Wednesday, May 13, 2009

Review Buku: Tazkiyatun Nafs

Jalanan permusafiran semenjak akhir-akhir ini sedikit meratah iman yang kian luntur. Lalu cepat-cepat tangan menadah doa memohon perkenan Ar-Rahman agar diberi petunjuk, mudah-mudahan tiada tingkah yang berbaur mungkar aku lakukan.

"In heaven, when you feel like eating something, it will appear right infront of you, and it will be coming nearer and nearer up until one point you can just pick it up!"

Kata-kata itu cukup-cukup terngiang di ingatan. Ungkapan itu aku dengar dari pensyarahku, Sir Hairul Azhar ketika beliau menceritakan kepada kami betapa syurga itu indah.

"First night in Heaven..you shoud read it.."

Lalu, sekilas mata memandang pada deretan buku-buku yang tersusun kemas di atas meja dihadapanku, tertancap pada warna hijau indah pada kulit buku. MasyaAllah, inilah dia bukunya!Ilusi pelukis sudah cukup membuatkan aku terbayang wangian haruman syurga, sedang beliau hanya manusia,walhal ilmu tentang syurga itu hanya pada tanganNya.

Cukup untuk aku katakan, bait-bait kata daripada pena penulis buku ini benar-benar menggetarkan hatiku. Buku ini wajar untuk dimiliki oleh setiap pencinta syurga. Buku ini akan menambah lagi keyakinanmu saat berharga bertemu Tuhan. Tiada lagi putus asa, yang ada hanya cerita cinta Allah pada hamba yang diredhainya. Imaginasi manusia yang sungguh terbatas ini pun sudah mampu untuk membawaku terbang bersama khayalan cinta Tuhanku, apatah lagi untuk dibandingkan dengan hakikat syurga yang sebenarnya. Jika sebelum ini, aku takut mengenagkan QaharNya, kini aku semakin kagum dengan Rahman dan RahimNya..

Milikilah buku kecil ini, kerana di dalamnya ada seribu satu cerita janji Allah pada hamba-hamba yang ikhlas beribadat kepadaNya di dunia. Buku ini memberi keinsafan agar tiada lagi ketakutan untuk menghadapi mati, kerana dunia telah kau lupai,dan yang ada hanya bayangan saat bertemu Tuhan, kerana mati itulah syarat bertemu cinta sejati.. =)

Bagi melengkapkan koreksi diri, buku tulisan Ustaz Amaluddin ini cukup sesuai dijadikan bahan rujukan tingkat iman kerana di dalamnya terisi bahagian-bahagian kehidupan yang perlu kita perhalusi, agar hati terus berada dalam peliharaan Tuhan.

Pendekatan mudah oleh penulis membawa pembaca kepada penghitungan yang mendalam mengenai tahap usaha yang telah dilakukan sepanjang perjalanan bergelar hamba dan khalifah. Ingatlah pesan baginda Rasulullah s.a.w yang mengingatkan kita bahawa seketul daging yang akan menentukan baik buruknya seluruh anggota badan, yakni HATI. Bawalah hatimu pada Tuhan, wahai manusia..

Masih berkisarkan cinta. Kali ini kisah cinta manusia yang membawa kepada cinta Tuhan. Bagi yang merancang untuk membina rumahtangga yang dilimpahi mawaddah dan rahmah, Ustaz Hasrizal membuka minda dan persepsi baru mengenai alam rumahtangga. Asas yang kukuh dalam kehidupan suami isteri akan membawa kepada kebahagiaan di kemudian hari. Penulis membawa dimensi cinta islami semenjak dari awal percintaan sehingga ke gerbang perkahwinan. Setiap noktah berkisarkan hikmah-hikmah yang boleh dipelajari terutamanya mengenai hal-hal mendidik tarbiyah pasangan dan anak-anak. Buku ini umpama sebuah sketsa lengkap kehidupan sebuah keluarga bahagia yang harus dicontohi semua.


p/s: Malam Pertama Di Syurga: RM 15, Bawa Hatimu Pada Tuhan: RM 21, Bercinta Sampai Syurga: RM (21-25)- tak pasti..=)

Monday, May 4, 2009

Mahukah Dia memandangku?


Aku keliru.

Kelu pun ada. Serba tak kena semua.

