Petang itu, aku merancang untuk pulang ke kampung (sg petani, kedah) seorang diri memandangkan perlu ada orang dewasa yang harus memantau adik-adik di rumah. Ayah akan menyusul keesokan harinya. Memandangkan aku antara cucu yang rapat dengan nenek, aku diutamakan ayah untuk menziarah nenek di Hospital Sultan Abdul Halim. Aku iyakan aja perintah ayah yang mahu aku pulang sendirian dengan menaiki bas malam itu juga.
Haih, adikku Adam, susah mahu berenggang. Menangis-nangis mahu ikut aku pulang ke kampung...Mid term exam menantinya minggu depan. Aku tidak mahu Adam ponteng sekolah. Kesian juga pada Kuyah yang akan menghadapi paper Chemistry pagi esok. Setelah berbincang semula dengan ayah, dan selepas menghubungi keluarga di Kedah, mereka maklumkan keadaan nenek yang mulai stabil, mereka juga menasihati aku agar pulang esok sahaja. Bahaya jika menaiki bas ke utara pada sebelah malam. Para pemandu suka memandu secara berbahaya. Lalu, ayah mengambil keputusan muktamad untuk pulang ke kampung esok pagi sahaja bersamaku.
Adam & KuyahMalam itu, aku sempurnakan kehendak adik-adik sesempurna mungkin. Adam mahu beli benang kait, untuk pendidikan seni. Kuyah pula teringin nak jalan-jalan. Malam itu, kami pusing-pusing sebentar, menikmati keindahan malam (sambil menghabiskan minyak kereta ayah!) ngee.. Sekali lagi, setelah aku menemani Adam sampai tidur, aku mengajar Kuyah Chemistry form 4 yang tak la susah mana. Di matrik dulu, Chem 2 dapat B+..huhu..oklah.. Malam itu, aku menemani Kuyah sehingga jam 2 pagi. Dia sudah keletihan, aku pula sedang bertungkus lumus menyiapkan assignment Ulum Qur'an, bimbang kalau-kalau terlajak cuti di kampung esok. Namun tanpa sedar, aku tertidur..
" Ya Allah, kiranya ini saat aku bertemuMu Tuhan, berikanlah peluang untuk kaum keluargaku melunaskan hutang-hutangku.."Beban di dada semakin berat. Nafasku turun naik. Pandanganku kian kabur. Sepenuh kekuatan aku kumpul, cuba untuk melawan kuasa luar biasa yang sedang bertindak ke atasku. Aku berjaya! Lantas aku terjaga dari lena.
"Astaghfirullah...astaghfirullah... Ya Allah, kenapa ni.." dadaku seakan mahu meletup. Berdebar-debar sahaja. Aku kumpulkan kekuatan untuk mengambil wudhuk di bilik air, mudah-mudahan aku sedikit tenang. Kakiku bergerak perlahan. Seluruh tubuhku menggeletar ketakutan. Aku rasakan seolah-olah ada sesuatu yang sedang memandang ke arahku.
"Ya Allah, andai benar ini masaku bertemuMu, aku harapkan kasih-sayangMu yang ku peroleh, ketenangan, bukan ketakutan...agar aku gembira dapat melihat wajahMu..." aku berdoa di dalam hati.
Selesai berwudhuk, aku bertahajjud. Alhamdulillah, lega kerana berjaya menghabiskan solat 2 rakaat itu. Tiba-tiba, bayangan nenek menyapa fikiran. Aku toleh ke kanan, sebuah surah yasin pemberian arwah mama betul-betul di hujung jariku. Sayu dan hiba betalu-talu menyelubung hati. Aku lantas mengalunkan kalam suci Khaliq dengan sesempurna mungkin. Air mataku mengalir tanpa henti. Aku tidak sedar tulisan surah yasin semakin mengembang dek titisan air mata yang jatuh. Aku merasakan keindahan kasih sayang Ar-Rahman dalam seolah-olah memujukku agar aku tidak gentar andai benar saat kematian menghampiriku. Aku menangis lagi. Mengenangkan beban hutang yang bertimbun. Dadaku kembali berombak kencang. Selesai membaca Surah Yasin, aku terdiam sebentar.
