"In heaven, when you feel like eating something, it will appear right infront of you, and it will be coming nearer and nearer up until one point you can just pick it up!"
Kata-kata itu cukup-cukup terngiang di ingatan. Ungkapan itu aku dengar dari pensyarahku, Sir Hairul Azhar ketika beliau menceritakan kepada kami betapa syurga itu indah.
"First night in Heaven..you shoud read it.."
Lalu, sekilas mata memandang pada deretan buku-buku yang tersusun kemas di atas meja dihadapanku, tertancap pada warna hijau indah pada kulit buku. MasyaAllah, inilah dia bukunya!Ilusi pelukis sudah cukup membuatkan aku terbayang wangian haruman syurga, sedang beliau hanya manusia,walhal ilmu tentang syurga itu hanya pada tanganNya.
Milikilah buku kecil ini, kerana di dalamnya ada seribu satu cerita janji Allah pada hamba-hamba yang ikhlas beribadat kepadaNya di dunia. Buku ini memberi keinsafan agar tiada lagi ketakutan untuk menghadapi mati, kerana dunia telah kau lupai,dan yang ada hanya bayangan saat bertemu Tuhan, kerana mati itulah syarat bertemu cinta sejati.. =)
Bagi melengkapkan koreksi diri, buku tulisan Ustaz Amaluddin ini cukup sesuai dijadikan bahan rujukan tingkat iman kerana di dalamnya terisi bahagian-bahagian kehidupan yang perlu kita perhalusi, agar hati terus berada dalam peliharaan Tuhan.Pendekatan mudah oleh penulis membawa pembaca kepada penghitungan yang mendalam mengenai tahap usaha yang telah dilakukan sepanjang perjalanan bergelar hamba dan khalifah. Ingatlah pesan baginda Rasulullah s.a.w yang mengingatkan kita bahawa seketul daging yang akan menentukan baik buruknya seluruh anggota badan, yakni HATI. Bawalah hatimu pada Tuhan, wahai manusia..
Masih berkisarkan cinta. Kali ini kisah cinta manusia yang membawa kepada cinta Tuhan. Bagi yang merancang untuk membina rumahtangga yang dilimpahi mawaddah dan rahmah, Ustaz Hasrizal membuka minda dan persepsi baru mengenai alam rumahtangga. Asas yang kukuh dalam kehidupan suami isteri akan membawa kepada kebahagiaan di kemudian hari. Penulis membawa dimensi cinta islami semenjak dari awal percintaan sehingga ke gerbang perkahwinan. Setiap noktah berkisarkan hikmah-hikmah yang boleh dipelajari terutamanya mengenai hal-hal mendidik tarbiyah pasangan dan anak-anak. Buku ini umpama sebuah sketsa lengkap kehidupan sebuah keluarga bahagia yang harus dicontohi semua.p/s: Malam Pertama Di Syurga: RM 15, Bawa Hatimu Pada Tuhan: RM 21, Bercinta Sampai Syurga: RM (21-25)- tak pasti..=)



