"salam kak...kak kene tolong nua kak..kak nor tak dapat dtg . takde org nak masak utk retreat.."Mesej itu aku terima daripada Adik Anuar. Ketika itu, aku baru 2 hari di bumi Nilai. Ish, semangat ni belum pulih lagi dik...macam mana kakak nak pergi..
Tapi, aku berfikir semula, mengapa andai semangat lemah, kerja dakwah perlu terhenti? Adik-adik pimpinan PJ mahu mengadakan RETREAT di Ampang. Justeru, mereka sebenarnya mahu muhasabah semula segala kekurangan demi pembaikan akan datang. Makanan, jika tiada, hilanglah tenaga. Bagaimana mahu berjuang andai tiada tenaga?
Mahal tambang dari Nilai untuk ke Ampang. Harus tukar train di Bandar Tasik Selatan, dan stesen Chan Sow Lin. Adakah aku akan pergi berseorangan? Alhamdulillah, temanku di Nilai, Alya Farhana mahu ikut menemani dan membantuku menjadi tukang masak..
Ya Allah, kuatkanlah semangatku.. Ya, aku harus ke sana. Mengutip semula semangat daripada sahabat2 dan adik2 usrahku yang lain. Jika aku terperap di Nilai, mungkin boleh mati minda ni. Tak bergerak langsung memikirkan kesedihan yang dihadapi..
Sampai di sana, seperti biasa, tugasku di dapur. Aku tidak ambil peduli perjalanan program yang berlangsung kerana tugas aku sebagai tukang masak punya masa yang cukup terhad. Satu hari, mereka ada empat slot untuk makan sahaja!
Malam itu, aku dimaklumkan oleh Azizan Ajiji dan Kak Ira bahawa Asila, Ali, Halim dan Suhairi akan tiba di sana. Subhanallah, rindunya aku pada sahabat2.. Saat melihat adik2 yang gembira bahkan ada yang menitiskan air mata melihat 'kepulangan' Kak Syira mereka, aku terharu..
Aku menjadi sangat bersemangat, apatah lagi pada waktu malam, kami sama2 bermuhasabah dan adik2 serta sahabat tidak putus-putus memberi semangat.
Ya Allah..aku benar-benar bersyukur kerana Engkau tidak membiarkan aku leka dalam lautan emosi yang menyesakkan. Dihadapanku waktu itu, pejuang-pejuang yang sedang ligat berfikir tentang agamaMu. Bagaimana harus ku layan esak tangis? Aku harus bersama menguatkan mereka..Adik2 sering megutip semangat daripadaku.. Mereka sering menjadikanku tempat rujukan masalah? Justeru mana mungkin harus ku bersedih saat itu?
Entah mengapa, tangan pantas mengetik pada tetikus komputer pagi ini... Sudah lama tidak ku luahkan rasa hati. Mengapa perlu andai aku mampu pendam sendiri? Tetapi, bukankah kita pernah berjanji, tautan rafiq akan kuat saat melawan menah, andai ukhwah terjalin ukhwah fillah? Ketahuilah wahai sahabat, aku di sini sedang diuji dugaan maha hebat...
Ya Allah,
Bagaimana harus ku ungkapkan kata hati.
Andai duka merobek jiwa,
Andai lara menikam nurani,
Hampir meratah keimanan,
Sehinggakan aku terduduk sendirian,
Memikirkan kelemahan diri..
Ya Rahman,
Bicaraku bicara tersembunyi..
Bagaimana mampu ku pamer wajah onar,
Andai dihadapanku berdiri barisan pejuang?
Bagaimana mampu ku lontar sendu hati,
Andai dihadapanku tertancap megah panji syahid abadi?
Ya Rahim,
Sungguh,
Betapa payahnya untuk ku ukir senyum dalam duka..
Betapa sukarnya untuk ku ketawa dalam tangisan..
Andai ini takdirMu untukku,
Ku yakini ada redha dalam air mata..
Kuatkanlah imanku..
Berikanlah petunjuk kepadaku..
Moga tersimpan senyuman di wajah,
Saat matahari bersinar semula..
2 comments:
Di celah kedukaan itu,
tiada kata bisa terungkai,
tiada jawapan sebuah kedukaan,
tiada esak dalam tangisan,
yang ada nyanyian rindu,
lahir dari bebuluh kalbu,
lahir dari secangkir nawaitu.
Dicelah kedukaan itu,
iman sebagai penawar,
akal memacu langkah,
teman penghilang gundah,
atma sekadar bermadah,
namun..
tiada siapa yang sedar..
nyanyian itu berlagu di hati,
Tautan Pencipta Rabbul Izzati,
Kerana-Nya kita di sini,
menyulam secebis iman
moga berada dalam
dakapan Tuhan...
ikhlas..qittun
Allah Tahu apa isi hatimu..
Berusaha mengalunkan takbir
di setiap detak nafasmu..
ingat janji Dia
Nak jadi daie terpilih..
belajar berlapang dada.
-peringatan bersama
syukran qittun...
barrakallahu fik, ya akhi, sodiqi..
terkesima..
kata2 yang benar2 membangun jiwa..
Apalah yang dirisaukan,
Pada sebuah hakikat kehidupan..
Andai ada rasa berTuhan,
Dugaan cabaran ukuran iman..
Semoga diberi kekuatan
Agar diri tidak hanyut dibuai kedukaan...
Post a Comment