Monday, July 20, 2009

Buat Tatapan Adik-adikku Tercinta...

Entri ini khas buat mereka yang pernah menjadi adik-adikku, yang pernah menganggap aku sebagai kakak mereka,insyaAllah..

Buat adik-adik..
Yang kini di:
Kediamanku, Taman Melawati
Kediaman keduaku, Taman Jaya, Cheras
IIC
UIAM Nilai
UIAM PJ
UIAM Gombak
UIAM Kuantan
UTP, Perak (zatil..)

Salam ukhuwwah buat semua pembaca yang tercinta.. Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Dia Pemberi Rezeki, yang masih memberi kesempatan untuk diri ini menghela nafas dan menikmati alam ciptaanNya pada saat ini..Salam kasih sehening embun pagi terutamanya buat adik-adik yang kakak cintai sekalian.

Ini bukan surat cinta..
Ini bukan surat wasiat..

Tetapi, ini suara hati..yang berbisik selalu agar dinukilkan buat tatapan kalian semua. Inilah suara hati yang sering berbicara di dalam doa..

Adik-adikku,
Telah ditetapkan Allah, lahirnya kalian di muka bumi milikNya ini sebagai hamba dan khalifah. Siapakah hamba dan khalifah? Merekalah yang akan mentadbir bumi ini, maka jadilah kalian sebagai umat yang terbaik seperti yang dikhabarkan Ar-Rahman dalam kalamNya. Siapakah umat terbaik itu? Mereka ialah yang sentiasa menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, serta beriman kepada Allah.. Maka adik-adikku, bertebaranlah kalian agar menjadi umat terbaik ini, serulah kepada mereka yang medustakan ayat Tuhanmu, katakanlah bahawa apa yang tertulis itu benar, dan janganlah kalian gentar, kerana Allah bersamamu..

Adik-adikku,
Cintai rasulmu, Muhammad s.a.w yang sememangnya perlu kita rindui selalu.. Kenanglah jasa baginda kerana menyampaikan Islam kepada kita. Kenanglah jasa baginda dengan hadirnya baginda s.a.w sebagi qudwah hasanah, sebagai penunjuk jalan dalam mencari kebenaran. Ingatilah baginda Rasulullah s.a.w dalam setiap langkahmu, dan agungkanlah kalian sunnah baginda agar kalian tidak tersesat. Janganlah kalian bertikam lidah dan bermasam muka sesama kalian hanya kerana perkara-perkara remeh berkaitan sunnah baginda s.a.w. Sebarkanlah sunnah yang sahih, dan hapuskanlah bidaah yang batil, yang hanya merugikan dan tidak berfaedah. Berhati-hatilah dengan hadith-hadith dha'if dan maudhu' yang hanya mengelirukan. Sesungguhnya, Rasulullah merindui umat yang merinduinya..


Adik-adikku,
Hormatilah kalian pada kedua ibu- bapamu yang bersusah payah melahirkan dan membesarkan kalian. Taatilah perintah dan suruhan mereka selama mana tidak bertentangan dengan Tuhanmu. Berkatalah kalian dengan mereka dengan perkataan yang baik-baik, dan janganlah kalian mengasari hati mereka dengan tingkah yang menyakitkan mahupun hanya dengusan berbunyi 'ah'.. perlakukan mereka dengan kelakuan yang baik. Cintailah mereka dengan segenap hatimu, kerana selayaknya, merekalah pemilik cintamu setelah Allah dan Rasul..Hargailah setiap keringat ayah ibu yang gugur hanya kerana kita, anak-anaknya..tahulah kalian akan erti berterima kasih!

Adik-adikku,
Mehnah dan tribulasi, telanlah sebagai juadah. Tiada dakwah tanpa susah payah. Tiada kemenangan tanpa usaha, tiada kesenangan sebelum kesusahan.. Maka, janganlah kalian takut, dan janganlah kalian bersedih hati kerana kemenangan itu pasti! Janji Allah pada hambaNya takkan pernah dimungkiri.. Yakinlah, bahawa setiap titis keringat, dan air mata yang gugur itu tinggi nilainya di sisi Allah. Saksikanlah bahawa pertolongan Allah itu hampir bagi mereka yang bersabar, dan bangkitlah, kibarkan kembali panji-panji kebenaran!



Adik-adikku,
Kaki hanya mengikut rentak tari Pena taqdir yang telah pun tercoret sejak lauh mahfuz lagi. Tiada upaya yang lebih berkuasa melaikan Qudrat dan 'IradatNya. Redhalah dengan segala ketetapan Tuhanmu yang Maha Mengetahui sedang kalian tidak mengetahui. Berlapang dadalah dengan ujian TuhanMu yang seharusnya kalian syukuri, dan lihatlah apa di sekelilingmu dengan pandangan mata hati. Pandanglah ke langit biru, dan halakanlah mata ke arah air yang mengalir..rasailah nikmat angin yang semilir dan seraplah kepanasan mentari yang memancar tanpa jemu..kerana semuanya punya tanda-tanda kekuasaan Tuhanmu yang Menciptakan, hanya bagi mereka yang berfikir..



