress code? Try to put a step on Jalan Bukit Bintang, (24 hours; non stop!) and there you could see how Malaysian portray themselves in terrific ways!

I was a government school former and used to wear WHITE kurung for almost 12 years. The moment when the Head of Discipline were walking around with cane in hands is still clear in mind especially during the 'spot check hour'! The first thing that she stressed on was, "LADIES! are you wearing camisole?" It sounds simple, but it makes sense! WHITE kurung should be wearing together with camisole! And, on the other way around, it is back to a short-simple-significant word; DISCIPLINE! Yes, one should have discipline for each and every single thing in life and yet, in the scope of school environment, the Discipline Department should strictly plays their important role by empower their 'touch' towards students for a better-prevention.

verse from the Holy Qur’an states clearly the Islamic dress code for women; Allah said in the Glorious Qur’an, which means:

“And tell the believing women to lower their gaze (from looking at forbidden things), and protect their private parts (from illegal sexual acts) and not to show off their adornment except only that which is apparent (like both eyes for necessity to see the way, or outer palms of hands or one eye or dress like veil, gloves, head-cover, apron, etc.), and to draw their veils all over Juyûbihinna (i.e. their bodies, faces, necks and bosoms) and not to reveal their adornment except to their husbands, or their fathers, or their husband’s fathers, or their sons, or their husband’s sons, or their brothers, or their brother’s sons, or their sister’s sons, or their (Muslim) women (i.e. their sisters in Islam), or the (female) slaves whom their right hand possess, or old male servants who lack vigour, or small children who have no sense of feminine sex. And let them not stamp their feet so as to reveal what they hide of their adornment. And all of you beg Allah to forgive you all, O believers, that you may be successful.” (Surah An-Nur, verse 31)



So, to change or not to change the school uniform's color, it is up to the Ministry of Education to decide. A special honor to Munirah Bahari for her care regarding this issue which for at least she and her team members did something! Don't just sit and condemn others without further actions or else you'll become the real 'useless'. This 'something' may also become 'big thing' which is much more better than 'nothing', perhaps! Also, a special memo to all ladies out there; do watch your dress code; and do remember that there are many eyes watching over you and staring trough your clothes! Behave your 'human' ethics for at least if you feel no one is around, still, the One and Only is watching and He always do!





Thursday, May 22, 2008

RAGAM PELAJAR PEREMPUAN!

TUKAR BAJU ELAK GANGGUAN SEKS

Kementerian Pelajaran dicadangkan menukar pakaian seragam pelajar perempuan bagi menangani jenayah seksual melibatkan remaja dan hubungan seks sebelum perkahwinan dalam kalangan mereka.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkata, kementerian boleh menukar baju putih kepada baju berwarna kerana ia tampak sesuai dan tidak jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan.

"Baju berwarna putih sangat jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan menyebabkan ada daya tarikan di situ," kata pemimpin wanita PKPIM, Munirah Bahari hari ini.

"Lebih-lebih lagi ia (baju jarang) akan mengganggu mata lelaki, sama ada suka melihatnya atau pun tidak. Baju berwarna putih itu tidak sesuai dipakai oleh pelajar perempuan di sekolah kerajaan.

"Di sinilah punca yang boleh kita saksikan bahawa pelajar perempuan itu sendiri mempunyai daya tarikan supaya lelaki mendekatinya.

"Oleh itu terjadilah perkara-perkara seperti pencabulan, penzinaan dan sebagainya."

Beliau mencadangkan kementerian menilai semula secepat mungkin baju seragam sekolah untuk pelajar perempuan.

Jika kementerian ingin mengekalkan seragam warna putih, katanya, PKPIM mencadangkan pelajar perempuan diwajibkan memakai singlet dalam atau tudung yang labuh kerana ia tampak lebih kemas, selesa dan selamat.

budak sekolah seragam baju 210508"Kami mengharapkan agar Kementerian Pelajaran bertindak tegas dalam menangani isu ini dan rombakan perlu dilakukan ke atas pemakaian pelajar perempuan demi memenuhi syariat dan tuntutan agama Islam," kata Munirah, naib presiden hal ehwal wanita PKPIM, dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata, sikap pelajar perempuan yang tidak tegas menjadikan mereka mangsa cabul.

