Allahyarham Nabil Marwan, sewaktu membuat persembahan nasyid bersama kumpulannya di Pusat Asasi UIA, PJ...allahyarham tiga dari kiri
"Assalamualaikum..nabil shbt yg sgt kita cintai krn Allah S.W.T telah selamat kembali ke rahmatullah...mtk shbt2 hadiahkan Al-Fatihah ( 7x) & Al-Ikhlas (11x)...smoga roh allahyarham ditempatkan dkalangan auliya' & solihin"
Demikian mesej yang masuk ke inbox telefon bimbit adik saya lebih kurang jam 12 tengah malam tadi.Pada waktu itu kami sedang menikmati makanan di luar selepas abang menjemput kami di Stesen Komuter Seremban. Saya yang ditemani adik baru sahaja pulang dari Kuantan.Segera saya menyedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham sambil diri mengaguminya kerana dia insan bertuah yang dijemput Ilahi pada malam Jumaat, Allah sangat rindu untuk bertemu dengannya. Alhamdulillah...kalimah yang terpacul dari mulut saya sebaik sahaja teringat bahawa malam itu merupakan malam Jumaat. Allahyarham meninggal akibat menderita sakit kanser yang hanya Allah dan dirinya sahaja yang tahu akan keperitannya menanggung sakit tersebut. Alhamdulillah, allahyarham Nabil Marwan pergi dalam keadaan khusnul khatimah..InsyaAllah.
Terus mendoakan sahabat-sahabat dan ahli keluarga kita yang telah pun pergi dan yang masih hidup, tidak lupa buat sahabat-sahabat, saudara seislam dan juga kedua ibu bapa kita yang masih hidup. Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat insan-insan ini, dan bukan hanya untuk mereka yang telah pergi menghadap Ilahi.Moga Allah tempatkan allahyarham di kalangan orang-orang yang soleh dan semoga rohnya dicucuri rahmat...Ameen Ya Rabbal Alamin...
"Maha Suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, dan Dia MahaKuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya, Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun"
(Al-Mulk:1-2)
Semoga Allah jauhkan diri kita daripada hambaNya yang disebutkan dalam Surah Al-Anbiya ayat 1 ini:
"Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat)"
p/s: Untuk pengetahuan sahabat2, sewaktu entri ini ditulis, Syira berada di Pulau Tioman dan dia meminta tolong saya untuk mengemaskini blog ini bagi pihaknya. Kepada syira, ct tau syira kuat, syira dh banyak kali diuji n i know u can face this one, kuatkan semangat syira, dia pastinya sedang bergembira di sana, InsyaAllah.Kita yang masih hidup ini, teruskan kehidupan dan kita apa yang kita inginkan hanyalah keredhaan dariNya. Orang yang bijak adalah org yang sentiasa mengingati mati, sama2 ambil iktibar daripada setiap peristiwa yang kerap kali berlaku sejak akhir2 ini dan peristiwa tersebut sememangnya berkait rapat dengan kita sebagai hambaNya yang pasti akan pergi suatu hari nanti.
Yang menulis,