Adik-adikku,
Semailah rasa cinta pada Allah melebihi segala cinta yang cuba kalian miliki. Pejamkan matamu adik-adikku, dan rasailah kasih sayang Tuhanmu yang menciptakan siang dan malam silih berganti. Rasailah betapa hampirnya Tuhanmu yang Maha Mendengar segala isi hati yang tersembunyi, yang Maha Faham segala ratap sayumu saat jatuh tersungkur, yang Maha Kasih padamu saat kalian teresak kesedihan menghadapi pemergian insan tersayang, yang Maha Adil saat kalian merasai kekejaman dan kezaliman serta penindasan ciptaan manusia yang tidak takutkan azab SaqarNya, yang Maha Melindungi saat kalian ketakutan dihimpit amukan nafsu rakus manusia berpenyakit wahan, yang Maha Memberi saat kalian merasai asakan bebanan hutang yang semakin menimbun, dan yang Maha Penyayang andai jiwa dilanda kabut ketandusan kasih sayang daripada mereka yang kalian kasihi..





Ahh, terlalu banyak nikmat yang diberi Ar-Rahim, dan tidak terhitung andai dihimpun seluruh lautan di dunia ini jika dibandingkan dengan nikmat karuniaNya.. Janganlah kalian berjalan di muka bumi ini dengan sombong, dan beringatlah akan kalian hidup kita yang ibarat musafir lalu, singgah sebentar di bawah pohon, mencari dan mengumpul bekalan, dan akhirnya menuju ke gerbang akhirat..


Genggamlah Al-Qur'an, dan ingatlah akan kematian yang pasti akan bertamu tanpa kita ketahui saat dan waktu. Ingatlah kalian pada pemutus segala nikmat dan angan-angan dan ingatlah akan kalian hakikat kematian yang akan datang merenggut segala keindahan palsu ini. Janganlah kalian gentar menghadapinya, jika kalian hamba yang taat dan sering berbuat kebajikan. Yakinlah bahawa mati itu jalan untuk bertemu Tuhan, cinta teragung yang wajib kita bertarung jiwa dan raga demi mempertahankannya..



Adik-adikku,
Berhati-hatilah kalian dengan nafsu yang tiada puas. Berwaspadalah kalian pada keindahan dunia yang menipu. Hakikat kehidupan ini hanyalah sementara. Manfaatkanlah masamu hanya untuk Sang Pemilik Waktu. Bila waktu telah terhenti, teman sejati hanyalah amal..Salurkanlah harta kekayaanmu pada jalan yang dimiliki Dia yang Memiliki segala kekayaan. Janganlah kalian menjadi insan yang merugi, kerana kelak kalian akan dibangkitkan kelak dengan penuh penyesalan! Janganlah dibiarkan diri hanyut dibawa arus duniawi, dan rendahkanlah dirimu dengan ketinggian Dia yang Maha Tinggi, agar kalian terus diangkat dijulang dikalangan hamba-hambaNya yang mencari keredhaan..

Adik-adikku,
sesungguhnya, diri ini cukup-cukup berutung diberi peluang untuk bergelar kakak buat kalian..kerana kalianlah jalan-jalan yang Allah tunjukkan untuk diri ini beramal.. Namun, kakak hamba biasa, sama seperti kalian yang punya matlamat yang sama, mencari redha Illahi Rabbi..maafkanlah segala kekhilafan, keterlanjuran kata, keterlebihan tingkah yang barangkali menjelikkan, dan hadirkanlah kata-kata nasihat andai kakak tersesat.. Sesungguhnya, kalianlah mutiara hatiku, penyambung rantaian perjuanganku andai aku ditakdirkan gugur kelak dan kalianlah penerus pembawa risalah dakwah baginda Rasul s.a.w, semoga kita dibangkitkan bersama-sama syafaat baginda yang telah dijanjikan pada kita umat yang mengingatinya..

Allahumma solli 'ala muhammad ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim..

Wallahu'alam..
Tinta Ad-Durrah
12.44pm
Teratak Indah Milik Allah

Thursday, July 9, 2009

Kembara Sekinchan: Berbahagialah Kau Di Sana..

Isnin : 6/7/09
(Taman Melawati, Kuala Lumpur)

Petang itu, kira-kira jam 2pm, aku bersama Akh Syazman (wakil Nasyid.com, juga mewakili Abg Razin) serta Faridah, Ina dan Sabarina memulakan perjalanan kami untuk menziarahi keluarga Allahyarham Muhammad Nabil bin Marwan. Perjalanan ke Sekinchan, Selangor mengambil masa kira-kira 2 jam.

Sebenarnya, hati agak berdebar kerana aku bukanlah sahabat baik arwah. Kami hanya kenalan di dalam kelas sahaja. Namun, entah kenapa aku berasa bertanggungjawab untuk mewakili beberapa sahabat baik arwah yang tiada kelapangan untuk ke sana.

"Salam dik...nta datang pengkebumian Nabil?" -aku

"Salam..ana xdpt pegi kak..klu ana pegi pn, xkan smpat dh nk tatapi wajahnya. ana nun jauh kt kelantan.."-mustaqim

Panduan untuk memudahkan kami mencari rumah arwah aku peroleh dari Madam Harlina, pensyarah Physic 2 dan Physic Lab sewaktu di Pusat Asasi dulu.

