Monday, May 5, 2008

KENYATAAN MEDIA: PKPIM SOKONG PANDANGAN MUFTI PERLIS

KENYATAAN MEDIA 3 MEI 2008/ 26 RABIUL AKHIR 1429:

PKPIM SOKONG KENYATAAN MUFTI PERLIS

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyokong kenyataan Mufti Perlis, Sahibus Samahah Dr Mohd Asri mengenai garis panduan konsert Jom Heboh yang sedang diadakan di Perlis. Kenyataan Mufti Perlis mengenai Jom Heboh di Perlis adalah satu ‘amaran’ keras yang sekian lama ditegur.

PKPIM bersetuju bahawa Jom Heboh bukan sebuah program yang ‘haram’ sepenuhnya. Dengan acara kekeluargaan dan pameran pendidikan sebenarnya adalah satu program yang positif.

Namun demikian, janganlah pula dalam mengisi program yang positif itu, penganjur mengambil kesempatan mengadakan konsert yang tidak membina langsung nilai positif. Keadaan ini menyebabkan seolah pengunjung telah tertipu dengan agenda ‘muslihat’ penganjur.

PKPIM berpandangan, dalam mengisi nilai positif dalam masyarakat kita, sudah tentu bentuk hiburan yang ingin dibawa itu membawa akar budaya dan adab masyarakat kita. Artis atau selebriti yang jelas ‘tersasar’ identiti budayanya harus dilarang membuat persembahan. Ini bukan bermakna negara kita ketandusan artis yang berbudaya tinggi dan beradab, seperti yang ditunjukkan oleh kumpulan Kopratasa, M. Nasir, Usratika dan sebagainya.

Ini juga Corporate Social Responsibility (CSR) yang harus dimainkan oleh penganjur. CSR bukan sahaja memberi sedekah atau derma kepada golongan miskin atau anak yatim. Mendidik dan membina adab masyarakat dengan nilai yang baik juga adalah satu bentuk CSR yang lebih mulia.

Penganjur harus mengambil kira sentimen persembahan yang berteraskan kebudayaan dan adab negara ini. Sekiranya tidak, penganjur bakal berdepan dengan identiti atau ejen yang ‘merosakkan’ bangsa.

MOHD HILMI RAMLI

Presiden PKPIM

ABIM: MEDIA STATEMENT ON ISSUES OF KARPAL SINGH AND ONG KA TING

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)

MUSLIM YOUTH MOVEMENT OF MALAYSIA

4 MAY 2008 / 27 RABIUL AKHIR 1428H


MEDIA STATEMENT ON THE FOLLOWING ISSUES:

1. The action by Y.B. Karpal Singh in filing a police report against the Regent of Kelantan, and

2. The calls made by MCA president, Datuk Seri Ong Ka Ting, relating to some contentious religious and racial issues

The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) strongly feels that some remarks and actions by certain political leaders relating to religious and racial issues of late warrant our comments and response.

Firstly, we find the action by Y.B. Karpal Singh in filing a police report against the Regent of Kelantan, Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra as extremely improper and clearly overstepped the boundaries of proper comments when dealing with a member of Malaysian royalty. Being a seasoned politician, we are still wondering until today what exactly was in the mind of Mr. Karpal when he decided to take such an action which is, to say the least, very problematic and uncalled for. Mr. Karpal could have clearly thought of a more respectful and sensible way to respond to the Regent's speech. At the same time, we fully agree and support the call from the Kelantan palace for an end to this controversy. We do feel that it is unfortunate that remarks from a member of the Malaysian royalty, which could have been taken in a better light, has been unduly problematized and politicized.

Secondly, the calls made by MCA president, Datuk Seri Ong Ka Ting, relating to some contentious religious and racial issues must take into account the Malay-Muslim perspective.

On the issue of conversion out of Islam, we fully understand the possible difficulties and hardships that may arise on the part of those who wish to convert, but at the same time, we have pleaded time and again that the critics of the present law on apostasy must also be willing to fully consider the ramifications of this issue on the core elements of the Islamic faith and jurisprudence.

