...karya ini, hasil nukilan ukhti Mija, senior yang kini berada di UK. Saat terbaca catatan ini, aku kira ini adalah luahan yang hampir sama dengan apa yang tersirat di dalam hati tapi tidak mampu untuk aku luah melalui pena mahupun kata. Alhamdulillah, jazakillah ya ukhti...
Bercinta @ 'berkawan' ?????
Maaf, aku memang tidak percayakan cinta (ada yang memanggilnya 'berkawan-kawan') sebelum kahwin. Ada yang berkata, "bercinta tidak apa..asalkan cinta kita itu cinta islamik, tidak melanggar batas agama". Termangu aku apabila pertama kali mendengar istilah ini. Beberapa tulisan ustaz-ustaz aku belek, begitu juga website-website yang berbincang tentang perkara ini, tak kurang juga perbincangan dengan teman seusrah. Aku cuba mencari sirah nabi dan para sahabat jika ada yang menyebut tentang adanya perhubungan lelaki-perempuan sebelum berkahwin. Ternyata, ilmu aku yang cetek ini belum menjumpai satu pun kisah yang menyebut adanya perhubungan sebegitu.
Yang aku jumpa, cinta itu memang hadir dalam diri setiap manusia. Begitu juga cintanya Aminah terhadap Abdullah, si pemuda hebat yang nilainya menyamai seratus ekor unta. Bukan hanya Aminah yang mengimpikan untuk hidup di samping si pemuda berakhlak mulia tersebut, malah ramai gadis arab berharap menjadi isteri Abdullah. Namun, Aminah binti Wahab yang merupakan bunga indah di kalangan Quraisy menjadi pilihan Abdul Mutallib untuk menjadi menantunya. Cinta si cantik Zulaikha terhadap Nabi Yusuf memang ramai yang maklum. Merana Zulaikha sehingga setiap butir pasir yang jatuh dari genggaman tangan diserunya nama si Yusuf. Itulah penangan cinta yang hadir.
Selalu aku tegaskan kepada teman-temanku.. "iya, cinta itu memang ada, cinta itu anugerah Tuhan, cinta yang hadir itu tidak salah. Namun, jangan disangka anugerah yang diberi bukanlah ujian untuk kita".
Bagi anak muda, cinta yang hadir tanpa dijemput itulah adalah ujian yang maha besar untuk ditangani. Berdoalah kepada Sang Pemberi Cinta agar cinta itu wujud hanya kepada yang berhak, dan berdoalah juga kepada Sang Pemberi Cinta agar DIA berikan diri kita kekuatan untuk mengawal rasa cinta dan naluri yang mahu menyayangi dan disayangi.
Kepada sahabat-sahabat satu jamaah@ gerakan, seringkali aku menceritakan kepada mereka tentang nasihat seorang kakak seusrah kepada aku, "dik...bagi org jamaah atau gerakan macam kita nih..maksiat itu boleh datang dalam bentuk yang paling sopan, ianya tidak datang melalui berpegangan tangan, tidak melalui ayat2 manis, janji setia sehidup semati antara sister dan brother..tetapi sudah cukup dengan lirikan mata, dan juga amal yang dilakukan untuk menarik rasa suka seseorang kepada dia"
Pesanan yang disampaikan beberapa tahun lepas yang hingga sekarang diri ini ingat.
Semasa di zaman belajar, aku antara orang yang menolak kewujudan perhubungan sebegini di dalam persatuan. Berkali aku katakan.. "jika sudah berkenan, sila masuk meminang, jumpa ibu dan ayah".
Kenapa harus si pemuda mengganggu ketenangan si gadis dengan ayat lamaran yang di waktu itu belum pasti lagi ke mana penghujungnya. Membuatkan si gadis gelisah antara menolak atau menerima. Jika si pemuda mengatakan yang dia melamar kerana mahu menjadikan si gadis sebagai isteri, jadi.. aku katakan "Sudahkah engkau melakukan solat istikharah? Jika sudah, berkahwin lah, minta izin ibu dan ayah".
Si pemuda membalas, "lambat lagi untuk berkahwin, duit simpanan belum mencukupi, kerja belum ada, belajar juga belum habis".
Lantas, aku berkata"jika itu engkau sudah maklum, lambat lagi engkau rancang untuk bernikah, untuk apa engkau melamar dia?"
Dia membalas lagi, "aku takut dia terlepas ke tangan pemuda lain". Adussss, menggeleng-geleng kepala aku mendengar ayat tidak matangnya.
Aku katakan dia tidak matang kerana sebagai ahli gerakan@jamaah yang sudah tahu batas pergaulan, dekat dengan ayat-ayat ALLAH, sentiasa mendengar kuliah hadis, masih lagi tidak yakin dengan ayat ALLAH annur:26. Masih lagi tidak yakin bahawa jodoh pertemuan itu letaknya di tangan ALLAH. Ingat lah teman, jika engkau mengikat dia sekali pun (boleh juga disebut 'berkawan-kawan'), jika sampai masanya nanti untuk kalian mendirikan rumahtangga, dan di saat itu ALLAH mengatakan yang dia adalah bukan jodoh kalian, bukankah sudah terbazir masa dan tenaga yang kalian curahkan sepanjang perhubungan itu? Dan yang paling aku takutkan, andai selepas kalian berkahwin, kenangan lama kalian bersama kekasih@ 'kawan' lama masih lagi tidak dapat dilupakan.. Jadi, sentiasa beringat bahawa setiap apa yang kalian lakukan pada hari ini pasti akan memberi kesan kepada hari muka.
No comments:
Post a Comment