Monday, February 23, 2009

Manchester United vs ISRAEL???

"Adik..mandi..dah pukul berapa dah ni!"

"Jap..kite nak main PSP jap..jap je.. 5 minit!"

"Mana bole camtu..dari tadi kakak suruh, lima minit je! Cepat..."

"Kejap la..jap je. Betul 5 minit. Lillahita'ala.."

Aku sudah fed up. Ini memang punca untk aku dan adik bertikam lidah. Bila disuruh mandi, pasti ada saja alasan. Dia sedang leka bermain PSP. Dia memang gilakan bolasepak. Setiap sekali seminggu, Adam akan bermain futsal bersama rakan sekolahnya. Aku juga sukakan bolasepak. Dulu, I was a big fan of CHELSEA!! (sekarang ni tetiba je minat Liverpool pulak..uhu..) Kalau time worldcup, I WAS A BIG FAN OF ENGLAND & FRANCE!. Tapi, sejak dah masuk IPT, aku sudah jarang update pasal bola lagi. Adam akan meng'update' aku tanpa disuruh..huhu

" Malam ni nak tengok match Liverpool lagi! PSP pun nak main bola jugak..mandi la dulu.."

Adam diam. Hisy budak ni. Aku terkenangkan kanak-kanak di Palestin. Pastinya, tidak terlintas pun di hati dan fikiran mereka untuk bermain PSP apatah lagi untuk memilikinya. Aku naik ke bilik dan menunaikan solat maghrib. Selesai semuanya, aku turun ke bawah kembali.

"Tak mandi-mandi lagi???"

" Jap-jap..serius! Dah nak menang dah ni. Kite Man U lawan dengan ISRAEL..kite nak belasah ISRAEL 8-0 ni...dapat pahala jugak ape.."

Aku terdiam.

"Hah? Man U lawan ISRAEL? Match ape plak camtu? Club vs country?"

" Ye ar..PSP, suka hati lah nak lawan cara macam mana pun..yang penting, kite nak kalahkan ISRAEL.."

Aku melangkah ke dapur sambil memikirkan perbualan aku dan Adam tadi. Lalu, aku tertawa kecil. Rupa-rupanya, Allah telah terbitkan satu lagi cara jihad yang paling halus dalam diri adikku itu. Tidak pernah aku terfikir bahawa Adam akan melepaskan marahnya terhadap Israel dengan cara itu. Justeru, aku malu dengan diri sendiri kerana, aku sendiri tidak se'kreatif' Adam..

" Yes! Hah..dah menang dah. Okay ye..kite nak mandi. Nak tuala!!!"

Huhu..Adam oh Adam.. Nanti, form 1, masuk Sekolah Menengah Islam Al Amin ye..=)

p/s: Esoknya, abangku pula yang melepaskan marahnya terhadap team Israel..

Wednesday, February 18, 2009

Duit Takde? Mintalah Pada Dia Pemberi Rezeki..=)

"Ish..camne ni..PTPTN masuk lambat..bulan 7. Mati aku!"

"Kak...kite takde duit nak bayar sewa rumah ni..camne.."

"rasa cam nak amik study leave je short sem ni..PTPTN tak dpt.."

Ini adalah luahan rakan-rakan saat selesai menandatangani perjanjian PTPTN. Aku sendiri sedikit terkesan apabila dimaklumkan kami hanya akan menerima pinjaman pada Julai depan. Terlalu lama untuk menunggu. Sewa rumah, RM 150 sebulan. Habis, sepanjang sem pendek, mahu bayar pakai apa? Pakai daun? Teringat, dulu zaman kanak-kanak, bila tiada wang, aku terbayangkan Doraemon. Sebab dia boleh buat mesin yang keluarkan duit. Huhu..Siri kartun yang sangat penuh dengan angan-angan..