The critics cannot in all earnest, expect the Muslims to just ignore a clear injunction and principle in our religion. And to expect Muslims in Malaysia to take the issue of apostasy lightly is actually doing just that. Converting out of Islam is a specific religious issue and the extent of its prohibition and permission should be left to the proper religious authority to determine.

The Federal Court’s decision in Lina Joy’s case provides a solid legal basis for this position. Former Chief Justice, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, in his majority judgment held that the determination of whether a person had renounced the religion of Islam was within the realm of Islamic law, and that the right authority was thus the Syariah court. His Lordship further said that the way one leaves religion is set by the religion itself. “In other words,” His Lordship said,”one cannot embrace or leave a religion according to one’s whims and fancies.”

In Malaysia , we believe that the process of allowing the right and competent parties to deliberate and find the solution for contentious religious issues is still not beyond grasp. In that light, we feel that an earnest and genuine process of collective deliberation amongst the rightful religious authorities in Malaysia should take place with regards to the recent controversial religious issues. This process, which may require time and independent space for the people involved, must be allowed to take its course. Inputs and feedbacks from all parties should be considered but everyone must be prepared to accept that the aim of this process is to discover the authoritative Islamic position on the matter since this is an internal religious issue.

Assuming that at the end of the day the experts do find cases and situations where conversion out of Islam may be legally recognized, the next issue would be to determine the proper procedure for conversion out of Islam. We have stated time and again that conversion out of Islam is interlinked with other issues, some of which are formal and legal. Therefore, this process must be properly regulated and cannot be left open or unlimited. Again, another process of collective deliberation, which gives priority to authoritative interpretations of religious texts and legal reasoning, should be allowed to take its course.

In light of the current controversy, we would like to refer all parties to our various memoranda and documents on the matter.

In our considered view, the MCA is essentially saying that the Federal Court's interpretation of Articles 11 (1) and 121(1A) of the Federal Constitution in the Lina Joy case was wrong. Perhaps the MCA would like to introduce a private member's bill in Parliament to amend Articles 11(1) and 121(1A) of the Constitution to nullify the effect of Lina Joy. Let us see if they can get Malay/Muslim support on this issue. We must not forget the results of the survey carried out some time ago - which pointed out that Malays considered themselves Muslim first and Malay second. We would caution the MCA and other political parties (government as well as opposition) when making public comments on this issue; what they are doing will cause greater polarization between Malay/Muslims and non-Muslims in our nation.

YUSRI MOHAMAD

President

Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM)

MELAYU TIDAK BOLEH HARAP PARTI POLITIK SAJA

Melayu tidak boleh harap parti politik saja
Abdul Rahim Sabri | May 3, 08 4:30pm

Orang Melayu tidak boleh bergantung semata-mata kepada parti-parti politik untuk memperjuang dan melindungi kepentingan mereka di negara ini, kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Yusri Mohamad hari ini.

yusri abimSehubungan itu, beliau menggesa orang Melayu agar kembali kepada asas-asas utama permuafakatan seperti keikhlasan, pegangan terhadap adat istiadat orang Melayu dan tidak lupa asas-asas ajaran agama Islam itu sendiri.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Yusri berkata, beliau membuat gesaan itu ketika membahaskan kertas kerja yang dibentangkan di kongres permuafakatan Melayu yang sedang berlangsung di Johor Bahru hari ini.

Abim sendiri, katanya, sebagai badan bukan kerajaan (NGO) Melayu-Islam, akan memugarkan kembali idealisme perjuangan mereka dalam memperjuangkan bahasa Melayu, agama dan tidak mengutamakan kepentingan kelompok dan individu.

Katanya, ini adalah penting dalam usaha untuk memperkasa, memperkukuhkan dan ia menjadi teras permuafakatan orang Melayu.

Kongres itu yang bertemakan 'Kedaulatan Melayu Sebagai Paksi Kewujudan Bangsa', dihadiri lebih 1,000 peserta yang mewakili 200 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

Ia dianggap antara pertemuan terbesar membabitkan orang Melayu yang pernah diadakan selepas perhimpunan yang membawa kepada penubuhan Umno lebih 60 tahun lalu.