"Berdebar apenye..pegi je..Jangan risau. Kamu cakap la dekat keluarga dia, kamu rakan sekelas..takde ape nak disegankan.." -Madam Harlina.

Rumah Pak Cik Marwan

Alhamdulillah, kira-kira jam 4pm, kami tiba di kediaman arwah. Kak Nor, kakak arwah menyambut kehadiran kami dengan wajah yang cukup tenang. Setelah aku memperkenal diri sebagai rakan arwah semasa di UIA PJ, kami dijemput masuk ke ruang tamu.

Rumah Pak Cik Marwan dan Mak Cik Norida kelihatan cukup-cukup tenang namun masih dalam keadaan suram. Ruang tamu mereka bersebelahan dengan mini library. Tersusun kemas kitab-kitab agama dan beberapa buku rujukan. Seketika kemudian, Kak Nor dan adiknya tiba membawa air sirap dan roti kering. Bersusah payah mereka memuliakan tetamu walaupun masih dalam keadaan sedih. Aku diselebungi rasa bersalah.

"Adiknya semacam muka arwah.."- ujarku

"Eh, mana ada.." katanya sambil ketawa kecil.

Tidak lama kemudia, seraut wajah tenang namun masih menampakkan mendung yang bersarang tiba menyapa kami.. Barangkali ini ibu arwah, bisik hatiku. Subhanallah, wajah arwah saling tak tumpah seperti ibunya!

"Assalamualaikum..."ujarnya lembut dan terus bersalaman denganku dan sahabat yg lain.

"Wa'alaikumussalam.."

"Kawan Nabil dari UIA ya? Susah-susah saja datang dari jauh, minumlah airnya tu.." pelawa ibu Nabil. Mak Cik Norida bertutur berbunyi loghat Jawa.

"Maaflah, datang tak dijemput..tapi, hadirnya saya petang ni kerana arwah kenalan saya, juga saya mewakili sahabt-sahabat baik arwah yang tak dapat bagi penghormatan terakhir pada arwah.."

"Tak adalah..dialu-alukan..Mak cik faham. Kawan Nabil ramai..waktu di hospital dulu, doktor asyik kata, 'Eh kau ni Nabil..semua yang datang wad ni semuanya kawan kau..famous betul!'..mak cik dah biasa dah.."

"Mak cik..wajah arwah saling tak tumpah macam mak cik ye..anak emak.."

"Hmm..dia sorang saje yang ikut mak cik..sorang tu je..dan sorang tu lah yang tinggal mak cik dulu..yang lain semua ikut muka ayahnya.."

"Kalau dengan adik beradiknya yang lain, selalu diejeknya Nabil, 'Eii anak emak..hidung ikut hidung emak..' Nabil selalu saja menjawab 'Biarlah, aku memang anak emak. Hidungku ikut hidung emak, ada batangnya..kau orang tiada batangnya..'..Nabil- nabil..begitulah dia..diejeknya yang lain-lain sebagai anak emak.." sesekali kelopak air mata Mak Cik Norida berair, namun cepat-cepat disekanya agar tidak jatuh.

"Arwah memang sakit ke sebelum ni mak cik? Macam-macam cerita mengenai arwah yang saya dengar..senang sikit, dah jumpa orang yang ahli, emaknya sendiri...apa sebenarnya penyakit arwah, mak cik?"

"Eh..Nabil takde sakit apa-apa.. Mulanya, bulan 4 dia sakit. Mak cik saja belek-belek tapak tangan dia, terkejut mak cik tengok pucat. Mak cik bagitahu dia, 'Bil..pergilah kau jumpa doktor, pucat ni..tapak kaki kau pun pucat mak tengok ni..' macam biasalah Nabil, 'Mane ade mak..mane ade pucat mak..', tapi mak cik paksa juga dia pergi..pergilah dia. Doktor pun terkejut sebab meter tu dah tak boleh berhenti, maksudnya darah terlalu kurang sampai tak boleh nak ambil bacaan.. Lepas tu, 2 minggu dah ok dah...tiba-tiba dia demam pulak. Demam tu yang lama..sampai sebulan di hospital..sampailah ajalnye.." kali ini mak cik Norida semakin sebak. Namun masih sempat tersenyum dan kembali menceritakan gelagat arwah.

"mak cik sedih tengok dia..mak cik menangis..Ye la kan, anak mak cik.. Tapi setiap kali mak cik menangis, sembunyi-sembunyi pun Nabil mesti tahu.. 'Mak menangis mak..?' mak cik tak boleh nak sorok..'Mestilah mak menangis Bil..kau tu anak emak..Mak yang mengandungkan kau, melahirkan kau, membesarkan kau sampai besar panjang macam ni, mestilah mak sedih tengok anak mak macam gini..' tapi dia tenang je..dia bagitau mak cik, 'Mak..jangan menangis mak..redha mak..redha.. Redha mak... Kita hak Allah, Bil hak Allah.." akhirnya air mata Mak Cik Norida lerai jua..cepat-cepat aku tenangkan Mak Ci Norida, dan segera aku mengubah topik perbualan, tetapi belum sempat aku bersuara, Mak cik Norida mencelah lagi..

