"Semua kerana cinta.."
"Ada apa dengan cinta?"
"Carilah cinta...cinta utama.."
Semua di atas adalah antara bait-bait lagu yang mengupas persoalan tentang cinta. Malangnya aku bukan Doktor LOVE untuk berbicara soal ini. Tetapi, ada sesuatu yang lebih indah yang telah kutemui di bumi IIC yang pastinya membuatkan aku bersyukur setiap kali aku terkenangkannya. Itulah Halaqah Cinta. Halaqah yang menautkan hati-hati yang ingin mencari cintaNya. Sebuah halaqah kasih yang di dalamnya ada mawaddah dan rahmah, hendaknya. Halaqah yang kuharapkan bersemi cinta kami semuanya.
"Kak, tadi ada akak dari STADD mesej kite. Dia ajak join usrah under STADD.."-Rina
"Awak sorang je ke.. ?"-Aku
"Eh taklah, akak tu suruh kite cari sister DIC lain.."
"Cakap la kt akak tu, akak ngan Liza nak join.."
Malam itu, aku dihubungi oleh Kak Yong, naqibah Halaqah Cinta. Katanya, esok ada usrah di Student's Activity Room. Jam 3 hingga 5. Alhamdulillah. Kali ini, aku sangat perlukan usrah. Aku perlukan kelompok sahabat yang mampu membimbingku sepanjang permusafiran di sini. Lebih-lebih lagi, semuanya baru bagiku di sini. Aku perlukan bantuan orang yang lebih berpengalaman. Alhamdulillah, Dia tunjukkan aku jalan. Syukur wahai Tuhan.
Aku terkenangkan usrahku semasa di CFSIIUM. Usrah Batch 4 sehingga kini tiada apa yang berubah. Barangkali kematangan yang bertambah. Ya, kita semua sudah semakin meningkat dewasa. Kini kita semua sudahpun melakar perjalanan kehidupan mengikut lukisan yang Tuhan ciptakan. Ada yang menabur jasa di IIUM Kuantan, Gombak dan IIC. Tetapi, hati kita semua masih di situ. Tetap pada ukhwah fillah yang terjalin. Kita saling merindui dan mendoakan. Itulah indahnya ukhwah yang terbina kerana Allah. Takkan lekang dek panas, takkan hilang dek hujan..InsyaAllah.
Apa khabar agaknya adik-adik UG? Kakak rindu kalian. Maaf kerana kakak pergi dalam keadaan kalian tidak bersedia. InsyaAllah, kita aku bertemu semula dalam 'genggaman' hati yang kita bina, suatu masa nanti! Abang Suhail akan pulang tidak lama lagi. Kalian semua pasti akan dia lawati. Izzat, Fakhrullah, Din, Izwar, Mohsin, Tirah, Ratna, Ain, Farha, Akmal, Ummu, Liyana dan lain2, teruskan perjuangan kalian! Doa kakak sentiasa mengiringi permusafiran adik-adik di sana. Maafkan kakak sekali lagi! Ingat, kita bertemu bukan kerana UG, tetapi kerana tautan hati yang Allah ciptakan di antara kita semenjak azali lagi. Biar di mana kita berada, pastikan bertemu kita di dalam doa..Ameen.
ENTRI SETERUSNYA : TRAUMA DISAMUN!
No comments:
Post a Comment