Pembentangan kertas kerja

Kongres itu membincangkan tentang memperjuangkan hak dan kepentingan serta mempertahankan maruah Melayu ekoran semangat persepakatan yang dianggap kian ‘pudar' berdasarkan keputusan pilihanraya umum 8 Mac lalu. Kongres itu disempurnakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar.

Kongres anjuran bersama oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) dan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) juga diadakan ekoran keputusan pilihanraya umum lalu yang menunjukkan masyarakat Melayu kini berpecah belah dan sedang berdepan dengan kaum lain yang lebih dominan daripada segi ekonomi dan politik.

Selain Abim, antara NGO yang menghadiri kongres tersebut ialah Persatuan Penterjemah Malaysia, Persatuan Anak Melayu Johor dan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Beberapa kertas kerja dibentangkan semalam mengenai kedaulatan politik Melayu oleh pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga penganalisis politik tanahair, Prof Madya Dr Mohd. Agus Yusoff, diikuti pembentangan oleh Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman mengenai kedaulatan perlembagaan Malaysia.

Pembentangan tersebut dipengerusikan oleh Prof Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, ahli panel jemputan Tan Sri Mohd Ali Hashim yang mewakili Dewan Perdagangan Islam Malaysia untuk memperincikan perihal kedaulatan ekonoi Melayu. Prof Datuk Dr Zainal Kling mempengerusi sesi seterusnya mengenai kedaulatan agama, budaya dan pendidikan Melayu.

Pada hari ini, Datuk Dr. Hassan Ahmad (Yayasan Karyawan Malaysia) memperkatakan tentang kedaulatan politik Melayu bersama-sama Datuk Reezal Merican Naina Merican (presiden GPMS) dan Dr Mohd. Ruslan Mohd. Amin (Persatuan Rumpun Melayu Lahad Datu).

Ia diikuti oleh perbincangan mengenai kedaulatan perlembagaan Malaysia yang dipengerusikan oleh Prof Datuk Ramlah Adam dari Yayasan Melaka. Pembentang kertas kerja yang akan mengambil bahagian membincangkan tajuk tersebut ialah Faris Omar, Datuk Dr Abdul Malik Munip dan pakar Undang-Undang Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Penyertaan usahawan bumiputera turut mendapat tempat dalam kongres dua hari ini terutamanya untuk memperkatakan tentang kedaulatan ekonomi Ekonomi Melayu.' Mereka yang dijemput
ialah Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Datuk Syed Ali Mohamed Alattas; Datuk Yahya Jalil dan Dr Alias Mohamed.

JEMPUT HADIR

Seminar Tokoh Tajdid
Al-Ghazzali
"Pencerah Pemikiran Ummah"
11 Mei 2008 (Ahad)
Dewan Auditorium SIRIM, Seksyen 2 Shah Alam
Masa : 08:30 pagi—05:00 petang
Perasmian : YB. Dato' Dr. Hj Hassan Bin Hj. Mohamed Ali, Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Kerajaan Negeri Selangor
Seminar terbuka, kemasukan percuma
Anjuran:
WADAH, MUAFAKAT & JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

KERTAS KERJA & PEMBENTANG:

Ulama’ Kalam & Falsafah: Al-Ghazali dan Orientasi Baru Ilmu Kalam

dan Ilmu Falsafah.

Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, ISTAC UIAM.

Pengaruh Pemikiran Tasawwuf al-Ghazali Khususnya di Alam Melayu

Ustaz Abdul Aziz Muhammad, Institut al-Quran Terengganu.

Memahami Kewajaran dan Kepentingan Tajdid Al-Ghazali Dalam Konteks Zamannya.

Dr. Mohd Nor Manuty (CESMAC).

Peranan al-Ghazali Dalam Mengharmonikan Wahyu dan Akal.

Prof. Madya Dr. Ibrahim Abu Bakar, Fakulti Pengajian Islam UKM.

Meneliti Kedudukan Al-Quran dan Sunnah Sebagai Teras Pemikiran al-Ghazali

Prof. Zakaria Stapa, Fakulti Pengajian Islam UKM.