"Makcik memang akan ingat kata-kata dia.. redha mak..redha..kita semua hak Allah.. Dia tu demam teruk sangat. cecah 40 darjah. Doktor kata pada mak cik, kalau orang lain dah pengsan, tak boleh dah nak bercakap, tapi Nabil tu kuat.. Bila mak cik tanya dia, kau tak panas ke Bil.. dia cakap takde mak..Bil rasa sejuk je mak..tak panas pun.."

"Mak cik..arwah sungguh mulia..perginya arwah menghadap Allah malam jumaat. Tak da apa yang mak cik patut kesalkan..Mak cik, saya bukan sahabat baik arwah, tapi kenapa saya di sini, kerana saya merasai kewujudan arwah walaupun tak pernah saya berbual dengannya. Nak sampaikan juga salam daripada sahabat baik arwah, Mustaqim. Arwah dengan Mustaqim macam belangkas kalau dalam kelas.. Itulah mak cik..Nabil pergi tinggalkan kami ruh perjuangannya..terutama sahabat-sahabat yang satu saf kepimpinan dengannya. Arwah tinggalkan kami nasihat-nasihatnya, dan ilmunya yang akan kami manfaatkan, mak cik.. Ini semua akan tolong arwah selama arwah di alam sana.."

"Yelah.,betul tu...Terima kasih lah nak.. Mak cik pun tak sempat nak ucap terima kasih kepada kawan-kawan dia yang datang tolong di hospital sampai lah sehingga ke pengkebumian dia..tolong sampaikan pada mereka ya?"

"InsyaAllah.."

Tiba-tiba,

"Assalamu'laikum..oh, kawan-kawan Nabil ya. Patutla ada kereta di luar sana. Ingatkan siapa. Tapi pastinya kawannya Nabil..dari UIA ya? Maaflah pak cik ada hal tadi. Uruskan surat mati arwah, baru saja pulang dari Hospital Teluk Intan.." -Pak Cik Marwan. Kali ini dengan loghat Jawa yang lebih pekat. Nabil pasti mewarisi kecerahan kulit Pak Cik Marwan. MasyaAllah, dalam pada pak cik sedang mendengar perbualan kami, aku terpandang gerak jari beliau yang sedang berzikir. Patutlah Nabil mantap..ayah dan ibunya juga mantap!

"Pak cik Marwan ya? Takpe pak cik..kami pun baru je sampai.."

Pak cik Marwan banyak berbual dengan Akh Syazman. Namun sekali sekala mencelah,

"Nanti kalau mahu ke kuburnya arwah, di hujung sana saja. Dekat. Ini pun pak cik baru saja pulang dari kuburnya arwah. Ada pokok jejarum yang masih belum ditanam. Betul-betul depan pintu masuk. Hai..si Nabil punya hal, tadi baru saja Pak Cik menangis lagi..Hehe. Iyalah, selalu ke hospital adanya Si Nabil, sekarang pergi ambil surat matinya pula. Sebak juga. Hari-hari pak cik bermalam di sana, seminggu terakhir tu tak tidur pak cik.." pak cik Marwan berbicara sambil ketawa kecil, namun pak cik sendiri akui kesedihannya kepada kami.

Seketika kemudian, azan berkumandang, menandakan masuknya waktu asar.. Kami mengambil keputusan untuk beredar. Pak cik Marwan memeluk erat Akh Syazman dan Mak cik Norida memelukku. Pelukannya cukup kuat dan air mata kami sama-sama lepas di situ..

"Mak cik, saya dah takde mak. Arwah mak meninggal tahun lepas, ramadhan dan arwah ada mendoakan arwah mak saya.. tak sangka arwah juga menyusul.."

"iyalah..sudah sampai masanya.. Nak, terus doakan Nabil ya! Jangan putus-putus doakan arwah ya! Kalau ada salah silap arwah, harap dimaafkan..kalau ada hutang apa-apa, jumpalah kami terus ya..sampaikan pada kawan-kawan.." mak cik Norida mengemaskan pelukannya dan mengucup pipiku. Sayunya hatiku tak tertahan lagi, dan akhirnya aku terpaksa meleraikan jua dek kerana kesuntukan masa.

Selesai bersalaman, kami beredar ke kereta dan mereka menghantar kami dengan lambaian dan senyuman sehinggalah tidak kelihatan lagi kelibat mereka.

Akhirnya, kami tiba di Tanah Perkuburan Batu 23, Sekinchan, di mana arwah Nabil dikebumikan. Aku sebak sebaik sahaja melihat kubur yang dimaksudkan.. Di sini kau dik..bergembira di sini kau, Dik Nabil..

Tanah Perkuburan Islam Batu 23, Sekinchan
Peringatan Illahi Rabbi..

Pusara Muhammad Nabil bin Marwan

Aku duduk dan bertafakur sebentar. Menghayati peringatan yang diberi Illahi. Pasti, suatu hari nanti aku di sini..