"Apa yang terjadi sekarang ialah mereka tidak tegas dan membiarkan diri mereka diperlakukan apa-apa sahaja oleh sesiapa," katanya.

Isu yang melibatkan keselamatan diri remaja, tegas Munirah, perlu diberikan perhatian oleh semua pihak.

"Namun begitu, isu ini dilupakan seketika (sekarang) apabila laporan sebegini tidak lagi tersiar di dada-dada akhbar.

"Sebaliknya isu ini akan menjadi panas apabila ada mangsa terbaru dilaporkan," tambahnya.

"Pakaian yang sopan dan menutup aurat boleh mencegah dan melindungi wanita daripada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini."

www.malaysiakini.com

Saturday, May 17, 2008

DEMONSTRASI NAKBA!!

Bantah pendudukan haram Israel di Palestin - NGO hantar memo kepada PBB
Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin
Fri | May 16, 08 | 4:04:24 pm MYT

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - 30 NGO hari ini, berhimpun di bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Damansara bagi menyerahkan memorandum penyataan sikap dan petisyen 100,000 tandatangan rakyat Malaysia kepada 15 anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

ImageIa diserahkan oleh Pengerusi Citizens International, Muhydin Abdul Kadir bersama wakil-wakil NGO lain kepada Pengurus Program United Nation Development Program di perkarangan pejabat tersebut sambil disaksikan kira-kira 50 aktivis NGO yang turut menyokong usaha tersebut.

Pertemuan selama setengah jam wakil-wakil NGO tersebut memohon agar pihak UNDP dapat mengambil perhatian yang lebih serius kepada masalah yang kini menimpa penduduk Palestin yang telah lama menderita tanpa pembelaan yang sepatutnya diberikan pihak keselamatan PBB.

Dalam pada itu, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) melahirkan kekesalan terhadap penolakan usul membantah sambutan ulangtahun ke 60 pendudukan haram Israel di Palestin akibat pencerobohan tentera Israel yang berkompromi dengan ImageAmerika Syarikat yang telah dikemukakan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Marang-PAS) di parlimen semalam.

Namun, ianya diketepikan dengan alasan bahawa ianya bersifat tidak segera.

Usul tersebut turut menyatakan bahawa Parlimen Australia telah meluluskan usul merayakan kelahiran Israel yang disokong pembangkang sedangkan parlimen Malaysia seharusnya mengutuk usul tersebut dan menyatakan bantahan kepada Australia.

15 Mei 2008 adalah genap 60 tahun Hari Naqba ialah suatu hari peringatan pencerobohan Israel ke atas tanah air Palestin.

"Kita kesal dengan sikap tidak prihatin dengan kerajaan yang pernah menjadi Pengerusi Pertubuhan Negara-negara Islam Dunia (OIC) yang tidak pernah Imagemengeluarkan kenyataan mengenai Hari Nakba," katanya dalam satu sidang akhbar di sini.

Beliau menyifatkan pemimpin OIC seluruh dunia masih takut dan dayus untuk membela Palestin dan membebaskan masjid Al-Aqsa daripada cengkaman Israel Zionis.

"Malah tindakan Perdana Menteri kita sekarang ini melambangkan beliau seorang pemimpin yang lemah dan hal ini menyebabkan kami terlalu kecewa," tegasnya.

Apa yang lebih mengecewakan, Malaysia akan mengizinkan warga Israel daripada pasukan bola sepak Chelsea masuk ke negara ini dalam keadaan umat Islam di Palestin ditindas dan diseksa tentera Israel di Semenanjung Gaza.

