Sunday, June 7, 2009

Warna-warni Hidupku! Siri 1..

Assalamu'alaikum buat semua pembaca yang budiman.. Huhu, syira buat gaya tulisan baru yang pelik! Taklah..sengaja aku tulis begitu. Sudah lama memendam rindu pada laman blogku yang aku kira sudah hampir sebulan tidak mendapat sentuhan.. Inilah aku, manusia hamba yang cukup-cukup hina di sisi Allah. Dek kerana kesempitan masa yang bertamu dalam ruang hidupku, itupun sudah buat aku tidak menang tangan untuk menguruskan laman maya ini..Humm..

Aku memang agak sibuk semester pendek ni. Macam- macam hal yang perlu diuruskan..Dugaan, biasalah. Arwah nenek kesayanganku kembali ke rahmatullah pun dalam semester pendek ini. Saat yang betul-betul buat aku down selepas pemergian arwah mama...

" Iah tu bila nak balik kampung..dia takdak cuti ka?" - arwah nenek (3 hari sebelum meninggal dunia)

"tak cuti lagi la kot..kalau cuti, dia balik la..mana pernah tak balik.." - mak (makcik yg aku panggil 'emak')

"Tok dok buat apa mak? Tak tidoq lagi? Cek tak boleh call lama-lama ni, kredit tak berapa nak ada..kirim salam tok na.." -aku (seminggu sebelum pemergian arwah)

ISNIN: 25/Mei/2009
Minggu itu minggu peperiksaan. Walaupun hanya 2 hari peperiksaan berlangsung, sudah cukup untuk kepala ini serabut. Hari isnin, setelah selesai kertas terakhir, aku 'rehat' secukup-cukupnya. Huhu..tapi..aku kesal dengan 'rehat' itu..kerana 'rehat' itulah yang membuatkan aku terlepas peluang untuk bertemu nenek.

'Rehat'. Saat menjelmanya waktu itu, aku tidak mahu langsung bertemu dengan apa-apa bentuk perhubungan fizikal dengan manusia lain. Samada percakapan atau perbualan dua mata. Handphone akan aku matikan, atau put on silent mode, lalu aku akan menela'ah buku-buku tarbiyah mahupun yang berbentuk haraki kerana hanya itulah masa untuk aku melakukan leisure reading. Mata yang semakin kuyu aku biarkan saja, kerana nikmatnya bila ia terlena, fuhh..hanya Allah yang tahu! (kerana aku cukup susah untuk tidur sebenarnya..)

Tanpa sedar, aku telah put on silent mode sehingga keesokan harinya..dan tanpa sedar, aku punya 25 missed call dari 4 orang yang berbeza. AYAH, KAK TEH(sepupu), dan selebihnya, unknown..

Selasa, 26/Mei/2009
Aku pulang ke rumah. Melampiaskan rindu pada adik-adik, dan ahli keluarga yang lain.Menguruskan 'rumahtangga', dan mengambil alih tugas mama bukannya mudah. Hampir kesemuanya perlu aku lakukan, baik daripada menghantar adik kesekolah, pusat tuisyen, ataupun memenuhi keperluan barangan sekolah mereka sehinggalah kepada menyediakan makanan kegemaran mereka! Malah, kalau kena buat OT (hehee) , terpaksalah aku melayan Adam untuk tengok mana-mana match yang melibatkan Chelsea dan Man U...ataupun menemani Kuyah belajar sehingga jam 4 pagi..

Aku semakin merasai berat beban tugas yang harus dipikul oleh seorang ibu! Saat terpaksa bersengkang mata, melayani kerenah adik-adik, kadang-kadang hiba sesekali bertamu tanpa undang. Sedar tidak sedar, sudah hampir setahun mama pergi meninggalkan kami..Mama pergi pada Ramadhan tahun lepas. Kini, tak lama lagi Ramadhan aku datang menemui kita. Ramadhan yang sama, natijah yang berbeza! Sekali lagi, tugasan kian berat.. Aku perlu bangun awal untuk menyediakan sajian sahur dan pastinya untuk sajian berbuka juga.

Along perlu ke kursus PTD selama 9 bulan. Mujurlah seorang lagi kakakku sedang menghabiskan cuti semesternnya. Kadang-kadang, kalau bukan aku yang memasak, dialah yang mengambil alih tudgas itu. Ahhh...sunyinya rumah kalau adik-adik ke sekolah...namun gamatnya saat pagi menjelma, kerana hingar dek bebelanku pada Adam yang liat untuk bangun pagi!

