Friday, December 19, 2008

HIGH EXPECTATION!!

"Wahh...Result SPM gempak! Errmm, dik, kenapa awk tak minta U?"

"Fuyyoo...banyaknya A1, awk mesti boleh dpt 4.oo flat la dik..."


Itulah ungkapan para pekerja di pejabat administration and marketing sewaktu aku mendaftar di Kolej Islam Antarabangsa, 1 Disember yang lalu. Aku semakin terasa hina sewaktu kata-kata itu mereka lemparkan namun jauh di sudut hati, aku aminkan saja kata-kata yang mereka titipkan itu. Barangkali menjadi doa buatku. Ya, di sini, segala-galanya baru. Aku hadir di sini pun berbekalkan semangat yang ku peroleh daripada keluarga dan sahabat handai yang benar-benar mengenali diriku. Jenuh jugak sebenarnya hendak mengatur langkah dengan jiwa yang besar. Aku mohon pada Allah, mudah-mudah permusafiran di sini dipermudah dan sentiasa dalam redhaNya.

Kolej Islam Antarabangsa merupakan subsidi daripada IIUM Property iaitu anak syarikat milik Universiti Islam Antarabangsa. Lokasinya juga tidaklah jauh mana dengan kediamanku dan UIAM sendiri. Kira-kira 20 minit mungkin. Alhamdulillah, di sini dapatlah aku kerap pulang ke rumah dan berehat-rehat bersama keluarga. Aku masih ingat pesan ayah..

" Ada hikmahnya Allah letak Syahirah di sini..."

" Dekat dengan rumah, dekat dengan Adam.. Adam tu manja dengan semua orang. Kita bukan setakat kena ajar Adam, tapi kena didik dia.."


Ya, aku teringat arwah mama teringin benar untuk menghantar adikku Muhammad Adam Taufeeq ke sekolah aliran agama. Bagiku, adikku seorang ini cepat menangkap dalam ilmu keagamaan, lebih-lebih lagi hafazan. Kini, dalam usia 10 tahun dia sudah berjaya menghafaz beberapa surah pendek seperti Al-Taariq, Al-Mutaffifin, Al-Insyiqaq, Al-Buruj dan beberapa lagi yang aku sendiri sudah lupa. Sememangnya aku sewaktu umur ini baru sahaja khatam al-Quran. Tiada langsung surah yang dihafaz. Kadang-kadang iri juga pada budak kecik ni! Alhamdulillah. Selalunya sebelum tidur, kami berdua akan berbual panjang mengenai beberapa persoalan agama yang dia keliru. Adam sering memanggilku Ustazah! Haha. Namun, kadang-kadang sedikit kepenatan melayan persoalan yang tidak pernah terlintas di benak fikiran.

" Kak Iah, mama mesti tengah best giler jumpa Allah kan?

" ha'ah.."

"Kite kan kadang-kadang fikir, macam mana ek MATI? Macam tak percaya semua orang akan MATI. Kite sendiri akan MATI..fuhh..mama bestla..dapat masuk syurga.."

Aku kelu.

" Adik, memang pun. Sebab tu kite kena doa banyak2 supaya Allah bagi kita Husnul Khatimah.. Mama dapat husnul khatimah tu.."

"Husnul Khatimah tu ape? Husnu dzhon kite tau la.."

"Pengakhiran yang baik..adik esok kite sambung eh. Kakak mengantuk sungguh ni..."

"Pengakhiran yang baik? Oh ha'ah.."

"kak Iah, husnu dzhon tu baik sangka kan?"

"Kak Iah, kite kena baik sangka kan... hehe.."

"kak Iah.."

"Tidur.."

"Hehe..kak Iah, kalau sakit mati tu macam mana? hehe..syoknye kacau.."


"Adik!! Esok ek.."


"Hehe..kak Iah..hehe"


Begitulah keadaan kami setiap malam sebelum tidur! Ada sahaja celoteh dan gurauan dari adikku ini. Ya Allah, makbulkanlah doa mama. Aku meletakkan high expectation kepadanya dan juga pengharapan kepada Allah s.w.t agar Adam dapat menjadi anak yang soleh.

High expectation orang kepada kita kadang-kadang buat kita semakin resah. Begitu juga aku di IIC. Disebabkan faktor usia dan apa yang aku perolehi sewaktu di matrik dan SPM, membuatkan ramai yang memandang tinggi kepadaku. Sukar untuk aku melalui keadaan ini sebenarnya. Aku gusar andai semua ini bakal menjadikan aku manusia yang riak. Alhamdulillah, aku lulus dalam peperiksaan EPA (English Placement Assesment). Satu-satunya yang lulus. Keadaan ini membuatkan aku sedikit terkenal di kalangan guru bahasa Inggeris. Oleh kerana itu, aku berjaya exempted dalam subjek English For Islamic Studies Level One. Kesempatan ini aku gunakan untuk membantu sahabat-sahabat yang lemah dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Bagiku, bahasa ini perlu dikuasai tanpa meremehkan bahasa Melayu kerana dengan kelebihan ini jugalah, kita pasti akan mampu menaikkan martabat Islam lebih-lebih lagi dalam menyebarluaskan dakwah. Alhamdulillah.

Di sini, aku senang bergaul dengan 2 orang adik yang sama jurusan denganku. Kami sering kemana-mana bertiga. Sabarina dan Asmaliza. Maaf, aku belum sempat mengetik gambar kami bertiga. InsyaAllah, aku akan kenalkan mereka dengan sahabat akhawat yang lain. Alhamdulillah, semoga ukhwah yang hadir ini, terjalin kerana cinta padaNya..

ENTRI SETERUSNYA: HALAQAH CINTA

6 comments:

[SHE] said...

Salam alayk ya ukhtie...

Alhamdulillah, DIA pertemukn kita dalam halaqah cinta. Bersyukur dan gembira yg teramat krn bkesempatan mengenali Syira. Akk mengagumi potensi yg ada dlm diri syira. Insyaallah, sama2 kita bganding bahu utk mjadikn Islam gemilang di bumi IIC. Spt yg akk pesan smlm, stp manusia mnerima ujian yg bbeza dr DIA. Kita yg harus menempuh ujian itu krn kita yg selayaknya bkn org lain. DIA tahu kita mampu sbb itu kita yg dipilih. Akk pnh mlalui jln yg Syira lalui skrg dan jln akk sbnrnya lbh mmeritkn. apa pun, all da best, bitaufiq wannajah! Barakallahu 'alaik

Ummu Mukhlis said...

Kak Yong : syukran ya ukhti...........

ya, sgt tak menyangka dipertemu olehNya kpd insan yg tabah spt Kak yong!

semoga, kegagalan yg pnah kita lalui tak mnjadi noktah dalam perjuangan..

AMEEN

alifzaimimra said...

salam syira. apa khabar? lama kita tak berjumpa. serasa rindu pun ada. :)

maaf kerana akak tak dapat bersama syira tika syira dalam duka. hanya do'a yang mampu akak sampaikan agar syira terus tabah di jalanNya. mujur ada blog, boleh akak tahu perihal syira dari semasa ke semasa. ;)

akak doakan agar syira terus tabah dan kuat. akak tahu, syira memang kuat. innallaha ma'as soobiriin. dan ingatlah, Allah letak syira di situasi sekarang kerana Allah tahu kemampuan syira. moga kita ketemu lagi, InsyaAllah. :)

Ummu Mukhlis said...

alif zai mim ra: kak hawa!!!! salam ukhwah...
ya..benar, syira sedang bersedih. Tapi itu dulu ya ukhti!

Dalam perjuangan, bukankah jalan ke syurga itu penuh ranjau berduri?

Alhamdulillah...

Teruskan update perkembangan dari semasa ke semasa di sini ya! =)

sayang akak! terima kasih doakan...semoga ukhwah kita selamanya!

Nor Athirah bt Md Sharif said...

"la Tahzan, Inallah ma'ssobirin.."

Ummu Mukhlis said...

Cahaya Mulia: La takhaf, wa la tahzan..Innallaha ma'ana..=)
syukran ya ukhti uhibba..