Image"Sudahlah parlimen kita menjadi dewan yang pengecut untuk menyatakan sikap berhubung isu ini , tetapi kerajaan sanggup pula menjadi alat kepada Amerika dan bulldog kepada Israel," katanya lagi.

Turut hadir dalam pertemuan pagi tadi, wakil daripada Muslim Care Society, Angkatan Belia Islam Malaysia, Jamaah Islah Malaysia, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia. - mr

Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru!

JIWA PENDIDIK DAN PENGAJAR PERLU BERSATU

Pembangunan modal insan seharusnya bermula daripada peringkat akar umbi lagi. Justeru, dalam usaha ‘melentur buluh dari rebungnya’, tidak dapat dinafikan bahawa profesyen perguruan memainkan peranan yang amat penting. ‘Guru’ sama ertinya dengan ‘pengajar’ apabila melihatkan realiti profesyen perguruan pada hari. Rata-rata para guru, hanya menjalankan tugas sebagai tenaga pengajar, bukannya ‘pendidik’. Kurangnya kesedaran terhadap makna dan tugas sebenar seorang guru hanya akan merugikan generasi muda hari ini. Harus diperjelaskan bahawa tugas yang digalas oleh seorang pengajar dan pendidik adalah berbeza.

Bagi seorang pendidik, tugas mereka bukanlah hanya mengajar kurikulum yang telah disediakan. Selain daripada memastikan silibus pelajaran berjaya ditamatkan mengikut ketetapan masa yang dijadualkan, tanggungjawab untuk membimbing para pelajar dengan nilai-nilai murni tidak seharusnya diabaikan. Karisma seorang guru sememangnya mampu memberikan impak yang besar kepada pembangunan integriti anak didiknya. Seharusnya, bagi seorang guru yang berjiwa pendidik dan pengajar, tugas mencurahkan ilmu perlulah diperkasakan lagi dengan keazaman untuk memanusiakan pelajarnya dengan nilai-nilai murni yang menjadi teras di dalam kehidupan

Mendepani cabaran ‘memanusiakan manusia’ bukanlah suatu tugas yang mudah. Lebih-lebih lagi, kini hedonisme terus menerus menjajah minda dan pemikiran generasi muda. Justeru, para guru harus lebih peka dengan realiti pelajar hari ini serta membuat pendekatan yang bersifat kontemporer dan praktikal. Para guru juga harus punya jatidiri yang jitu yang mana akan menzahirkan akhlak yang cantik dan indah yang sememangnya mampu menjadi contoh teladan terbaik buat para pelajar.

Keruntuhan akhlak generasi muda tidak seharusnya dipandang enteng. Perlulah difahami bahawa sekolah tidak sepatutnya bertindak sebagai gelanggang menyebar ilmu semata-mata, tetapi turut sama berperanan sebagai ‘tapak semaian’ adab sopan dan nilai murni di kalangan pelajar. Nilai pada dasarnya bertunjangkan kepada sumber keagamaan, kepercayaan, tradisi dan budaya. Menurut Profesor Dr.Sidek Baba di dalam bukunya yang bertajuk ‘Pendidikan Rabbani’, dalam proses pendidikan, nilai-nilai teras adalah sesuatu yang amat penting dididik kepada pelajar. Nilai-nilai seperti jujur, amanah, ikhlas, bijaksana, adil, telus adalah contoh asas bagaimana membentuk pemikiran, sikap dan amalan dalam hidup. Justeru, apabila nilai-nilai ini dijadikan pedoman ikutan, diserapkan ke dalam proses ilmu, kurikulum dan sukatan atau diolah dalam metodologi yang lebih kreatif, pasti akan mengukuhkan lagi jatidiri seseorang.