Al-Ghazali Dalam Pentajdidan Pemikiran dan Amalan Tasawwuf

Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, ISTAC UIAM.

Pertanyaan: Hubungi Sekretariat
03-55118150 (Wadah Selangor)

GARIS PANDUAN KONSERT JOM HEBOH

KUALA LUMPUR, 3 Mei, (Hrkh) - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyokong kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri mengenai garis panduan konsert Jom Heboh yang sedang diadakan di Perlis.

"Kenyataan Mufti Perlis dalam hal tersebut adalah satu 'amaran' keras yang sekian lama ditegur. Bagaimanapun, kami setuju bahawa ia bukan 'haram' sepenuhnya kerana wujud acara kekeluargaan dan pameran pendidikan yang sebenarnya adalah program positif," kata Presiden PKPIM Mohd Hilmi Ramli dalam suatu kenyataan medianya kepada Harakah Daily.

Namun, tambahnya, janganlah pula dalam mengisi program positif itu, penganjur mengambil kesempatan mengadakan konsert yang tidak membina langsung nilai positif.

Hal ini, menurutnya menyebabkan para pengunjung seolah-olah telah tertipu dengan agenda 'muslihat' penganjur.

"Dalam mengisi nilai positif dalam masyarakat, sudah tentu bentuk hiburan yang ingin dibawa itu membawa akar budaya dan adab masyarakat. Artis atau selebriti yang jelas 'tersasar' identiti budayanya harus dilarang membuat persembahan.

"Ini bukan bermakna negara kita ketandusan artis yang berbudaya tinggi dan beradab, seperti yang ditunjukkan oleh kumpulan Kopratasa, M. Nasir, Usratika dan sebagainya," tambah Mohd Hilmi.

Dalam urusan memelihara adab kesopanan konsert, beliau menyifatkan hal ini termasuk dalam tanggungjawab sosial korporat yang harus dimainkan oleh penganjur.

"Tanggungjawab ini bukan sahaja memberi sedekah atau derma kepada golongan miskin atau anak yatim.

"Mendidik dan membina adab masyarakat dengan nilai yang baik juga adalah salah satu bentuk tanggungjawab sosial korporat yang lebih mulia," jelas beliau.

Tambah Mohd Hilmi, para penganjur harus mengambil kira sentimen persembahan yang berteraskan kebudayaan dan adab negara ini.

"Jika tidak, penganjur bakal berdepan dengan identiti atau ejen yang 'merosakkan' bangsa," katanya.


Saturday, May 3, 2008

CINTA vs KAWAN...

...karya ini, hasil nukilan ukhti Mija, senior yang kini berada di UK. Saat terbaca catatan ini, aku kira ini adalah luahan yang hampir sama dengan apa yang tersirat di dalam hati tapi tidak mampu untuk aku luah melalui pena mahupun kata. Alhamdulillah, jazakillah ya ukhti...

Bercinta @ 'berkawan' ?????


Maaf, aku memang tidak percayakan cinta (ada yang memanggilnya 'berkawan-kawan') sebelum kahwin. Ada yang berkata, "bercinta tidak apa..asalkan cinta kita itu cinta islamik, tidak melanggar batas agama". Termangu aku apabila pertama kali mendengar istilah ini. Beberapa tulisan ustaz-ustaz aku belek, begitu juga website-website yang berbincang tentang perkara ini, tak kurang juga perbincangan dengan teman seusrah. Aku cuba mencari sirah nabi dan para sahabat jika ada yang menyebut tentang adanya perhubungan lelaki-perempuan sebelum berkahwin. Ternyata, ilmu aku yang cetek ini belum menjumpai satu pun kisah yang menyebut adanya perhubungan sebegitu.