Al-Fatihah dan Yasin buat Dik Nabil

Dik Nabil, ana hadiahkan nta bacaan Al-Fatihah dan Yasin dik..
Dik Nabil..kami akan menyusul langkahmu..
Dik Nabil, nta tinggalkan kami ruh perjuangan nta yang tidak pernah padam, ana pasti dik, ramai sahabat-sahabat nta di luar sana yang akan meneruskan perjuangan nta..
Bahagialah nta di sana Dik Nabil..
Berbahagialah nta menemui kekasih nta, Dik Nabil..
Berbahagialah!

Dan, aku seolah-olah dapat melihat arwah seperti tersenyum memandang kami..

Dik Nabil..ana pergi dulu. Tinggallah nta bergembira di sini Dik Nabil..
Kami akan menyusul Bil..kami akan menyusul..

Indahnya pusara Nabil..pasti di dalamnya punya taman-taman syurga..
Akh Syazman (wakil syarikat rakaman & produksi Nasyid.com)


Sekali lagi aku menghadiahkan Al-Fatihah buat arwah, dan seketika kemudian, kami bertolak pulang ke Hulu Kelang semula.

Sesungguhnya, kembara kali ini membawa ku ke daerah baru untuk lebih dekat dengan Tuhan. Untuk aku benar-benar mencari redha Illahi yang aku sebut-sebutkan selama ini. Dik Nabil, pemergian nta benar-benar memberi kesan kepada kami semua. Sahabat yang budiman..semoga pengakhiran kita juga husnul khatimah!

Sunday, July 5, 2009

Inilah Senyuman Shahid Abadi!!



2/7/09..11.51 pm, Pulau Tioman; "Give thanks to Allah..for the moon and the skies" -nada dering menandakan mesej masuk..
Bayu laut malam itu cukup-cukup membuatkan jari jemari yang menggeletar menahan sebak, semakin kesejukan..Aku kaget saat menerima mesej masuk selewat itu. Selalunya, jam 11pm sudah tiada apa-apa mesej yang masuk. Sebelum aku membaca mesej yang dikirimkan sahabat baik Arwah Nabil, aku cuba untuk husnu dzhon..'mungkin Nabil dah stabil!'..Tetapi debaran semakin kuat di dada, perutku mulai senak. Bermacam-macam tanggapan mula hinggap di kepala..dan..

"Salam. Nabil br je kembali ke Rahmatullah. Ana pohon sgt2 agr shbt2 dpt sdeqahkn Al-Fatihah utk Nabil.Syukran.Fwd"- Akh Su'aidi

Innalillahi wa innailaihi raaji'uun..Allahuakbar!! Benar..benar sangkaan burukku menjadi kenyataan. Lalu cepat-cepat aku kembali bersangka baik, 'Ya Allah mulianya arwah..malam jumaat ni!'

Terima kasih tak terhingga buat Akh Su'aidi kerana menjalankan amanah dengan baik, memaklumkan pada ana keadaan arwah..ana yakin, ana antara yang terawal yang tahu..

Mana tidaknya, sebaik sahaja mesej aku forwardkan...

"Salam kak! betul ke ni?? Takde sape2 mesej pun lagi! Akak biar betul..kite tanya Faizah, Faizah pun tak tau ape2.."- Rokiah

"Betul dik...Nabil dah pergi tinggalkan kita ruh perjuangannya...Malam jumaat Nabil diangkat bertemu Tuhan..Mulianya dia dik.."-aku..

Dan sepanjang malam itu, aku tidak henti2 dihujani mesej mengenai khabar arwah yang telah selamat kembali ke Penciptanya..

Terima kasih siti fatimah...kerana menerima amanah syira..Amanah agar meng'update'kan blog pada malam itu juga!

Bayu laut berpuput lagi...kali ini cukup-cukup tenang.. Namun jiwaku resah..Aku tidak tahu bagaimana mahu menenangkannya. Aku pandang awan gelap..tertanya-tanya, apakah Nabil Marwan di atas sana? Bunyi ombak menghempas pantai menambah lagi kesayuan kerana aku terasa seperti jiwaku kosong...

"Arwah sangat-sangat cintakan zikir dan qasidah.. Setiap kali sebelum usrah, arwah akan ingatkan kami untuk berselawat kepada Rasulullah.."-sahabat

Aku terus berlari ke chalet tempat kami menginap. Lalu, aku mengambil wudhu' agar jiwa dan perasaanku semakin tenang. Saat ini, syaitan yang menguasai diri. Dibisikkannya kepadaku supaya meratapi pemergian Nabil Marwan! Mana mungkin! Tidak..Tidak boleh bersedih, kerana aku beriman bahawa mati itu pasti...mati itu hak yang tidak mungkin dapat kita elak! Masakan aku mahu bersedih sedangkan Allah gembira menerima hambaNya yang soleh itu kembali ke dalam jagaanNya?