RABU: 27/Mei/2009
"Salam...dok buat apa? tengah exam lagi ke?"

"Tak..dah habis exam dah...kenapa? kak teh kat mana?"

"La..awat tak bagitau awal-awal..Tok masuk wad.."

"Ha?? Innalillah...bila..??"

"Kelmarin.. ingatkan exam lagi...sebab tu tak bagitau semalam.."


"La..ye ke..semalam silent phone...." ya Allah, menyesalnya aku!!

"Dr. kata..suruh panggil waris terdekat...."

"Hah??.. Ya Allah..malam ni jugak iah balik sg petani!"

"takpalah..takyah kelam kabut...doa la..balik esok pun takpa. Malam-malam payah.."

dan perbualan kami tamat seketika kemudian...

Macam mana ni! Adam exam miggu depan, kuyah tengah mid term exam..sape nak tengokkan mereka? Ya Allah, tok...bukankah baru tiga hari lepas kita berbalas salam...

Wednesday, May 13, 2009

Review Buku: Tazkiyatun Nafs

Jalanan permusafiran semenjak akhir-akhir ini sedikit meratah iman yang kian luntur. Lalu cepat-cepat tangan menadah doa memohon perkenan Ar-Rahman agar diberi petunjuk, mudah-mudahan tiada tingkah yang berbaur mungkar aku lakukan.

"In heaven, when you feel like eating something, it will appear right infront of you, and it will be coming nearer and nearer up until one point you can just pick it up!"

Kata-kata itu cukup-cukup terngiang di ingatan. Ungkapan itu aku dengar dari pensyarahku, Sir Hairul Azhar ketika beliau menceritakan kepada kami betapa syurga itu indah.

"First night in Heaven..you shoud read it.."

Lalu, sekilas mata memandang pada deretan buku-buku yang tersusun kemas di atas meja dihadapanku, tertancap pada warna hijau indah pada kulit buku. MasyaAllah, inilah dia bukunya!Ilusi pelukis sudah cukup membuatkan aku terbayang wangian haruman syurga, sedang beliau hanya manusia,walhal ilmu tentang syurga itu hanya pada tanganNya.

Cukup untuk aku katakan, bait-bait kata daripada pena penulis buku ini benar-benar menggetarkan hatiku. Buku ini wajar untuk dimiliki oleh setiap pencinta syurga. Buku ini akan menambah lagi keyakinanmu saat berharga bertemu Tuhan. Tiada lagi putus asa, yang ada hanya cerita cinta Allah pada hamba yang diredhainya. Imaginasi manusia yang sungguh terbatas ini pun sudah mampu untuk membawaku terbang bersama khayalan cinta Tuhanku, apatah lagi untuk dibandingkan dengan hakikat syurga yang sebenarnya. Jika sebelum ini, aku takut mengenagkan QaharNya, kini aku semakin kagum dengan Rahman dan RahimNya..

Milikilah buku kecil ini, kerana di dalamnya ada seribu satu cerita janji Allah pada hamba-hamba yang ikhlas beribadat kepadaNya di dunia. Buku ini memberi keinsafan agar tiada lagi ketakutan untuk menghadapi mati, kerana dunia telah kau lupai,dan yang ada hanya bayangan saat bertemu Tuhan, kerana mati itulah syarat bertemu cinta sejati.. =)

Bagi melengkapkan koreksi diri, buku tulisan Ustaz Amaluddin ini cukup sesuai dijadikan bahan rujukan tingkat iman kerana di dalamnya terisi bahagian-bahagian kehidupan yang perlu kita perhalusi, agar hati terus berada dalam peliharaan Tuhan.

Pendekatan mudah oleh penulis membawa pembaca kepada penghitungan yang mendalam mengenai tahap usaha yang telah dilakukan sepanjang perjalanan bergelar hamba dan khalifah. Ingatlah pesan baginda Rasulullah s.a.w yang mengingatkan kita bahawa seketul daging yang akan menentukan baik buruknya seluruh anggota badan, yakni HATI. Bawalah hatimu pada Tuhan, wahai manusia..

Masih berkisarkan cinta. Kali ini kisah cinta manusia yang membawa kepada cinta Tuhan. Bagi yang merancang untuk membina rumahtangga yang dilimpahi mawaddah dan rahmah, Ustaz Hasrizal membuka minda dan persepsi baru mengenai alam rumahtangga. Asas yang kukuh dalam kehidupan suami isteri akan membawa kepada kebahagiaan di kemudian hari. Penulis membawa dimensi cinta islami semenjak dari awal percintaan sehingga ke gerbang perkahwinan. Setiap noktah berkisarkan hikmah-hikmah yang boleh dipelajari terutamanya mengenai hal-hal mendidik tarbiyah pasangan dan anak-anak. Buku ini umpama sebuah sketsa lengkap kehidupan sebuah keluarga bahagia yang harus dicontohi semua.


p/s: Malam Pertama Di Syurga: RM 15, Bawa Hatimu Pada Tuhan: RM 21, Bercinta Sampai Syurga: RM (21-25)- tak pasti..=)

Monday, May 4, 2009

Mahukah Dia memandangku?


Aku keliru.

Kelu pun ada. Serba tak kena semua.

Kenapa?
SUATU MASA ITU
"Ayah, teringin nak makan ketam..dah lama tak makan ketam la..dah dekat setahun rasanya.."
Tiba-tiba,
"Assalamua'alaikum,"
Eh, mak cik datang..
"Wa'alaikumussalam.. mak cik datang.. Bawak lauk KETAM masak lemak cili padi.. Banyak ni.."
Hah, Ketam? Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Baru je sebut, dah ada depan mata.

KEESOKKAN HARINYA
"Ya Allah, cuti ni, aku teringin nak balik kampung.. Rindu nak tengok sawah padi. Rindu nak tengok laut. Rindu nak tatap wajah tok dan tok wan. Rindu nak peluk mak.. Rindu nak ziarah kubur Ayah Manaf.."

Tiba-tiba

"Kakak, ayah kata Along nak balik kampung esok pagi. You ikut la balik kampung sekali ek?Ngee.."-adik

"Ayah, nak ikut Along balik kampung boleh?"
"Boleh, ikutlah.. Tapi, ayah tak dapat balik sekali.. kirim salam kat Tok & Tok Wan.."

Subhanallah..sekali lagi Tuhan mendengar doaku. Terima kasih Tuhan..

MINGGU HADAPAN
"Ya Allah..izinkan aku untuk tidak meminta-minta kepada manusia saat aku di dalam kesempitan dan kesusahan. Sesungguhnya, aku pohon nikmat dariMu agar dilapangkan rezeki buatku dan keluarga.."

Ya, aku sedang kesempitan wang. Ingin meminta lebih dari Ayah, aku malu, apatah lagi untuk meminta lebih-lebih dari Allah..namun, aku sedar kepada siapa lagi hendak aku bergantung harap kalau bukan Dia, Sang Pemberi Rezeki?

Tiba-tiba
"kakak!! Kak Syira!! Duit PTPTN dah masuk..bolehlah kite bayar duit sewa rumah...=)"-adik sekelas
"Bukan bulan Julai ke masuk?"
"Ni, dalam akaun kite dah masuk, cuba tengok akaun kakak.."

dan..
sekali lagi, aku tertunduk malu. Malunya aku pada Allah, kerana Dia terlalu memberi kepadaku sejak akhir-akhir ini. Sedang aku pula, tidak habis-habis mungkir janji..

MALAM ITU,
"Ya Allah, susahnya tak de laptop sendiri... Banyak assingment terbengkalai.."aku mengadu sendirian terhadap Illahi Rabbi.

Tiba-tiba.."Give thanks to Allah, for the moon and the stars.." nada dering telefonku berbunyi.
"Assalamu'alaikum, syahirah. Ni ayah ni. Ayah dah tinggalkan cash RM2500 pada Along, esok balik rumah, ajak Along pegi beli laptop ya? "

"Erkk...okay..Ayah, terima kasih.."

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan..??

aku menangis lagi buat kesekian kalinya. Aku malu dengan Allah. Mengapa Dia memberi nikmat sebegini rupa padaku..Sedang aku sebenarnya tidak layak..



Persoalan yang sering timbul di dalam benak hatiku, Mahukah Dia Memandangku..?
Aku bukan 'abid..aku bukan 'alim..aku bukan faqih, aku juga bukan da'ie yang hebat..
Aku hamba HINA DINA..
Aku hamba yang sungguh kerdil

Aku sudah biasa diuji dengan kesusahan sebelum ini..dan aku sangat janggal diberi layanan 'istimewa' begini dari Tuhanku.. Aku lebih rela Tuhanku mengujiku dengan kepayahan..berbanding diuji dengan nikmat kesenangan..

