Sunday, August 17, 2008

Aku Kembali...

Aku kembali. Ringkas. Jangan ditanya mengapa sudah lama aku tidak mengatur tari pena di blog ini. Sebab aku takkan jawab... Rindu! Memang rindu. Kerana dalam tempoh 'beruzlah' ini, terlalu banyak perkara baru yang aku lalui. Bermacam-macam pengalaman yang Tuhan aturkan untuk aku rasa dan nikmati. Sedap! Memang sedap. Tarbiyyah yang sungguh lazat. Kerana dengan itu baru nurani hati mahu berfikir, apa rencah terbaik untuk menambah kelazatan iman.

Permusafiran selama hampir sebulan yang lalu berwarna warni. Tetapi, cukuplah untuk aku katakan, aku sangat-sangat berterima kasih kepada Tuhan. Permusafiran yang mengajar aku untuk tidak lagi mendabik dada, tidak lagi berasa diri hebat! Permusafiran yang melatih aku untuk kembali menjadi AKU. Siapa aku? Akulah...=) Hanya aku dan Tuhan yang tahu.

Buat keluarga tercinta, ayah, terima kasih kerana menyedarkan anakmu ini daripada terus terleka dalam dunia yang bukan miliknya. Semoga, ayah tidak akan pernah berhenti untuk terus menerus menasihati dan memberi tunjuk ajar kepada kami, anak-anak ayah. Buat mama, tabahlah! Allah sedang mengujimu, mama. Kami sayang mama! Buat along, abang bard, dayah, kuyah dan adam, aku mencintai dan menyayangi kalian! Semoga keluarga kita akan terus dilimpahi rahmat dan kasih sayang Tuhan.

Tuhan, dalam ruang kehidupan ini, Kau tunjukkan jalan yang pelbagai untuk kami hamba-hambaMu memilihnya. Semoga taufiq yang Kau hadirkan melalui kehadiran sahabat-sahabat lama dan BARU ku ini, akan lebih memandu aku dalam permusafiran yang telah Kau taqdirkan untukku.. AMEEN..

Terima kasih buat insan-insan yang telah berusaha untuk mengingatkan aku daripada terus melakukan kesilapan..

(14 Ogos 2008)

No comments: