
Saat aku mengetik pada papan kekunci saat ini, aku sedang menghabiskan sisa-sisa masa di kolej yang aku kira terlalu bermakna. Kelas di waktu pagi dan petang sedikit membataskan masa yang ada kerana 'gap' di waktu tengahari bermula dari pukul 12pm - 4pm.. Terlalu lama. Hendak pulang ke asrama, aku bakal membuang masa dalam perjalanan sahaja. Pasti penat yang bakal bertamu! Lalu, aku mengambil keputusan untuk terus menunggu di kolej sehingga tiba waktu kelas seterusnya. Alhamdulillah

'Emas' yang diberikan oleh Tuhan buatku kali ini, aku pohon pada rahmatNya agar memberikan aku kekuatan untuk memanfaatkan sebaik mungkin. Oleh itu, sebaik sahaja kelas jam 12pm berakhir, aku pasti akan ke perpustakaan menelaah dan mengulangkaji semula pelajaran yang telah ku pelajari sebentar tadi. Sebaik azan Zohor berkumandang, kaki akan ku hayun pula ke Musolla untuk menunaikan kewajipan solat fardhu. Usai solat, selalunya aku akan berehat sebentar dan jika ada kelapangan aku selalunya akan mengulang surah-surah hafazan yang sudah kian melekat di kepala. Alhamdulillah.
Setelah kewajipan itu semua aku tunaikan, aku akan kembali pula ke perpustakaan dan kali ini pula aku selalunya akan mengambil peluang membaca pelbagai genre buku yang aku sendiri minati, termasuklah falsafah, fiksyen dan sebagainya. Masa yang berbaki kadang-kadang aku gunakan untuk membantu sahabat-sahabat dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Jadi, masa untk meng'update' blog kini semakin sukar ku cari. Apatah lagi saat kaki menjejak ke ruang tamu apartment yang ku huni, seolah-olah baru hadir 'penat' dan 'keringat' setelah seharian berjuang sebagai hamba dan khalifah. Alhamdulillah.
Di rumah, masalah utama yang melanda kami..

"Eh..kita mau makan apa malam ni.. Kau masak ya syira!"-Marie
"Eh, apa pula aku...huhu..aku tak mau makan Mee Maggi ya! Kalau aku yang masak, Qoaker Oat saja bah.."-syira
"Kita makan luar saja bah..boleh ka?" -Nana
"Akak..Ika lapar..tapi tak tau nak makan ape.."-Ika
Makan. Itulah masalahnya. Hendak makan di luar, kami harus mengambil kira wang saku yang semakin 'laju' mengalir! Hendak masak.....ermm... boleh. tapi sedikit letih di situ! Akhirnya, kami ambil jalan mudah. Mujur restoran di hadapan apartment kami menawarkan khidmat pesanan secara 'sms'. Jadi semuanya berjalan dengan mudah. Selalunya pesanan kami akan siap dalam masa 10 minit sahaja. Kadang-kadang, dapur di rumah itu berasap juga. Terpulang. Kadang-kadang aku hanya mengambil susu dan roti sebagai makan malam.. Alhamdulillah..
Disebabkan apartment kami yang hanya terletak kira-kira 2 kilometer dari Pasaraya Ong Tai Kim ( OTK), Allah memudahkan urusan kami sekali lagi sekiranya ada keperluan yang perlu dibeli. Tapi, apa yang aku khuatiri ialah selalunya kami hanya punya kesempatan untuk berkunjung ke OTK pada sebelah malam sahaja. Jadi, ANAK DARA tak elok keluar malam-malam! Oleh itu, aku menetapkan had buat diri, KELUAR HANYA JIKA ADA URUSAN PENTING sahaja.
ENTRI SETERUSNYA: CABARAN BARU...
8 comments:
klu xreti msk tu, ngaku jela...he3.
msk sng je kot. tanak nasi, goreng telur bistik. simple je...
jgn mls2, camne nk jd isteri klu mls?hahaha
kem slm kt aida
mu'iz: Hey kamu! suka ati je eh... mana ade malas.. cuma..malas ckit je. Masak pun kalau ckit je org nk mkn membazir polak..
hmm..
telur bistik? amboi...
salam alaik.
tempat baru pengalaman baru..
lama gak eh gap nya..4 jam..hu3
bagus3..jgn balik nnt mesti buang masa kalau tak dpt kawal..hu2
gunakan masa 4 jam tu sebaiknya..
aida ad gak cerita cmne kat sn..
tapi cte lagi la ye..he3..
waiting 4 da next article=)
Salam Syira, maaf krn br je tau yg Syira da bpindah ke sna.
Pape pn hijrah yg Syira lakukan 2 insyallah tsmbunyi hikmahnya. Mungkin bkn skrg impaknya, esok, lusa, tulat? Wallahu a'lam...
"Expect the unexpected!!!"
All da besh there!
SITI: memang pun...lama kn 4 jam tu? kdg2 bosan jgk.. huhu.
aida citer pe?
ct, kite rindu awk..!
3p4h: huhu...xpe2..thanks for the support..yup, mmg sgt2 mengharap hikmah yg besar atas ujian yg besar! =)
teruskn perjuangn dlm dietitics! suatu msa dulu syira jdkn abg epah sbg role model utk teruskn dlm bidang ni...
tapi Dia lebih mngetahui!=)
Aah... Abg Suhail pnh ada gtau yg Syira nk jd Dietitian satu masa dlu..
Tp xpe, stiap kjadian ada hikmahnya. Insyallah.
3p4h: ish2..abg suhail ni! itu pn dia cite..huhu.. bila la dia mau pulang..28hb kan?
tetiba rasa cm sedih bila teringat kt cita2 dulu..=(
Post a Comment