Hari ini bukan 16 Mei. Bukan perayaan menyambut Hari Guru. Tetapi, aku ingin menulis tentang guru. Guru itu siapa? Guru itu bagiku pendidik.. Aku teringatkan Cikgu Sidek Baba, tidak sekali-kali dia mahu kami memanggil pak cik atau encik..kerana dia mahu kami memanggilnya Cikgu. Jiwa pendidik, buka sahaja mengajar, tetapi memberi didikan agar kita menjadi insan yang berguna. Barulah ilmu yang dicurah mendapat berkat, andai berbakti kerana Allah.
" anak-anak cikgu..semuanya cikgu doakan berjaya.. usaha dan berdoa jgn lupa ya nak.."
-Cikgu Sidek Baba..
Tahniah buat Cikgu sekali lagi atas Anugerah Perdana Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan. Teringat pula kenangan di rumah Cikgu. Masakan Mak Cik Ani yang sangat-sangat sedap.. hmm..=)Alhamdulillah. Gembira dapat berguru dengan insan yang punya banyak pengalaman seperti Cikgu..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Salam syahirah, did I tell you that today is my last day here?"
"No..you didn't tell me anything, why sir?"
"Oh..nevermind. Just let the others know that today will be my last day here..k"
Klik..gagang telefon diletakkan. Aku terasa ada air hangat mengalir di pipi. Sir, how could you leave us.. Aku lihat pensyarah muda itu begitu gembira. Senyum sungguh dia petang itu. Last day..barangkali. Gembira kerana mungkin kami pelajar yang sering membebankannya..
"Sir, why are you leaving?"
"Further my studies..alah dkat UIA je pun. La..why are you crying??"
"Nothing..a lil bit sad la sir.. kenapa hari ni baru sir bagitahu saya? "
" I terlupa.." sinis tetapi aku nampak wajahnya ditimpa rasa bersalah..
"Assolatu khairu minannauum..."
Ya Allah aku bermimpi! Sir Hairul Azhar dah nak pergi? Ya Allah.. eh, aku menangis betul ke ni? Kenapa pipi basah ni..
"Rina..akak mimpi Sir Azhar nak pindah..dia nak pergi dah. Hari ni last day.."
"Ish akak ni..mimpikan sir pulak.."
"Dah tu...dik, sedihnya.. Dalam mimpi tadi, akak menangis. Jaga je, betul-betul nangis.."
Sabarina hanya ketawa. Kami bersiap-siap ke kolej. Pagi itu, aku ada kelas bersama Sir Azhar. Islamic Studies, pada jam 11am. Sebaik sahaja kami masuk ke kelas, Sir Azhar sudah masuk. Begitulah hari-hari sebelumnya. Sikapnya yang punctual membuatkan aku bersalah andai terlambat.. I'm sorry sir.
"okay class..I'd like to inform you that I won't be teaching in short semester coz this semester would be my last semester. I'll continue my master in UIA and my last day is on the 20th march.."
"And..you take care of yourself..do your best in final exams.."
"..and.." dan aku tidak dapat dengar dengan jelas kata-kata itu. Sedih dan terkejut . Aku memandang Sabarina. Dia juga terkejut. Mimpi semalam menjadi kenyataan. Apa yang pasti, saat itu, pipiku sekali lagi terasa hangat.. Sir Azhar akan pergi meninggalkan kami, demi cita-citanya, juga demi 'ummah tercinta!
----------------------------------------------------------------------------------------------
" Salam and slmt pg..sj nak wish gud day to u n may u have a great day..tetiba mdm teringt kt awk. skg mdm baru nk g keje. k salam.."
"Huhu, cam nk menitis air mata sya. anyway thanks a lot 4 d support..u pn kene brtahan jg. nmpaknye Allah ada plan y lbh baik utk u. guess ur life is getting better now.."