Segera, aku bersolat sunat, dan kali ini aku tidak dapat menyembunyikan lagi keresahan dan kesedihanku..Bukan kerana aku tidak dapat menerima kenyataan arwah telah pergi,Aku sayu kerana tidak dapat menziarahi arwah, dek kesuntukan masa. Aku mula berkira-kira untuk balik ke Kuala Lumpur, tetapi semua itu mustahil! Aku juga sedih kerana aku tertanya-tanya, mampukah aku disayangi Allah seperti mana arwah disayangi..

Sudahlah diuji dengan kesakitan luar biasa yang para doktor sendiri sudah buntu memikirkan punca, ditambah pula dengan pemergian arwah yang bertemu Tuhan dalam bulan Rejab dan malam Jumaat.. Arwah juga mampu bercakap dan tersenyum beberapa jam sebelum dijemput Izrail..

Ya Allah, berikan kekuatan kepada sahabat2 arwah agar terus gagah memperjuang agamaMu, Tuhan..

Saat tangan menadah do'a, aku kembali teresak-esak. Aku tertanya-tanya, apakah Allah sayangkan aku sepertimana Allah sayangkan Nabil? Mampukah aku menjadi hebat seperti Nabil?

Aku bukan hafizah...
Aku bukan naqibah...
Aku bukan hamba yang dikelilingi orang-orang soleh, mereka semua jauh di perantauan..aku di sini keseorangan, meneruskan perjalanan dakwah fardhiyah. Jauh sekali untuk berjemaah..
Aku baru sahaja mengenal siapa Tuhanku dalam tiga tahun ini..(buat mereka yang mengenali aku sebelum ini, kalian mengetahuinya...)
Aku tiada jundiy yang akan meneruskan perjuanganku andai aku tiada..
Aku bukan 'arif bab-bab agama..
Aku hamba hina..
Aku cukup-cukup kerdil untuk dibandingkan dengan arwah..
Mahukah Tuhan melihatku kelak?
Mahukah Tuhan menyayangiku?
Mahukah Tuhan mengambilku pulang sepertimana Nabil menemuiNya?

Tuhan, tunjukkanku jalan agar dapat aku lalui kemanisan beramal sepertimana arwah Nabil melaluinya.. Tunjukkan aku jalan agar aku dapat menjadi hamba yang dicintaiMu selalu..



beginilah arwah..masih tersenyum walaupun sedang menderita..


"Marilah kita sama-sama muhasabah diri, mungkinkah Ramadhan kali ini, Ramadhan terakhir untuk kita?"-arwah Nabil sewaktu menyampaikan tazkirah pada Ramadhan tahun lepas..

Ya, itulah Ramadhan terakhir buatmu..dan ku yakini kepuasanmu dalam beramal! Aku terkenangkan pembentangan kumpulan ketika PBL Biologi 2, arwah menjadi melakonkan watak Amir Hafiz, pesakit buah pinggang.. Seolah-olah menjadi kenyataan pula sewaktu arwah 'tiba-tiba pengsan'..'hilang selera makan'...Allahu'alam..

Selesai sahaja bermunajat malam itu. aku kembali ke beranda chalet. Menikmati bayu laut dan suara ombak beralun..tenang.. Terlalu tenang. Seketika kemudian aku teringatkan lagu Layar Keinsafan nyanyian MESTICA yang juga lagu kegemaran arwah. Alhamdulillah sempat aku maklumkan pada Abg Razin MESTICA dan terima kasih buat Akh Syazman kerana membantu update pada Abg Razin. Sahabat yang budiman, ana sertakan lirik lagu Layar Keinsafan yang pasti, pada secangkir memori sahabat-sahabat baik arwah, terlakar butiran permata hikmah, dan kilauan muhasabah yang dapat kita jadikan pedoman bersama..

Al-Fatihah..

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora


Friday, July 3, 2009

Nabil Marwan ditaqdim Allah S.W.T...

Allahyarham Nabil Marwan, sewaktu membuat persembahan nasyid bersama kumpulannya di Pusat Asasi UIA, PJ...allahyarham tiga dari kiri


"Assalamualaikum..nabil shbt yg sgt kita cintai krn Allah S.W.T telah selamat kembali ke rahmatullah...mtk shbt2 hadiahkan Al-Fatihah ( 7x) & Al-Ikhlas (11x)...smoga roh allahyarham ditempatkan dkalangan auliya' & solihin"


Demikian mesej yang masuk ke inbox telefon bimbit adik saya lebih kurang jam 12 tengah malam tadi.Pada waktu itu kami sedang menikmati makanan di luar selepas abang menjemput kami di Stesen Komuter Seremban. Saya yang ditemani adik baru sahaja pulang dari Kuantan.Segera saya menyedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham sambil diri mengaguminya kerana dia insan bertuah yang dijemput Ilahi pada malam Jumaat, Allah sangat rindu untuk bertemu dengannya. Alhamdulillah...kalimah yang terpacul dari mulut saya sebaik sahaja teringat bahawa malam itu merupakan malam Jumaat. Allahyarham meninggal akibat menderita sakit kanser yang hanya Allah dan dirinya sahaja yang tahu akan keperitannya menanggung sakit tersebut. Alhamdulillah, allahyarham Nabil Marwan pergi dalam keadaan khusnul khatimah..InsyaAllah.