Aku mungkin bernasib baik kerana ayah tidak lokek pasal wang. Cuma aku yang sedikit segan untuk meminta dan terus meminta. Lagipun, rumah dekat dengan hostel. Bila-bila masa ayah boleh datang untuk bagi duit. Tapi, apa pula kata rakan-rakan serumah yang majoritinya dari Sabah. Ada 3 orang anak yatim dalam rumah kami. Jadi, aku perlu mengambil kira soal hati dan perasaan mereka.

Bercakap fasal wang..aku selalu teringat akan kejadian yang Allah tunjukkan padaku saat di Pusat Asasi UIAM dulu. Poket kering, sudah menjadi kebiasaan. Biasalah bila perlu beli nasi sebungkus penuh, kongsi tiga orang. Cuma, satu peristiwa ini membuatkan aku tidak gentar lagi bila poketku kering...

SUATU PETANG SELASA, DI PASAR MALAM..

"Dik, derma dik.. Ni untuk bina masjid. Adik boleh tengok surat pengesahan ni.." pak cik. (kedua-dua kakinya kudung)

Alamak..dalam ramai-ramai, kenapa aku yang pak cik tu minta..Aduss.. Lalu, aku hanya melemparkan senyuman pada pak cik sambil menggeleng-gelengkan kepala. Namun, aku tidak sedap hati bila pak cik tidak berhenti-henti memandang ke arahku.

Hai..aku ada RM 1 je ni. Untuk diri sendiri pun aku tak beli apa-apa.. arghh...

"Nah pak cik..saya ada lima puluh sen je ni.. pak cik ambil lah. Buat beli air ke.." lalu aku terus berjalan laju mengejar roomate yang telah jauh di depan.

Aku berasa lega. Lapangnya dada. Tiada lagi rasa bersalah, walaupun dalam sedar, aku tahu yang aku hanya punya baki 50sen yang ada untuk hari Rabu, Khamis dan Jumaat.. Ya Allah...mudahkanlah urusanku. Detikku dalam hati. Arghh..puasa sajalah 3 hari ni. Buka puasa dengan horlick and oat, cukup.

Malam itu, kira-kira jam 8.30 malam, telefon bimbitku berdering..

" Assalamualaikum.. Ha, kat mana? Ayah dengan mama ada kat bawah ni.. "

" hah..??? Kat bawah? Okay, orang turun sekarang.."

Dadaku berdegup kencang. Ya Allah, bukankah ayah mahu pulang ke kampung? Rencana apakah ini. Selalunya, kebiasaan bila ayah datang, pasti sekeping dua not ungu dihulurnya.. Tanpa sedar air mataku meluncur laju..

" Ayah balik kampung malam ni. Nah, RM 100, cukup? Sampai minggu depan? Ke nak lagi?" tanya ayah. Aku kelu.

"Cukuplah ni..minggu ni tinggal 3 hari je. Karang nanti tak cukup, orang mintak la lagi.." aku menjawab pertanyaan ayah sambil mengambil wang yang dihulurkan..

Subhanallah..aku teringatkan pak cik yang kudung kakinya di pasar malam tadi. Ya Allah.. maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan..?-Al-quran: Ar Rahman.
Aku hanya mengeluarkan 50sen, tapi Allah menggantikan padaku dengan RM100!!! Maka, kepada siapa harus aku berterima kasih? Pasti pada Dia Pemberi Rezeki.. Bersedekahlah, dan bersyukurlah..pasti Tuhanmu akan memberikan lagi dan lagi.

Maka dengan itu wahai sahabat-sahabat yang aku muliakan.. Jangan kalian mengeluh andai kalian diuji dengan kesempitan wang. Kalian harus beriman dengan firmannya yang sering kita dengar sebagai 'AYAT SERIBU DINAR'. Jangan hanya menggantung sebagai perhiasan, tapi berimanlah dengan ayat tersebut.