-madam naemah (physics )
"I'm glad that u'v got iic. good luck n wish u succes in your studies. There's always 'hikmah' in e'thing that happen in our life. Do keep in touch.." madam salina (maths)
"iic tu kt mana? bila2 free dtglah uia. byk hikmah ats ape yg berlaku. jgn aggp blaja kt uia mmbazir. blaja utk dpt ilmu bkn utk sijil sj,k.." madam harlina (physics)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Semua di atas aku ceritakan mengenai guru-guru yang aku kira amat bermakna dalam kehidupanku. Sangat-sangat terpahat indah dalam diri betapa jasa mereka harus aku syukuri. Mereka bukan sahaja berbakti mencurah ilmu, tetapi nasihat mereka yang berguna perlu aku ambil pakai. Mereka jualah insan-insan yang sering aku jadikan tempat untuk berkongsi rasa, pengalaman dan sebagainya. Mereka jualah yang selalu berada saat aku memerlukan pertolongan, dan selaku murid dan pelajar yang seringkali menyusahkan mereka, kesempatan ini aku mahu mohon maaf atas segala keterlanjuran kata dan tingkah yang barangkali menyakitkan hati dan menyinggung perasaan kalian...
Khas buat Madam Naemah, saya yakin madam sedang menikmati ujian dan nikmat bergelar isteri dan ibu muda! Huhu..tahniah kerana terpilih memikul tanggungjawab sebagai, isteri, ibu, guru dan pelajar dalam satu masa. Allah memilih madam, kerana selayaknya madam mampu melaluinya..Thanks a lot madam.. thanks for everything.. Semoga madam berjaya memperoleh sakinah dan semoga Allah selalu di sisi madam sekeluarga..=)
Semoga, hari-hari yang bakal madam lalui nanti sentiasa dalam redhaNya. Allah pasti bersama-sama hambaNya yang sering meminta dariNya. Justeru, berjasalah selagi kita termampu. Jasa sebagai guru itu terlalu besar. Jangan mengalah andai tersungkur. Biar langkah yang dipijak bagaikan butiran kaca yang terlalu memedihkan, ingatlah bahawa jalan ke syurga bukan mudah..=)
Buat Madam Harlina, terima kasih kerana selalu berada di sisi saat kasih arwah mama saya perlukan. The touch of you reminds me of my late mother. When I saw you picking up your children from the nursery, I kept telling myself, that one day I'll be like you. After a tiring day, after been facing many problems from your students, still..you are the mother of those children and the wife of the only husband and yet, this is what LIFE is all about. Keep that smile as I envy that so much! And I know that's how you keep your tears...
Wajah madam yang sentiasa tersenyum itu terlalu menenangkan hati. Cuma terkadang, pasti ada sikap kami yang membuatkan madam terpaksa berlaku tegas. Maafkan kami, selaku murid. Semoga madam sekeluarga senantiasa disimbahi rahmat Dia Yang Esa.
This would be my golden words to my beloved Maths lecturer, Madam Salina Mohin...The strongest woman ever after my mom! As I could still remember the moment when I entered her room, she waited with smiles. For every sharing moments that we had together, I wish I could help her more.. I wish we both could have it all again, discussing and reminding each other. I hope the strength of you will still there...
Kehidupan berliku dalam hidup madam selalu menginsafkan saya. Selalu saya ingatkan diri sendiri, jangan berasa lemah jika diuji, sedangkan lebih ramai yang punya ujian yang lebih berat. Namun, yakinlah, hikmah yang besar untuk ujian yang besar. I believe, Allah is rewarding you, and I will always pray for your happiness... Love you madam..
Last but not least, to the only lecture that I close to in IIC, Sir Hairul Azhar. I'm speechless as my finger still wanted to do the typing.. Speechless as I know that there are lots to tell, and lots to be thankful. Speechless as I dont know where to start. How I could still remember the first day that I got to know you, and up until the moment that you'll be leaving us, your words are full of wisdom. My appreciation towards you can't be described in a word. I did not enter IIC as happy as the other students but I entered IIC with tears and sorrow. I did not smile on the registration day, and everything was so blurry. I missed my time when I was in UIA. I missed my lecturers. And when the moment that you entered our first class, I told my self:
is he going to be good in teaching me? Can I put my trust on you, young lecturer? I'm 20 and you're 23. While my lecturers in UIA are all 27+++.