Jatidiri merupakan teras dan akhlak pula merupakan cerminan dan biasan daripada kejituan jatidiri itu tadi. Betapa beruntungnya Negara Malaysia andai para intelektual yang bakal berkhidmat bagi menggantikan kepimpinan akan datang punya ilmu, ketinggian adab dan sahsiah diri yang unggul! Betapa perkembangan peradaban dan ketamadunan insan itu sendiri bermula daripada jerih perit seorang guru! Oleh yang demikian, bertepatan dengan sambutan perayaan Hari Guru pada tahun ini yang membawa tema ‘Guru Cemerlang, Negara Terbilang’, adalah menjadi tanggungjawab kepada semua guru-guru di Malaysia ini untuk kembali bertanya pada diri akan apakah matlamat sebenar kerjaya perguruan anda dan setakat manakah ‘kecemerlangan’ anda mampu menyumbang kepada pembangunan Negara Terbilang mengikut acuan dan landasan sebenar.

Seperti mana yang didedahkan di dada-dada akhbar dewasa ini, krisis modal insan yang semakin luntur di kalangan para pelajar telah mengakibatkan masalah sosial yang serius seperti masalah pelacuran di kalangan pelajar perempuan, gejala buang bayi, kes pukul dan sebagainya. Desakan kehidupan yang penuh mehnah dan tribulasi adalah antara penyebab yang mendorong para pelajar melibatkan diri dalam fenomena tidak sihat ini. Oleh yang demikian, selain daripada ibu bapa, guru adalah individu yang paling rapat yang mampu memberi bimbingan dan dorongan kepada para pelajar.

Jika tugas pengajar hanya tertumpu kepada aspek kurikulum pelajaran semata-mata, pendidik pula perlulah bersedia dengan bidang ilmu yang pelbagai. Sebagai golongan cerdik pandai, para pendidik haruslah mencurahkan ilmu-ilmu mereka dengan segala kudrat yang ada di samping memberi bimbingan dengan penuh dedikasi dan kasih sayang. Kerana itulah, para guru seringkali dianggap sebagai lilin yang sentiasa membakar diri dengan nasihat dan tunjuk ajar penuh hikmah! Jelaslah, tugas guru bukan hanya pada pembangunan intelektual sahaja, tetapi juga pada aspek kerohanian dan keperibadian para pelajar.

Sebagai salah satu usaha untuk menyahut cabaran Perdana Menteri dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) yang mahukan pembangunan modal insan diberi penekanan serius, para guru haruslah bangkit dengan agenda dan strategi tersendiri dalam menaiktaraf peranan guru agar kerjaya murni mereka mampu melahirkan intelektual yang juga murni dalam aspek keperibadian dan sahsiah. Sesungguhnya, jiwa pengajar dan pendidik haruslah bersatu agar sentuhan daripada kedua-dua elemen ini berjaya membentuk jiwa pelajar menjadi kamil dan luhur budi pekerti. Akhir kata, selamat hari guru buat semua pengajar berjiwa pendidik!

Wednesday, May 14, 2008

ABIM MEDIA STATEMENT on The 60th Anniversary of The Nakba and The Palestinians' Right of Return

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)
MUSLIM YOUTH MOVEMENT OF MALAYSIA

15 MAY 2008 │ 9 JAMADIL AWAL 1429

MEDIA STATEMENT ON THE 60TH ANNIVERSARY OF THE NAKBA AND THE PALESTINIANS’ RIGHT OF RETURN



15 May 2008 marks the 60th anniversary of the Nakba, the grave catastrophe of 1948 in which Zionist militant forces invaded and destroyed more than 500 Palestinian villages through massacre and intimidation, causing not less than 700,000 Palestinians to become refugees. It is an account of human tragedy: the destruction of families, a civilization, culture and identity. The Palestinian people are not only Muslims; the internally displaced population and that which has been displaced subsequent to the illegal formation of Israel is composed of a multi-religious and in some sense multi-racial population. It is a problem impacting all of humanity, not merely Jews and Muslims.