Aku pasti, jika Abang Suhail membaca entri ini, dia akan tersenyum sendirian sambil mengucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah s.w.t. Buka dan bacalah di blognya, bagaimana Allah hadirkan jalan keluar dan rezeki dari sumber yang beliau sendiri tak sangka-sangka. Kami yang membaca pun, hampir saja mengalirkan air mata kesyukuran, apatah lagi pada tuan punya badan..

Di sini, aku ingin mengajak kalian semua agar pertama-tamanya sekali, jika tiada duit..MINTA PADA ALLAH dulu. Jangan call mak ayah lagi. Cuba muhasabah hubungan kita dengan Allah, sehinggakan terasa sempit sekali pintu rezeki kita. Aku sendiri kadang-kadang bila 'sakit'nya tiada duit, aku yakin, ada sesuatu yang kurang pada ke'intiman'ku dengan DIA.. Ampunkan kami Ya Allah..

Berikut aku sertakan beberapa cara untuk memperoleh keberkatan rezeki yang aku dapat melalui pembacaan dan pengalaman..:

1. BerTAUBAT
2. BerTAQWA
3. BerSEDEKAH

Hal-hal ini, akan aku hujahkan dalam entri seterusnya kerana ada beberapa dalil kuat yang menyokong pendapat di atas. Tapi , hal di bawah ini, perlu dilakukan, tanpa kompromi! (buat diri yang lemah ini..)

1. BANGUN AWAL, (subuh di awal waktu)
2. BACA AL-MATHURAT (setiap kali lepas solat subuh dan asar)
3. JANGAN TIDUR LEPAS SUBUH!! (yang ni, memang payah, tapi bila dah praktikkan, tahulah apa nikmatnya..)
4. BERSEDEKAHLAH..(jangan jadi kedekut)

Apa-apapun, yang baik jadikan amalan, yang buruk jadikan sempadan..SELAMAT BERAMAL!=)

Tuesday, February 17, 2009

Maafkan Aku, Sahabat..

Oh Tuhan, tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini.
Teman maafkan jika ku melukaimu
moga ikatan ukhuwah yang dibina, ke akhirnya..-UNIC

Ini harapanku pada dia, sahabatku. Kerana barangkali aku telah melukainya. Maaf sahabat, kerana tindakanku nekad. Berpandukan istikharah dan gerak hati. Yakinlah, bahawa ini takdir Tuhan, bahawa aku akan melukaimu untuk kesekian kali..

Tuhan, aku bersyukur punya sahabat sepertinya. Tuhan, jika kini sahabatku terluka, Kau sembuhkanlah ia dengan keagungan Asma'Mu.. KalamMu, juadah hariannya. Ku yakini kecintaannya yang tinggi pada KitabMu yang dijunjungnya. Jadikan Al-Quran sebagai pengubat hatinya. Jauhkan dirinya dari kelalaian dan kemaksiatan.

Tuhan, aku yakin akan kehadiranMu dalam tiap-tiap langkahku. Ampunkan dosaku andai kekhilafan ini berpunca dariku. Tuhan, sahabat yang baik sepertinya, tidak layak aku lukai. Kerana darinya, sudah sekian lama aku pelajari apa yang tidak aku perolehi..

Tuhan, berkati langkah sahabatku. Kerana aku mengasihi sahabatku hanya keranaMu. Seandainya sahabatku berpaling dariMu, nescaya akan aku bencinya dengan sepenuh hatiku.

Tuhan, limpahkanlah maghfirah dan kasih sayangMu, agar hidupnya sejahtera di dunia dan akhirat..

Aku telahpun sedaya tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku.
Redhalah apa terjadi, usahlah dikau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi..-UNIC

Maafkan saya..

Sunday, February 15, 2009

Sayonara!!!

15 Feb 2009, Ahad.

Pagi ini, teman-teman GPTD beramai-ramai menghantar Kak Puteri ke KLIA. Beliau akan menyambung pengajian di Jordan, dalam jurusan syari'ah. Aku doakan semoga Kak Puteri kuat di sana. Berseorangan di negara orang, dengan keperluan keyakinan bahawa diri seorang wanita, Kak Puteri perlu manjadi insan luar biasa. Kak Puteri, mentorku sejak sekian lama. Graduan IIC yang sudah berjaya melebarluaskan sayap dakwahnya. Mabruk 'alaiki ya ukhti uhibba..

Cuma sangat terkilan tidak dapat turut sama menghantar kakak.. Ada tugasan penting dan barangkali diri ini tidak bersedia untuk berhadapan saat berpisah denganmu.. Sakit.. Sungguh sakit rasa perpisahan. Ya Allah, lindungi kakakku di sana..Hadirkan petunjuk dan redhaMu dalam setiap langkahnya.Ameen..

18 Feb 2009, Rabu

Petang itu, Abang Suhail pula yang akan berangkat pergi menyambung perjuangan baginda Rasul di bumi Saad bin Abi Waqas. Bayangan Guangzhou semakin menghampiri, dan Abg Suhail semakin gementar barangkali. Gementar mengenang tanggungjwab yang tergalas di bahu. Menjadi Imam Muda di sana bukan semudah yang disangka. Ini bukan perjalanan makan angin. Tapi perjalanan bermisi. Aku bersyukur kerana Allah mudahkan urusan Abang Suhail kali ini.

Abang Suhail bukan setakat menjadi imam. Tetapi Abang Suhail juga perlu memberi pengetahuan dan pemahaman yang lebih tentang Islam pada masyarakat China Muslim di sana. Syukur ke hadrat Illahi, pertemuan sepetang bersama Abang Suhail dan adik-adik IIC berjaya sedikit sebanyak menyuntik semangat kami untuk turut sama menjejak langkah beliau. Beliau juga akan menyambung pelajaran ( Bahasa Mandarin kut...) di salah sebuah unversiti di sana. Kak Pah..siap sedia ya! Hari tu bahasa Kokos..kali ni, mungkin dah tak boleh faham langsung! Hehe.

Benar kata Abang Suhail, masyarakat Islam di dunia luar sangat-sangat mengharapkan bantuan pemimpin muda Islam dari Malaysia untuk bersama-sama membantu mereka. Malaysia sememangnya sebuah negara yang dipandang tinggi. Kelantangan Malaysia bersuara dalam isu-isu Islam sedunia membuatkan negara kita tercinta ini turut dicintai negara Islam yang lain. Jadi, mereka butuhkan bantuan kita terutamanya dalam menjawat tugas sebagai da'ie.

Harapanku semoga Abang Suhail dapat menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin. Ya Allah, Kau telah mudahkan urusan abangku ini sehingga ke tahap ini, maka Ya Allah, Kau mudahkanlah urusannya saat tibanya dia di sana kelak.. Ameen.

p/s: Buat Kak Puteri dan Abg Suhail, moga kita ketemu lagi.. Terima kasih atas segala tunjuk ajar selama ini. Hanya Allah yang bisa membalas budi baik kalian. Barakkalahu fikum! Jangan lupa kami di sini.. Ameen..

Mamaku Seorang Srikandi!

Mama pulang dari kerja. Aku, Dayah dan Adam masih bermain-main. Adam ketika itu masih bersekolah tadika.

"Assalamualaikum.."

Ada suara di balik pintu kaca. Derap tapak kaki kasut mama yang bertumit itu membuatkan kami terkejut. Tapi aku sudah dapat meneka itu suara mama. Memang kebiasaan mama, sebaik sahaja pulang dari pejabat, mama akan menyorok di balik pintu sambil memberi salam. Itu cara mama bermesra dengan kami, terutamanya Adam yang masih lagi kecil.

"Adik! Sape balik tu? Takut.." usikku. Adam memeluk Dayah kuat-kuat.
"Huarghh.."mama menyergah!
"Arghhh...mama!!!" Adam menjerit sambil ketawa besar, dan kami semua akan sama-sama ketawa.
"Ni kenapa belum mandi ni...penat mama balik, sampai rumah tak mandi-mandi lagi..." tanya mama pada aku dan Dayah.