Kenapa?
SUATU MASA ITU
"Ayah, teringin nak makan ketam..dah lama tak makan ketam la..dah dekat setahun rasanya.."
Tiba-tiba,
"Assalamua'alaikum,"
Eh, mak cik datang..
"Wa'alaikumussalam.. mak cik datang.. Bawak lauk KETAM masak lemak cili padi.. Banyak ni.."
Hah, Ketam? Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Baru je sebut, dah ada depan mata.

KEESOKKAN HARINYA
"Ya Allah, cuti ni, aku teringin nak balik kampung.. Rindu nak tengok sawah padi. Rindu nak tengok laut. Rindu nak tatap wajah tok dan tok wan. Rindu nak peluk mak.. Rindu nak ziarah kubur Ayah Manaf.."

Tiba-tiba

"Kakak, ayah kata Along nak balik kampung esok pagi. You ikut la balik kampung sekali ek?Ngee.."-adik

"Ayah, nak ikut Along balik kampung boleh?"
"Boleh, ikutlah.. Tapi, ayah tak dapat balik sekali.. kirim salam kat Tok & Tok Wan.."

Subhanallah..sekali lagi Tuhan mendengar doaku. Terima kasih Tuhan..

MINGGU HADAPAN
"Ya Allah..izinkan aku untuk tidak meminta-minta kepada manusia saat aku di dalam kesempitan dan kesusahan. Sesungguhnya, aku pohon nikmat dariMu agar dilapangkan rezeki buatku dan keluarga.."

Ya, aku sedang kesempitan wang. Ingin meminta lebih dari Ayah, aku malu, apatah lagi untuk meminta lebih-lebih dari Allah..namun, aku sedar kepada siapa lagi hendak aku bergantung harap kalau bukan Dia, Sang Pemberi Rezeki?

Tiba-tiba
"kakak!! Kak Syira!! Duit PTPTN dah masuk..bolehlah kite bayar duit sewa rumah...=)"-adik sekelas
"Bukan bulan Julai ke masuk?"
"Ni, dalam akaun kite dah masuk, cuba tengok akaun kakak.."

dan..
sekali lagi, aku tertunduk malu. Malunya aku pada Allah, kerana Dia terlalu memberi kepadaku sejak akhir-akhir ini. Sedang aku pula, tidak habis-habis mungkir janji..

MALAM ITU,
"Ya Allah, susahnya tak de laptop sendiri... Banyak assingment terbengkalai.."aku mengadu sendirian terhadap Illahi Rabbi.

Tiba-tiba.."Give thanks to Allah, for the moon and the stars.." nada dering telefonku berbunyi.
"Assalamu'alaikum, syahirah. Ni ayah ni. Ayah dah tinggalkan cash RM2500 pada Along, esok balik rumah, ajak Along pegi beli laptop ya? "

"Erkk...okay..Ayah, terima kasih.."

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan..??

aku menangis lagi buat kesekian kalinya. Aku malu dengan Allah. Mengapa Dia memberi nikmat sebegini rupa padaku..Sedang aku sebenarnya tidak layak..



Persoalan yang sering timbul di dalam benak hatiku, Mahukah Dia Memandangku..?
Aku bukan 'abid..aku bukan 'alim..aku bukan faqih, aku juga bukan da'ie yang hebat..
Aku hamba HINA DINA..
Aku hamba yang sungguh kerdil

Aku sudah biasa diuji dengan kesusahan sebelum ini..dan aku sangat janggal diberi layanan 'istimewa' begini dari Tuhanku.. Aku lebih rela Tuhanku mengujiku dengan kepayahan..berbanding diuji dengan nikmat kesenangan..

Tuhanku, masihkah Engkau mahu memandangku..
Bila Tuhanku mengujiku dengan kesusahan, aku rasai setiap detik belaian tarbiyyah dariNya..namun, aku gusar andai diuji dengan kesenangan aku terleka..

Tuhanku, izinkan cinta hatiku tetap padaMU..
Tuhanku, izinkan ratap sayuku hanya untukMU..

Barangkali kalian pelik, dan barangkali ada yang menyangka aku tidak tahu bersyukur. Tetapi, tahukah kalian, aku terseksa... Aku mahu bersusah payah dalam kelazatan tarbiyyah Tuhanku..

Tuhan, aku tahu Kau mengerti.