Terus mendoakan sahabat-sahabat dan ahli keluarga kita yang telah pun pergi dan yang masih hidup, tidak lupa buat sahabat-sahabat, saudara seislam dan juga kedua ibu bapa kita yang masih hidup. Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat insan-insan ini, dan bukan hanya untuk mereka yang telah pergi menghadap Ilahi.Moga Allah tempatkan allahyarham di kalangan orang-orang yang soleh dan semoga rohnya dicucuri rahmat...Ameen Ya Rabbal Alamin...


"Maha Suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, dan Dia MahaKuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya, Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun"

(Al-Mulk:1-2)


Semoga Allah jauhkan diri kita daripada hambaNya yang disebutkan dalam Surah Al-Anbiya ayat 1 ini:

"Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat)"


p/s: Untuk pengetahuan sahabat2, sewaktu entri ini ditulis, Syira berada di Pulau Tioman dan dia meminta tolong saya untuk mengemaskini blog ini bagi pihaknya. Kepada syira, ct tau syira kuat, syira dh banyak kali diuji n i know u can face this one, kuatkan semangat syira, dia pastinya sedang bergembira di sana, InsyaAllah.Kita yang masih hidup ini, teruskan kehidupan dan kita apa yang kita inginkan hanyalah keredhaan dariNya. Orang yang bijak adalah org yang sentiasa mengingati mati, sama2 ambil iktibar daripada setiap peristiwa yang kerap kali berlaku sejak akhir2 ini dan peristiwa tersebut sememangnya berkait rapat dengan kita sebagai hambaNya yang pasti akan pergi suatu hari nanti.


Yang menulis,


Tuesday, June 30, 2009

Tabahlah Adik Nabil Marwan...

~Nabil Marwan~

Beliau hanya kenalan di dalam kelas... Tetapi beliau tetap hamba Allah yang aku kenal sebagai seorang rakan dan kawan. Biarpun tidak pernah berbual, tetapi kewujudannya di dalam kelas dirasai. Seorang yang punya anugerah kurnia Allah yang sangat hebat. Beliau seorang hafiz, graduan Program Persijilan Darul Qur'an JAKIM- UIAM, generasi ke-7. Juga punya bakat suara yang sangat lunak, dan inilah yang membuatkan Adik Nabil Marwan tidak luput diingatanku..

Juga kerana bakat inilah juga, aku dan Adik Nabil Marwan pernah bertegur sapa sewaktu Majlis Berbuka Puasa Kelab PERKIM Universiti, tahun lalu.

"Erm..adik2, pergilah makan dulu, dekat luar tu ada meja.."aku

aku berasa serba salah kerana mereka tidak dilayan dengan baik, walaupun berpenat lelah membuat persembahan dihadapan tetamu kehormat yang hadir. Majoriti daripada kumpulaan nasyid IQ-nig, rakan sekelasku. Azri, Rafli, Nabil sendiri dan beberapa lagi yang aku terlupa nama.

"Erm, ada kerusi lebih tak? Tak berbuka sekali ke?" tanya beliau.

"Takpe2, korang berbuka dulu. Ada apa-apa bagitau akak ye!"

Ringkas. Perbualan yang cukup singkat. Tetapi, atas dasar ukhwah fillah, kenangan itu masih segar di ingatan.

"Semakin jauh ku dariMu..semakin dekat pula Kau menghampiri daku.."

Antara lagu-lagu yang dapat aku ingat dengan jelas yang pernah beliau nyanyikan sewaktu di dalam kelas sementara menunggu Madam Harlina masuk mengajar. Beliau selalu bersama Mustaqim, dan memang kegemaran merekalah untuk menyanyi di waktu lapang. Sehinggakan sewaktu slot tazkirah ringkas (5-10 minit sebelum kelas fizik bermula), beliau masih mengekalkan identiti sebagai seorang penasyid yang hebat! Walaupun hanya mengenali beliau secara jauh, namun kehebatan beliau ketika menyampaikan tazkirah dengan berkesan benar-benar aku rasai, kerana sehingga ke saat ini aku masih ingat akan kisah mengenai pelacur dan anak-anaknya yang beliau ceritakan kepada kami!

Saat entri ini aku tulis, barangkali beliau masih bertarung nyawa dengan penyakit yang dihidapi dan sedang terlantar di hospital. Entah mengapa, aku begitu terkesan, Ya Tuhan.. Pada pandanganku sebagai hamba yang hina ini, yang cukup terhad pengetahuan, aku berasa cukup-cukup sedih mendengar khabar bahawa Nabil Marwan kini punya peluang yang sangat tipis untuk meneruskan kehidupannya..