Huhu..sekolah petang. Biasalah. Cukup culas untuk mandi awal! Kini, leteran itu yang sangat kami rindui. Sampai sekarang, setiap kali bangun tidur dan saat jam menunjukkan pukul 7 malam, aku akan pastikan aku sudah mandi!

Selepas mandi dan solat maghrib, kami akan turun ke dapur. Hmm..wangi! Mama memang sangat rajin memasak. Walaupun nasi goreng cincai, tapi itulah nasi goreng tersedap yang pernah aku makan.=) Mama aku lihat sangat betah menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri. Walau sesibuk macam manapun, mama akan pastikan perut kami beralas. Bukan setakat beralas, tetapi sudah sampai ke tahap ber'kusyen' dah pun!

Saat mama memasak, tugas kami adalah untuk bermain dengan Adam. Huh, Adam yang tersangat 'aktif'.. Permainannya jauh berbeza daripada permainan yang aku main sewaktu zaman kanak-kanak dulu. Sudah tiada 'teng-teng', 'galah panjang', dan sebagainya. Adam suka main jual-jual CD, buat roti canai (mandi dalam bilik air lama-lama, sambil 'basuh baju' . Baju itulah roti canai. Habis kuali periuk dibawa masuk dalam bilik air..), main tembak-tembak org dengan pistol air..hehe. Walaupun yang mengelilingi hidupnya adalah kaum wanita, namun alhamdulillah, tidak seinci pun perangainya yang serupa dengan kami!

Mama hanya bersabar dengan tingkahlaku kami. Kadang-kadang kami sangat nakal. Mengusik Adam sampai akhirnya dia menangis. Huhu..mama jugak yang kena pujuk. Dan yang pasti, kami yang kena marah. Tapi mama hebat..sekelip mata Adam akan diam kembali, dan kami akan makan bersama-sama. Malamnya, mama akan melipat kain baju, dan menyelesaikan beberapa tugasan rumah dan pejabat yang masih belum selesai. Kami tahu mama penat. Kadang-kadang sambil melipat baju pun mama boleh tertidur. Adam pula suka menyuruh orang bercerita padanya. Kesian mama. Melayan karenah anak-anak memang tidak akan habis! Kami pula, akan terperap di bilik, menyiapkan tugasan sekolah yang bertimbun-timbun. Esoknya, mama akan bangun jam 5 pagi walaupun pada sebelah malamnya, mama terpaksa melayan Adam bermain atau menonton bola sehingga jam 2 pagi..Hebatkan mama!

Kami tidak suka makan di sekolah. Lantaran itu, mama akan menyediakan kami bekal makanan. Setiap hari bawa bekal. Jimat belanja. Pernah suatu masa, Hidayah menjual nasi goreng mama di sekolah. Huhu..seronok! Bayangkan kesabaran mama melayan karenah kami..Aku tidak tahu adakah aku mampu melayani karenah anak-anakku kelak sebagaimana mama. Pukul 7 pagi selalunya ayah akan menjemput mama untuk ke pejabat. Tapi, mama tidak akan pernah meninggalkan rumah tanpa bersalaman dengan kami. Mama juga akan pastikan duit belanja sekolah dan harian tersedia di bawah kain alas meja. Baju yang akan dipakai oleh Adam dan ayah pun mama akan sediakan di atas meja sekali. Aku benar-benar mengkagumi mama.

Entahlah teman-teman..ini semua coretan apa yang dapat aku lihat. Belum lagi pada tanggungjawab mama yang kami tidak tahu dan lihat. Apa yang pasti..Inilah arwah mamaku..Sesungguhnya, dia srikandi di hatiku..Ya Allah, ampunkan dosa-dosa mama..Ameen..