"Ya Allah, mungkinkah keresahan yang aku lalui ini sedang di lalui nenek??" aku bertanya di dalam hati. Air mataku mengalir lebih laju dari tadi. Aku berdoa semahu-mahunya, agar urusan nenek dimudahkan..
kenangan bersama nenek di pada aidilfitri yang lalu
Selesai bermunajat, aku cuba untuk baring..mudah-mudahan mataku terlelap. Ya, tubuh badanku benar-benar letih! Sedari pagi semalam tidak berhenti menjalankan tugas. Namun, mataku tidak mahu lelap, dan mindaku masih mahu berfikir mengenai nenek. Debaran di dada juga tidak berhenti sedari tadi, lalu tidak memungkinkan langsung untuk aku tidur pada malam itu. Aku lantas beralih ke laptop, dan memainkan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an dendangan Mashari dan Saad Sa'id Al-Ghamidi. Alhamdulillah, seketika kemudian, aku terlena..
"Astaghfirullah..Astagfirullah..Laa ilahaillallah..Allah..." bibirku mengucapkan kata-kata itu tanpa henti. Ya Allah, apakah semua ini? Mengapa aku resah begini...dan sepanjang malam itu, tidak sesaatpun aku terlelap dengan nyenyaknya. Keresahan demi keresahan sehinggalah memaksaku untuk menggenggam Al-Qur'an, dan membaca beberapa surah-surah hafazan sehinggalah seketika kemudian, azan subuh berkumandang...
Usai solat subuh, aku kejutkan Adam untuk bersiap ke sekolah. Mataku semakin berat, tubuh badan tidak dapat lagi menanggung beban keletihan. Sekali lagi, kesabaranku di uji..
"Kakak, kite tak siap kerja sekolah kite lagi...""La...kenapa semalam kakak suruh buat, adik tak buat...pagi-pagi ni suka nak suruh kakak marah kenapa?""semalam kite ngantuk...sikit je lagi.. tolongla...""Ish...........adik ni...lain kali boleh tak tolong dengar cakap kakak..tolongla faham ape orang nasihat tu!""Ye..okay..." dan aku tahu jawapan itu sekadar untuk menyedapkan hatiku!Adam-adam..
Aku harus bersabar. Teringat pula zaman sekolah dulu, selalu sangat bila pagi-pagi, arwah mama sedang bersiap ke tempat kerja, waktu itulah aku sibuk menyuruh mama sain borang itu-ini, nak bawak bekal itu-ini, padahal semalamnya boleh saja aku maklumkan awal-awal..Tapi, sedikit pun mama tak pernah memarahi kami..
Kesian Adam, dengan mata yang masih melekat, kain pelekat yang hampir terlondeh, bertungkus lumus dia menyiapkan kerja sekolahnya.
"Wa'alaikumussalam..ya.. Bila? Innalillah.." ayah sedang berbual di telefon. Berderau darahku saat itu..
"Kenapa ayah?""Tok dah meninggal pukul 5am lebih tadi..""Innalillah..." aku sebak..namun, aku harus tenang. Kerana sedari semalam lagi aku sudah bersedia. Ya, barangkali tekaanku tepat. Keresahanku malam tadi, mungkin lebih kurang sama dengan apa yang arwah nenek alami..Aku terus membantu Adam menyiapkan tugasannya.
Ya Allah, betapa hebatnya sakit yang kurasakan malam tadi, pastilah sakaratul maut itu lebih berganda lagi sakitnya. Ya Allah, tempatkanlah arwah nenek di kalangan para solihin..Ameen.

Kami bertolak pulang ke kampung kira-kira jam 8 pagi. Jenazah akan dikebumikan selepas 'Asar. Sepanjang perjalanan kira-kira 4 jam lebih itu, sedikitpun aku tidak terlelap. Sesampainya di rumah Mak, jenazah nenek sedang dimandikan. Aku sempat untuk membantu memandikan jenazah nenek. Dalam perjalan ke kubur, kira-kira setengah jam dari rumah mak, anak saudaraku bertanya;
"Mak Uda...nenek pegi mana? Nenek da mati ke?""Nenek pegi jumpa Tuhan..""Kakak nak nenek..""Nenek da takkan balik lagi, sebab nenek da pergi ke tempat yang sangat cantik...""Kenapa Mak Uda baca Qur'an?""Nanti nenek dapat pahala...baru nenek masuk syurga..""Kakak pun nak bacalah..."Ain Dhameeya. Baru berusia 4 tahun. Pemergian nenek sangat ditangisi para cicitnya yang masih kecil. Nenek sangat gemar memanjakan mereka. Seringkali Dhameeya tersilap, mencari neneknya..
asyraf dan ariff paling manja dengan nenek mereka
cicit kesayangan nenek( hero belaka)Malam itu, dengan berbekalkan 1/10 tenaga yang ada, aku 'pengsan' selama 7 jam......hmm..
TAMAT