sebahagian dari mereka..Seringkali rasa sayu ditiup Tuhan ke dalam lubuk hati sejak akhir-akhir ini. Entah mengapa, aku pun tak tahu. Sayu yang tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata.
abg hakim dan abg suhailLangkah mencari malam al-Qadr diperhebat. Alhamdulillah, kepulangan sahabat yang lebih dekat di hati sebagai seorang abang dari Guangzhou, China membuka ruang untuk aku menikmati malam terakhir ramadhan dengan beriktikaf di masjid. Abang Suhail, serta beberapa sahabat-sahabat GPTD yang lain mempelawa aku untuk turut serta berbuka di Kolej Legenda,Mantin pada malam Jumaat lepas, bersamaan dengan malam ke-21 ramadhan. Pada malamnya, kami beriktikaf dan menjalani ibadah malam di masjid As-Syakirin, KLCC. Pagi esoknya, kami ke Putrajaya untuk beberapa urusan persatuan dan sekali lagi, Allah melapangkan ruang masa untuk kami beriktikaf di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin ataupun lebih dikenali sebagai ‘Masjid Besi’.
"..Di sini juga, ‘2 orang pemuda’ yang hatinya terikat dengan masjid, men’syahid’kan diri mereka. Seorang lagi pula bertungkus lumus menyiapkan ‘kelengkapan’ pasukan ‘bala tentera’ dan seorang lagi berjuang menelaah kitab-kitab untuk bersiap sedia bertempur di ‘medan perang’ peperiksaan mid term yang akan berlangsung pada keesokan harinya.."
Sayunya hati sepertimana yang aku catatkan tadi sebenarnya telah aku jumpa sebabnya. Rupa-rupanya, aku merindui ukhwah bersama mereka-mereka ini. Ukhwah yang hanya terjalin tahun lepas, tetapi memberi impak yang cukup-cukup mendalam buat diriku. Sewaktu tibanya aku di hostel, tidak semena-mena air mataku mengalir. Abang Suhail sudah berada di China selama 7 bulan, dan selama 7 bulan beliau di sana, selama itu jugalah aku tidak bertemu dengan sahabat-sahabat GPTD yang lain, terutamanya Abg Najmuddin,Abg Hakim, Abg Shazni, Kak Nadzifah, Kak Puteri dan Kak Jihan..
"..Bertemu Abang Suhail membuatkan hati berasa sangat gembira, namun, dalam masa yang sama sayu hati mengingatkan aku bahawa wajah si kakak yang juga sudah lama aku tidak bersua muka.."
abg suhail dalam siri jelajah kampusnya.. Selama 7 bulan ini, aku banyak menghabiskan masa dengan menelaah pelajaran dan beberapa aktiviti PKPIM sahaja, dan pastinya ruang untuk bertemu sahabat GPTD sedikit terbatas. Kakak agak busy dengan praktikal dan projek semester akhirnya, Kak Puteri pula di Jordan. Akhirnya tinggallah Kak Jihan yang sangat-sangat bersemangat dan bertahan walaupun dalam payah. Maafkan aku kakak2 dan abang2…masa dan tangungjawab sangat sempit untuk aku menjadi aktivis seperti dahulu. Tiada satu usrahpun yang dapat aku hadirkan diri, kerana ruang masa yang terhad. Apa yang aku harapkan ukhwah kita kekal selamanya… "..Entah mengapa Allah wujudkan rasa indahnya ukhwah dan usrah bersama mereka-mereka ini. Kalau bersama teman batch, aku merasai keindahan berteman dan bersahabat, namun saat bersama mereka, aku merasai indahnya berkeluarga.."

sahabat batch..
Sungguh! Teringat sewaktu ke MPAT PKPIM baru-baru ini, aku terjumpa Abang Hakim. Waktu itu, hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya aku kerana melihat Abang Hakim, seolah-olah sebagai wakil abang2 dan kakak2 yang lain. Di kolej pula, ingatan terhadap usrah ini tidak terabai kerana aku diamanahkan agar menjaga dan tengok-tengokkan Yana, adik kepada Abang Najmuddin. Abang Suhail pula selalu meng’update’ perihal dirinya di dalam blog, dan kadang-kadang kami berbual melalui YM. Sebab itulah, hati ini sayu saat bertemu abang2..kerana rindunya aku pada kakak2 yang belum terlunas!
Dan akhirnya…rinduku terubat jua. Malam selasa lalu, aku ber’sms’ dengan kakak sehingga ke tengah malam. Keesokannya, selepas subuh, aku ber’sms’ pula dengan Kak Jihan, dan tengaharinya pula aku berbual dengan Kak Puteri. Alhamdulillah, syukur kerana Allah memberi ruang untuk aku memohon maaf pada mereka kerana jarang bertanya khabar… Syukur Ya Allah.
Apa yang pasti, Kembara Raya tahun ini insyaAllah aku ingin berkumpul bersama mereka seperti tahun sebelumnya. Indahnya berada dalam ‘genggaman’ usrah…walau beribu batu memisahkan, walau sesempit mana pun ruang sebuah pertemuan, apa yang penting ialah nilai sebuah ingatan. Semoga jalan dakwah kita terus bersinar..dan semoga Allah lorongkan hati kita untuk sentiasa berbuat kebaikan..
Buat abang suhail dan kakak, semoga urusan menuju gerbang perkahwinan dipermudah olehNya. Kesian abg Suhail kt China sorang-sorang..tahun depan insyaAllah berdua kan? Kakak pun kena buat banyak persiapan sebenarnya kan? Bukan mudah nak jadi sayap kiri orang hebat macam abang suhail..huu..=)
Buat abang din, semoga berbahagia di samping isteri dan ‘Ammar tercinta.InsyaAllah, syira akan jaga Yana baik-baik.. Buat Abg Shazni, hoho..semoga menjadi exco yang terbaik!!! Kena generate balik ni usahasama GPTD dengan PKPIM..Buat Abg Hakim…huuu..banyak betul buat salah dengan abg hakim nih..iaitu, menjadikan cd adobe photoshop miliknya sebagai harta persendirian..walaupun sebenarnya, cd tu takleh guna pun untuk install…raya ni, time datang beraya di rumah, syira pulangkan ye!

kak puteri sebelum berlepas ke Jordan..Buat kak jihan…huu…stay maintain kak! Akak murabbi kami di IIC kan..bila nak mai jenguk kami…=) dan…notes badi’uzzaman al-nursi tu tak jumpe kak..betul-cari dah tu..tak tau kat mana…tapi takpe, usaha mencari masih sedang giat dijalankan..insyaAllah, ada tu!Kak Puteri @ kak wawa...semoga bertemu tok arab yang best2 dan mantap ye..huuu..akak akan tetap jadi qudwah syira..dari iic ke jordan..hmm..insyaAllah, akan menyusul selepas ni..(tapi abg suhail kate nak mintak syira g china..dia nak cari orang china untuk syira..ngee..)