Tuhanku, masihkah Engkau mahu memandangku..
Bila Tuhanku mengujiku dengan kesusahan, aku rasai setiap detik belaian tarbiyyah dariNya..namun, aku gusar andai diuji dengan kesenangan aku terleka..

Tuhanku, izinkan cinta hatiku tetap padaMU..
Tuhanku, izinkan ratap sayuku hanya untukMU..

Barangkali kalian pelik, dan barangkali ada yang menyangka aku tidak tahu bersyukur. Tetapi, tahukah kalian, aku terseksa... Aku mahu bersusah payah dalam kelazatan tarbiyyah Tuhanku..

Tuhan, aku tahu Kau mengerti.

Monday, April 27, 2009

The ReaL Color.... ;)

Whoaa.. the KL International Book Fair’09 had just met its end. What an unbelievable when I realized that I have visited PWTC for three times, and I have bought almost 15 books, & 3 CDs all together! That amount may be nothing for those loaded people out there, but as I am still a student, RM 300++ is definitely big cash for me!


( this is my favourite book among all that I bought. As usual, this blog is also works as a medium to promote..ngee.. " Semakin Aku Berfikir Allah Semakin Ada..")

I could still remember how crowded the place was when almost more than 2 thousand people were there-in PWTC; to grab the chance of getting cheaper price for books! (As some may have an intention to meet their favorite authors and singers; ~JUST LIKE ME~; hehe…) Yeah, there were lots of famous authors, and singers such as Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, Habiburrahman El-Shirazy, Sister Zabrina A. Bakar, Inteam, Raihan, and many more.. Halaa… I do not have photos to put here. Perhaps I could have my own digital-camera or SLR soon! Huhu… So demanding!!!

For those who have went there may feel as same as what I felt, especially when it was weekend! I noticed that the place was so crowded, too hot, and the public transportation provided especially the trains were not goodly working. Here I would like to bring you some of the situations that I have met and it is not impossible for you to have been in that kind of situation also, I guessed! Watch out!!

SITUATION 1
“ Abang, why did you bring us here? Macam la buku-buku ni semua takde jual kat book store! Look at the kids, pity them!" - a wife (carrying a new born baby with another 2 kids)

SITUATION 2
“Look at the queue!! Haiyaa.. how to get the tickets?? It would at least take an hour to reach at the counter maa…” – a student ( saying at his friend as a results of a long queue at the LRT station!)

SITUATION 3
“I’m so thirsty la..Let us get a drink…”
“What a *^#(^!%@!!!!! Mati aku camni dowh! Baik I beli kat The Mall..” – a guy (saying to his friend while they were buying books)

SITUATION 4
‘ Attention to Nor…. (bla bla bla) binti Mohd (bla bla bla) .. kindly take back your purse at the information counter, thank you..” – the operator

SITUATION 5
“ SMK xxxxx!!! SMK xxxx…!” – a boy (shouted at the very centre of the crowded while holding his student card, calling his friends from the same school, as he was actually got lost and afraid of missing the school bus!!!) Huk…=(

Hmm, what questioned me the most is, WHY MUST THEY BRING A SMALL BABY TO THAT KIND OF PLACE?????

p/s: So, how to solve the problem? Let us ponder together.. =)

Perform Your Duty Consistently!

It has been almost two weeks over me kept my blog silent. (I’m so sorry for keeping you people waited so long!) Been busy with all add and drop session, as new semester has just begun. Alhamdulillah, thanks to Allah for His award of my last semester result.. (thinking of how to keep maintaining it!! Haih...) As what the Hadith that has been recorded in the Sahih on the authority of `A'ishah R.A that the Messenger of Allah (PBUH) said

“(The most beloved deeds to Allah are those that are most consistent, even if they are few.)”.

A’ishah R.A said in another Sahih Hadith :

“The most beloved deed of the Messenger of Allah were those that were practiced continuously,” (Narrated by Al-Bukhari )

Consistent means to keep doing something or to do something continuously. In my case, I have to keep up my good work in exams continuously, or else I would have committed myself to a deed that is hated by our Lord and His Messenger, PBUH. Maybe I could not get as good as the previous result for the next coming semesters, but what I have to do is KEEP MY HARDWORKS and EFFORTS consistently. It is not me myself who will determine my fate, but it is Him, Allah the All Knower. The most important thing that I need to polish more is TO HAVE FAITH IN ALLAH that HE WILL GRANT me good result if and only if I struggle in my studies plus ONLY WITH MY RIGHT INTENTION, which is TO ATTAIN ALLAH’s LOVE.