On this day, our hearts go out to all the Palestinians and we stand in solidarity with them in mourning the Nakba of 1948; we support their resistance of the Israeli occupation of historic Palestine; we strongly codemn the 1967 territorial expansion which continues to facilitate the expansion of the Zionist colonial agenda until today.
We are extremely appalled at the distortions and lies that the pro-Israel lobby has disseminated through global media as a result of Palestinian resolve resulting from these acts. This has led to widespread stereotyping of Muslims, Islamophobia and ignorance in the world community concerning the truth of the conflict. It is almost impossible to speak about the Nakba without speaking about taking responsibility and repairing the historical injustice that was committed against the Palestinian people. Such repair must emphasize first and foremost the recognition of the rights of Palestinians to return.

We stand in solidarity with all Palestinians in their struggle for freedom and self-determination and strongly reiterate the following:

  1. Our demand that Israel cease its siege of Gaza and lift its blockade to allow for the free flow of people, food, humanitarian aid and energy to the Palestinians in Gaza. According to the 4th Geneva Convention, collective punishment is a crime;
  2. Our further demand of the cessation and action-reaction syndrome that intensifies with each new incident, and the blatant excessive, extra-territorial incursions by Israel;
  3. Our denunciation of all illegitimate Israeli settlements in occupied Palestine and demand immediate demolition of the apartheid wall. Both settlements and the wall violate the rights of Palestinians through illegal land confiscation, home demolitions, and restrictions of movement;
  4. Our opposition towards prejudice, including racism and anti-Semitism, in all its forms, and insistence that the Israeli government’s policies toward the Palestinian people manifest both racism and state terrorism;
  5. Our strong urge to all nations, particularly the United States and its Western allies to give due regard to the interests of all parties to the dispute in the Middle East, and especially encourage those who would be peacemakers to be impartial in their approach, and not show favor nor fail to condemn either party for the breach of any agreements; and
  6. Our demand that Israel recognize all Palestinians’ Right of Return, as guaranteed in the United Nations’ General Assembly Resolution 194.

The refugees are mentioned in Article 11, which resolved: “... that the refugees wishing to return to their homes and live at peace with their neighbors should be permitted to do so at the earliest practicable date, and that compensation should be paid for the property of those choosing not to return and for loss of or damage to property which, under principles of international law or in equity, should be made good by the Governments or authorities responsible.”



AZRIL MOHD AMIN
Vice President (International)

Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM)

Kuala Lumpur



Isu Murtad Siti Fatimah Tan; Respon ABIM

MALAYSIAKINI

Abim: Cari formula tangani isu murtad
May 13, 08 7:16pm
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menegaskan bahawa sudah tiba masanya untuk dicari suatu formula yang disepakati mengenai hukum syarak dan tatacara mengenai murtad atau permohonan keluar dari agama Islam di Malaysia.

Usaha ke arah itu, tegas presidennya, Yusri Mohamad, menuntut suatu proses "ijtihad kolektif" yang melibatkan ahli-ahli fatwa dan pakar-pakar perundangan dalam bidang yang terbabit.

"Adalah wajar pandangan semua pihak yang berkaitan dan berminat, termasuk yang bukan Islam, turut didengari dan diambil kira," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Akhirnya, memandangkan ini adalah isu hukum-hakam, (maka) para ahli fatwalah yang akan merumuskan keputusan terakhir dan cadangan peruntukan undang-undang yang sesuai," tambahnya.

Yusri berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dalam kes Siti Fatimah Tan Abdullah adalah sangat penting serta perlu disoroti dengan saksama dari pelbagai sudut agar sikap yang setepatnya dapat diambil terhadap perkembangan terkini berkaitan isu murtad di negara ini.

Sebenarnya, tegas beliau, ia bukanlah kes pertama seumpamanya di Malaysia, seperti yang dinyatakan oleh sesetengah laporan media.

"Abim dimaklumkan bahawa memang sudah ada sebelum ini beberapa kes melibatkan saudara baru yang telah memohon dan mendapat kebenaran mahkamah syariah untuk keluar dari agama Islam. Cuma kes-kes lain sebelum ini tidak mendapat liputan meluas," tegasnya.