Yang aku jumpa, cinta itu memang hadir dalam diri setiap manusia. Begitu juga cintanya Aminah terhadap Abdullah, si pemuda hebat yang nilainya menyamai seratus ekor unta. Bukan hanya Aminah yang mengimpikan untuk hidup di samping si pemuda berakhlak mulia tersebut, malah ramai gadis arab berharap menjadi isteri Abdullah. Namun, Aminah binti Wahab yang merupakan bunga indah di kalangan Quraisy menjadi pilihan Abdul Mutallib untuk menjadi menantunya. Cinta si cantik Zulaikha terhadap Nabi Yusuf memang ramai yang maklum. Merana Zulaikha sehingga setiap butir pasir yang jatuh dari genggaman tangan diserunya nama si Yusuf. Itulah penangan cinta yang hadir.

Selalu aku tegaskan kepada teman-temanku.. "iya, cinta itu memang ada, cinta itu anugerah Tuhan, cinta yang hadir itu tidak salah. Namun, jangan disangka anugerah yang diberi bukanlah ujian untuk kita".

Bagi anak muda, cinta yang hadir tanpa dijemput itulah adalah ujian yang maha besar untuk ditangani. Berdoalah kepada Sang Pemberi Cinta agar cinta itu wujud hanya kepada yang berhak, dan berdoalah juga kepada Sang Pemberi Cinta agar DIA berikan diri kita kekuatan untuk mengawal rasa cinta dan naluri yang mahu menyayangi dan disayangi.


Kepada sahabat-sahabat satu jamaah@ gerakan, seringkali aku menceritakan kepada mereka tentang nasihat seorang kakak seusrah kepada aku, "dik...bagi org jamaah atau gerakan macam kita nih..maksiat itu boleh datang dalam bentuk yang paling sopan, ianya tidak datang melalui berpegangan tangan, tidak melalui ayat2 manis, janji setia sehidup semati antara sister dan brother..tetapi sudah cukup dengan lirikan mata, dan juga amal yang dilakukan untuk menarik rasa suka seseorang kepada dia"

Pesanan yang disampaikan beberapa tahun lepas yang hingga sekarang diri ini ingat.

Semasa di zaman belajar, aku antara orang yang menolak kewujudan perhubungan sebegini di dalam persatuan. Berkali aku katakan.. "jika sudah berkenan, sila masuk meminang, jumpa ibu dan ayah".

Kenapa harus si pemuda mengganggu ketenangan si gadis dengan ayat lamaran yang di waktu itu belum pasti lagi ke mana penghujungnya. Membuatkan si gadis gelisah antara menolak atau menerima. Jika si pemuda mengatakan yang dia melamar kerana mahu menjadikan si gadis sebagai isteri, jadi.. aku katakan "Sudahkah engkau melakukan solat istikharah? Jika sudah, berkahwin lah, minta izin ibu dan ayah".

Si pemuda membalas, "lambat lagi untuk berkahwin, duit simpanan belum mencukupi, kerja belum ada, belajar juga belum habis".

Lantas, aku berkata"jika itu engkau sudah maklum, lambat lagi engkau rancang untuk bernikah, untuk apa engkau melamar dia?"

Dia membalas lagi, "aku takut dia terlepas ke tangan pemuda lain". Adussss, menggeleng-geleng kepala aku mendengar ayat tidak matangnya.

Aku katakan dia tidak matang kerana sebagai ahli gerakan@jamaah yang sudah tahu batas pergaulan, dekat dengan ayat-ayat ALLAH, sentiasa mendengar kuliah hadis, masih lagi tidak yakin dengan ayat ALLAH annur:26. Masih lagi tidak yakin bahawa jodoh pertemuan itu letaknya di tangan ALLAH. Ingat lah teman, jika engkau mengikat dia sekali pun (boleh juga disebut 'berkawan-kawan'), jika sampai masanya nanti untuk kalian mendirikan rumahtangga, dan di saat itu ALLAH mengatakan yang dia adalah bukan jodoh kalian, bukankah sudah terbazir masa dan tenaga yang kalian curahkan sepanjang perhubungan itu? Dan yang paling aku takutkan, andai selepas kalian berkahwin, kenangan lama kalian bersama kekasih@ 'kawan' lama masih lagi tidak dapat dilupakan.. Jadi, sentiasa beringat bahawa setiap apa yang kalian lakukan pada hari ini pasti akan memberi kesan kepada hari muka.