" I'm not an expert in this subject. I hope you can correct me when I'm wrong.."
why is he telling this to us..he is just revealing his weakness. O Allah, I need to have Husnu Dzhon in him..By hook or by crook, he will be the one that will be teaching me in this semester. I need his bless!
" I'm a best student in psychology, graduated from UIA. Anyone of you interested in studying at UIA? Please go.."
O Allah! How could he say that... I was from UIA too..but... O Allah, please stop him from talking too much about UIA.. I must tell him!
Huhu, so touchful lah! No need to remember anymore!=) But that was the day where I gained my new spirit. The day that has changed the old me into a new me! Bantuan Allah hadir untuk membantu saya melalui kehadiran Sir. Allah melapangkan hati dan memberi semangat untuk saya lebih kuat melalui kepercayaan yang Sir letakkan pada saya. Cuma, sedikit terkesan dengan ketetapan Allah apabila memikirkan hari-hari akan datang. Apa yang pasti, kasih sayang dan petunjuk Allah itu tetap akan hadir selagi kita meminta. Perjalanan yang Sir bakal lalui juga akan menjadi lebih berliku.
Apabila Sir memilih untuk berada dalam naungan rahmat dan kasih sayangNya, pasti akan ada ujian yang bertamu. Tegarlah.. dan rasailah kehadiran Allah dalam setiap langkah Sir selepas ini. Ujian itu pasti, buat hamba yang beriman. Kerana jalan ke syurga tidak ada permaidani merah yang akan dihamparkan. Apa yang ada cuma ranjau dan onak berduri yang harus dilalui.. Bagaimana meraih cinta Tuhan? Yakinlah, bahawa hati-hati itu akan berasa tenang dengan mengingati Allah. Saya juga insan yang dhaif dan lemah di sisi Allah. Sama-sama kita berusaha yang terbaik dalam mencapai redha Tuhan.
Susah juga hati bila ramai yang tidak 'bersefahaman' dengan pensyarah muda sepertinya.
Hampir setiap hari, kata mereka.." I don't understand what he said..the way he teaches us..uhh..please syahirah, you need to help us. Tell him.."
namun kini..." We'll be missing him...He improved a lot! Yup..we'll be missing him...will always do.."
Yup..will be missing you all, my beloved lecturers.... Hanya Allah yang bisa membalas jasa dan budi baik kalian. Sebagai pelajar, aku doakan, halalkan ilmu yang di curahkan, dan aku pohon doa kalian agar aku mampu menjadi insan yang baik untuk urusan kehidupanku, urusan agamaku dan urusan keluargaku.. TERUSKAN BERJASA, GURU! Your names are among those names that I always mentioned in my prayers...InsyaAllah..Ameen.
5 comments:
jasa guru mmg mesti dikenang..hurmm..apa khabar skang? amacam iic, best?
yup..mesti selalu dikenang, tanpa mereka, cuba bayangkan apa akan jadi pada dunia?
hatta, Rasulullah s.a.w itulah al-muallim yang terbaik!
sape ni ye?? iic..hmm.alhamdulillah. cuma sedih sket la kot lepas ni..macam apa yg tertulis dlm entri ..
sedey kan...sir pegi cepat sangat la akak kan...
takpe la..sir kan nak pegi kelantan sangat-sangat..
akak ingtkan sape la islamic studies tu..
cepat2 buat blog ye..huhu
ha'ah...takpela, perjalanan hidup sir masih jauh lagi tu, banyak lagi yg dia nak capai dalam hidup dia..
kita doakan yg terbaik utk Sir k?
all the best final jumaat ni...=)
Post a Comment