Beliau hanya kenalan di dalam kelas... Tetapi beliau tetap hamba Allah yang aku kenal sebagai seorang rakan dan kawan. Biarpun tidak pernah berbual, tetapi kewujudannya di dalam kelas dirasai. Seorang yang punya anugerah kurnia Allah yang sangat hebat. Beliau seorang hafiz, graduan Program Persijilan Darul Qur'an JAKIM- UIAM, generasi ke-7. Juga punya bakat suara yang sangat lunak, dan inilah yang membuatkan Adik Nabil Marwan tidak luput diingatanku..
Juga kerana bakat inilah juga, aku dan Adik Nabil Marwan pernah bertegur sapa sewaktu Majlis Berbuka Puasa Kelab PERKIM Universiti, tahun lalu.
"Erm..adik2, pergilah makan dulu, dekat luar tu ada meja.."aku
aku berasa serba salah kerana mereka tidak dilayan dengan baik, walaupun berpenat lelah membuat persembahan dihadapan tetamu kehormat yang hadir. Majoriti daripada kumpulaan nasyid IQ-nig, rakan sekelasku. Azri, Rafli, Nabil sendiri dan beberapa lagi yang aku terlupa nama.
"Erm, ada kerusi lebih tak? Tak berbuka sekali ke?" tanya beliau.
"Takpe2, korang berbuka dulu. Ada apa-apa bagitau akak ye!"
Ringkas. Perbualan yang cukup singkat. Tetapi, atas dasar ukhwah fillah, kenangan itu masih segar di ingatan.
"Semakin jauh ku dariMu..semakin dekat pula Kau menghampiri daku.."
Antara lagu-lagu yang dapat aku ingat dengan jelas yang pernah beliau nyanyikan sewaktu di dalam kelas sementara menunggu Madam Harlina masuk mengajar. Beliau selalu bersama Mustaqim, dan memang kegemaran merekalah untuk menyanyi di waktu lapang. Sehinggakan sewaktu slot tazkirah ringkas (5-10 minit sebelum kelas fizik bermula), beliau masih mengekalkan identiti sebagai seorang penasyid yang hebat! Walaupun hanya mengenali beliau secara jauh, namun kehebatan beliau ketika menyampaikan tazkirah dengan berkesan benar-benar aku rasai, kerana sehingga ke saat ini aku masih ingat akan kisah mengenai pelacur dan anak-anaknya yang beliau ceritakan kepada kami!
Saat entri ini aku tulis, barangkali beliau masih bertarung nyawa dengan penyakit yang dihidapi dan sedang terlantar di hospital. Entah mengapa, aku begitu terkesan, Ya Tuhan.. Pada pandanganku sebagai hamba yang hina ini, yang cukup terhad pengetahuan, aku berasa cukup-cukup sedih mendengar khabar bahawa Nabil Marwan kini punya peluang yang sangat tipis untuk meneruskan kehidupannya..
"Salam. URGENT. Keadaan Nabil (IQ-nig) skrg tenat. Hatinya bgkak. Dktor kata harapan nabil tipis. Organ dlm rsk. Dminta ab2 skalian buat solat hajat khusus u nabil. Fwd"- rakan2
"penyakit dia anemia. krg drh mrah..pd awlnya skit dia da bransur pulih. tp x smpai sminggu plg dr hospital dia kna dmam chikugunya..brmula dr saat itulah skit dia smakin parah. skrg kuman da merebak hmpir ke sluruh bhagian badan..Hnya kuasa Allah je la yg mmpu bntu dia.."-mustaqim
"Salam..ana bru lpas mlwat nabil marwan..sedih tgk keadaan nabil..x brape stabil..nmpak kurus cekung..tapak tgn n kaki nmpak bengkak..hati ngnorgan dalaman mmbgkak n drh merah serta drh putih smkin brkurangn..doc sndiri pn da btau yg pluang utk dia survive sgt tipis..skrg ni phk hspital tgh tggu keadaan dia stabil sket utk buat ultrasound..ana dgn rasa rndah diri mrayu kpd para shbt utk sama2 mndoakn smoga nabil marwan smbuh..-hmba Allah-fwd" mesej foward dari Rokiah.
Tuhan...aku bukan kenalan rapat beliau, namun beliau tetap saudaraku sesama Islam..
" Ya Allah, telah Kau kurniakan kepaada Adik Nabil Marwan kebolehan dan bakat yang mampu menjadikan beliau seorang dai'e yang hebat.. Maka Ya Allah, dengan kekuasaanMu yang bilamana Kau katakan Kun Fa Yakuun, maka akan musnahlah segala kuman-kuman yang menyerangnya, akan pulihlah segala kerosakan tubuh badannya, akan bertambahlah kekuatan dirinya, dan akan bangkitlah dia daripada kesakitan yang dialaminya.. Dan dengan izinMu , Tuhan Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang, insyaAllah, akan berdirilah Nabil Marwan sebagai hambaMu yang sangat-sangat bersyukur atas anugerah nikmat kesihatan yang dimilikinya semula.. Maka, dengan izinMu Ya Allah, yang punya segala kekuatan Shifa'Mu.., Nabil Marwan pasti akan terus menerus memastikan agamaMu dijulang bersama kekuatan sahabat-sahabat yang sentiasa membahu gagah...Ameen Ya Allah..Ameen Ya Rabbal 'Alameen.."
Tabahlah, Adik Nabil Marwan.. Doa kami sentiasa mengiringimu!
Ya Tuhan, perkenankanlah doa kami, sahabat-sahabatnya..Ameen..