Sikap perundangan

Bagaimanapun, katanya, perlu ditegaskan bahawa adanya kes-kes ini bukan bermakna persoalan tersebut dalam negara ini sudah jelas dan seragam.

"Hakim Mahkamah Syariah yang memutuskan kes-kes ini telah membuat keputusan berdasarkan fakta kes masing-masing, dalam situasi peruntukan undang-undang berkaitan murtad masih belum jelas atau seragam di negeri-negeri.

"Walaupun negeri-negeri mempunyai bidangkuasa tersendiri dalam hal-ehwal Islam, namun ada keperluan kepada suatu sikap perundangan atau fatwa yang sejelas mungkin dan seragam berkaitan permohonan keluar agama Islam di negara ini.

"Isu murtad di Malaysia sering menjadi tumpuan masyarakat dalam dan luar negara dan menjadi alasan sesetengah pihak untuk memberi gambaran negatif terhadap Islam dan umat Islam di Malaysia," tambanya.

Menurutnya, kes Siti Fatimah adalah kesan pelbagai keputusan mahkamah sebelum ini, termasuk keputusan Mahkamah Sivil tertinggi di Malaysia, Mahkamah Persekutuan dalam kes Azlina Jailani atau Lina Joy, yang mempertegaskan bidangkuasa eksklusif kepada Mahkamah Syariah dalam kes-kes murtad dan seumpama dengannya.

Justeru, katanya, kedudukan Mahkamah Syariah sebagai forum terbaik bagi menentukan status agama seseorang yang asalnya beragama Islam, tidak patut dipertikaikan lagi.

"Terlepas dari soal betul-salahnya penghakiman dalam kes Siti Fatimah ini, ia membuktikan bahawa Mahkamah Syariah boleh dan mungkin membuat yang memihak kepada sentimen pihak bukan Islam. Adalah jelas tanggapan bahawa Mahkamah Syariah akan sentiasa berat sebelah terhadap pihak Islam adalah salah dan tersasar.

Saudara baru

"Dengan latar tersebut, Abim merasa kesal dengan sikap Majlis Peguam Malaysia melalui naib pengerusinya, Ragunath Kesavan seperti yang dilaporkan oleh media, yang terus-menerus berkeras bahawa kes-kes seumpama ini sepatutnya ditangani oleh Mahkamah Sivil.

"Semua pihak haruslah menghormati penghakiman dalam kes tersebut. Sudah tentu ini tidak menutup ruang untuk Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) memfailkan rayuan terhadap penghakiman tersebut untuk dipertimbangkan di peringkat yang lebih tinggi.

"Sepintas lalu, nampaknya kedudukan isu tersebut tidaklah begitu mudah. Tidak semestinya faktor bahawa seseorang itu telah tidak mengamalkan amalan-amalan agama Islam, wajar menjadi faktor utama penentu status agama seseorang Islam," tegas Yusri.

Bagaimanapun, tegasnya, ia mungkin sesuai dalam situasi yang melibatkan seseorang saudara baru yang keislamannya pada asalnya tidak jelas serta boleh dipertikaikan ketulenannya.

Akhirnya, kata Yusri, pihak berkuasa agama perlu lebih bersungguh-sungguh dan cekap dalam memelihara kefahaman dan penghayatan agama saudara-saudara baru.

"Walau apapun latar dan tujuan sebenar seseorang saudara baru itu memeluk Islam, pihak berkuasa agama berada dalam posisi yang strategik dan mempunyai kapasiti untuk menyempurnakan penghayatan Islam mereka.

"Abim turut kesal , jikalau benar, seperti gambaran yang disebut dalam penghakiman kes tersebut, bahawa dalam kes ini, pihak berkuasa agama negeri terbabit telah gagal mengambil langkah-langkah yang semaksima mungkin dalam memelihara hal-ehwal keagamaan para saudara baru," katanya.