Many of my friends from local universities are enjoying their semester holiday and yet there are some that had just started their short semester. I am taking two core courses which is An Introduction of The Science of Quran (Ulum Al-Quran) and The Introduction of Fiqh. Both subjects are merely a new field for me as I never learn such subjects before. Most of my classmates were from religious school and they have been exposed to the surface of that kind of subjects. So, by hook or by crook, I need to struggle and KEEP MY HARDWORK …

I don’t know how you guys keep your duty to be as consistent as how Allah and Rasulullah PBUH wanted us to do, but I’m sure you have your own way to fulfill the commandment. Maybe you are a photographer, volunteer, mu’allim, students, parents or whatever you are, there must be an action that has to be taken seriously and must be practiced consistently in order to become a better muslim, mukmin and hopefully we’ll reach the maqam of ‘muhsin’ one day..InsyaAllah..

p/s: to all my friends especially those in IIUM Kuantan, & Gombak campus, now it’s time to practice TAWAKKAL..=)

Thursday, April 9, 2009

Lagak Sang Penyamun! Di Mana POLIS????

Aku sedikit emosi ketika entri ini ditulis. Sakit di hati memang tak terperi. Membara! Kerana aku pernah menjadi mangsa penyamun yang langsung tidak berhati perut. Kepada yang baru mengikuti blog ini, kalian boleh baca di ruangan ini, bagaimana manusia-manusia kejam itu sungguh berlagak menyakiti hati hamba Dia yang Esa walhal, pada ruang tapak kaki yang dipijak, semuanya milik Khaliq jua..

Dua minggu lepas, jiran di hadapan rumahku mengalami nasib yang sama. Tetapi, kali ini, para manusia yang sombong itu semakin berani berlaku zalim tanpa sedikit pun mengenangkan Al-Qahar. Bayangkan, beliau baru sahaja ingin keluar dari kereta yang diparkir di hadapan rumah, dan sebaik sahaja keluar, sebuah motosikal menghampiri mangsa dan terus mengeluarkan sebilah pisau panjang (aku kira mereka ini penyamun yg sama yg pernah menyamunku..) lantas mengarahkan mangsa untuk menyerahkan semua barang-barang yang ada. Habis kesemuanya disapu licin sang penyamun!

Mujurlah mangsa tidak diapa-apakan. Kakakku yang menyaksikan kejadian hanya mampu menahan takut di dalam rumah, kerana bimbang dicederakan penyamun bersenjata itu. Apa yang lebih mengecewakan, pihak polis tiba agak lewat walaupun sudah dihubungi jiran tetangga berhubung kejadian itu..

Dalam minggu yang sama juga, kita dikejutkan dengan kes samun yang melibatkan seorang wanita yang SARAT MENGANDUNG dan pembantu rumahnya. Mangsa disamun DI HADAPAN RUMAH, namun pembantu rumah mangsa telah mengambil langkah berani mati denga bertindak nekad MEMUKUL PENYAMUN dengan menggunakan BATANG PENYAPU. Akhirnya, penyamun yang tadinya agresif melarikan diri.

Minggu lepas, di Terengganu, seorang gadis koma setelah cedera parah akibat berkejaran dengan peragut yang dipercayai meragut beg tangan milik mangsa. Apa yang lebih menyakitkan hati, peragut itu masih lagi lepas bebas.

Terbaru, semalam di Taman Maluri, Cheras, seorang lelaki disamun sebaik sahaja keluar dari kereta yang diparkir DI DALAM RUMAH. Kamera rakaman CCTV merakamkan aksi perompak yang tiba dengan sebuah kereta bertindak menyerang pembantu rumah mangsa yang sedang menutup pintu pagar rumah mereka.

MasyaAllah...di mana nilai kemanusiaan??

Dan satu lagi tanda tanya.... Di MANA POLIS????

Akibatnya..tiada tempat yang selamat lagi..
DI LUAR mahupun DI DALAM RUMAH, semuanya sudah tidak ada perlindungan. Buat diriku yang masih lagi trauma, aku memang tidak sanggup untuk tinggal di rumah bersendirian.. Kalau itu terjadi, aku akan pastikan pintu berkunci rapat!!

Humm...bagaimana ya kawan-kawan? Ini masalah kita bersama...