
Buat kesekian kalinya dalam hari ini, hatiku kebasahan diiringi air mata yang mengalir laju, seakan tiada henti...
Patutlah...
Allah ilhamkan rasa rindu yang teramat pada emak di Kedah..
mahu telefon, tapi seolah-olah disekat-sekat..pelbagai urusan lain hadir merencatkan niat..
Patutlah..
Berdebar-debar hati ini sejak berhari-hari yg lalu...rupa-rupanya, emak tidak sihat..lelah dan asma yang akhirnya membawa kepada prediction doktor, "..Emak Sakit Jantung..."..perlahan suara emak kedengaran di corong telefon..tidak pernah aku dengar suara emak selemah ini..ya Allah, aku kerinduan pada seraut wajah bonda...yang membesarkanku selama 12 tahun lamanya..walaupun beliau bukanlah wanita yang melahirkan, tapi jerih peritnya yang membuatkan aku mampu berdiri sebagai seorang manusia...tidak dapat aku bayangkan kehidupanku tanpanya....
Ya Allah...aku mohon Kau lindungilah emak dalam kepenatan yang dilaluinya, dalam kesengsaraan yang Kau taqdirkan untuknya, dan hadirkanlah nikmat kesihatan yang berpanjangan dan peliharalah emak dalam rahmat dan kasih sayangMu..ameen..
---------------------------------------------------------------------------------
Pelangi Petang...
Suatu episod baru dalam kehidupan yang aku kira perlu untuk ditamatkan...sebelum lebih banyak hati-hati yang terluka...
Cemburu..
iya..memang itulah persoalan yang timbul, dan hari ini sememangnya persoalan yang aku timbulkan itu terbukti benar..
Barangkali ada pada tingkahku yang membuatkan ada hati yang terasa dan terluka, dan sebelum apa-apa berlaku, aku harus berundur dan belok ke simpang yang baru lalu teruskan langkah yang masih tersisa..

Buat sang pelangi indah...entahlah, semakin aku berlari jauh, semakin dekat ia di hati...tidak mahu parah di hati menjadi barah..pelangi itu sememangnya sudah dimiliki oleh dia yang lebih berhak memilikinya..Aku ini hanyalah picisan dan barangkali hanya sebagai salah satu fasa biasan cahaya buat pelangi agar terus kekal indah..
Sukakah aku pada pelangi?
Cintakah aku pada pelangi?
Sayangkah aku pada pelangi?
Jangan ditanya..kerana aku tidak ada jawapan...
Aku hanya hamba Khaliq yang lemah, dan berbekalkan sedikit harapan..
Aku hanya hamba Khaliq yang lemah, dan berbekalkan sedikit harapan..
Aku hanya mahu pelangi kekal indah dan mengindahkan kehidupan manusia lain dgn warnanya..
Cuma, hatiku berbisik kata-kata berbaur doa pada Dia Maha Pemberi, andai pelangi ditakdirkan untukku, dekatkan aku pada hatinya, andai tidak, jauhkan kami sejauh-jauhnya..dan takdirkanlah apa yg terbaik untuk kami..

Hatiku juga berbisik pada Ar-Rahman, agar kata suka, kata cinta dan kata sayang hanya aku salurkan pada dia pemilik hatiku yang hak..suatu hari nanti.. Agar aku dapat kekal menjadi bidadari dihatinya kelak..
Wa asirru qaulakum awij haruu
bih..
Ya..sejauh manapun aku rahsiakan, aku tidak
mampu rahsiakan dari pengetahuan Penciptaku..dan hanya padaNya aku bergantung
harap..biarlah genta rasaku buat pelangi menjadi rahsia abadi antara hamba dan
Pencipta...(^_^)
Ya Allah..dan hatiku kebasahan sekali lagi, saat ini dan aku doakan selamanya..
No comments:
Post a Comment