"Salam. URGENT. Keadaan Nabil (IQ-nig) skrg tenat. Hatinya bgkak. Dktor kata harapan nabil tipis. Organ dlm rsk. Dminta ab2 skalian buat solat hajat khusus u nabil. Fwd"- rakan2

"penyakit dia anemia. krg drh mrah..pd awlnya skit dia da bransur pulih. tp x smpai sminggu plg dr hospital dia kna dmam chikugunya..brmula dr saat itulah skit dia smakin parah. skrg kuman da merebak hmpir ke sluruh bhagian badan..Hnya kuasa Allah je la yg mmpu bntu dia.."-mustaqim

"Salam..ana bru lpas mlwat nabil marwan..sedih tgk keadaan nabil..x brape stabil..nmpak kurus cekung..tapak tgn n kaki nmpak bengkak..hati ngnorgan dalaman mmbgkak n drh merah serta drh putih smkin brkurangn..doc sndiri pn da btau yg pluang utk dia survive sgt tipis..skrg ni phk hspital tgh tggu keadaan dia stabil sket utk buat ultrasound..ana dgn rasa rndah diri mrayu kpd para shbt utk sama2 mndoakn smoga nabil marwan smbuh..-hmba Allah-fwd" mesej foward dari Rokiah.

Tuhan...aku bukan kenalan rapat beliau, namun beliau tetap saudaraku sesama Islam..

" Ya Allah, telah Kau kurniakan kepaada Adik Nabil Marwan kebolehan dan bakat yang mampu menjadikan beliau seorang dai'e yang hebat.. Maka Ya Allah, dengan kekuasaanMu yang bilamana Kau katakan Kun Fa Yakuun, maka akan musnahlah segala kuman-kuman yang menyerangnya, akan pulihlah segala kerosakan tubuh badannya, akan bertambahlah kekuatan dirinya, dan akan bangkitlah dia daripada kesakitan yang dialaminya.. Dan dengan izinMu , Tuhan Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang, insyaAllah, akan berdirilah Nabil Marwan sebagai hambaMu yang sangat-sangat bersyukur atas anugerah nikmat kesihatan yang dimilikinya semula.. Maka, dengan izinMu Ya Allah, yang punya segala kekuatan Shifa'Mu.., Nabil Marwan pasti akan terus menerus memastikan agamaMu dijulang bersama kekuatan sahabat-sahabat yang sentiasa membahu gagah...Ameen Ya Allah..Ameen Ya Rabbal 'Alameen.."

Tabahlah, Adik Nabil Marwan.. Doa kami sentiasa mengiringimu!
Ya Tuhan, perkenankanlah doa kami, sahabat-sahabatnya..Ameen..

Tag From Khaulah...=)

Salam'alaik..hampeh c-la..punye la lari dari di-tagged..alik2 awak ngan CT tag kite...huhu..memandangkan kalian insan yg ku sayang..ku kasih...aku gagahkan jugak! uhh...tidak..huhuhu=)

1. What is the most important thing in your life?

Thing tu benda kan?? Humm

Al-Qur'an, Handphone, My Laptop, & The most recent religious books! (u know how much I'm in love with books!)


2. What is the last thing that you bought with your own money?

hmm... Life is An Open Secret : Ramadhan Special, ngan novel Mukjizat Cinta
(2 hari lepas..)

3. Where do you wish to get married?

akad nikah: Masjid Wilayah
walimah: Dewan terdekat la...taknak wat kt umah..
(nak bagi ayah rileks..takyah penat2 nak kemas umah..)

4. How old do you think you will be permanently owned by your love?

wallahu'alam...entah tanyalah si dia! Huuu..Allah yang tetapkan semuanya kan..=)

5. Are you in love?

Yup! Definitely! In love with Allah..with my family, sahabah...and books! huhu..

6. Where was the last restaurant you had dinner?

Kunang-Kunang: Last Father's Day celebration. Time tu jumpe Amir(budak ALLHS classmate mardhiah kt matrik dulu) dia wat part time..Terkejut dia tengok family kami yg sangat ramai..huhuhu..

7. Name the latest book that you bought?

Life Is An Open Secret: Ramadhan Special
Mukjizat Cinta

8. What is your full name?

Nurul Syahirah binti Mohd Jamel

9. Do you prefer your mother or father?

I wish I could choose my mother...but since now she's gone..
enjoying herself meeting Allah..huhu,
I would choose MY FATHER..love u dad.. =')

10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.

Nak sangat jumpe Rasulullah s.a.w...
Nak tanya baginda macam mana baginda sangat-sangat tabah dalam berdakwah..
Bukan macam aku ni, umat yang lemah..sikit2 mengeluh...ahh!!


11. Christina or Britney?

Entah.. Adam kate Christina lebih ok daripada Britney

12. Do you do your own laundry?

Yes..sape lagi nak buat.. Tapi washing machine la..

13. The most exciting place you want to go?

Makkah Al-Mukarramah
Redang& Perhentian Island again..Uhh..
I love the nature beauty of Terengganu!!


14. Camera or MP3 or Handphone?
Handphone la..
Tapi handphone ni tak secanggih c-la punyer..huhu
Nanti la bila2 beli baru..

15. Point out 5 things about the person who tagged you.

1. nama dia c-la..sayang dia sangat2..
2. Dia suka buat nescafe kat saye time kt matrik dulu..
3. Dia ajar saye buat maggi dengan cara yg selamat..haha!!
4. Saye paling rindu nasihat dia yg sangat2 menusuk kalbu!
5. Serius, dia suke ingat birthday semua orang!

16. 3 things I am passionate about

- reading..
- cooking..
- watching tv..
(semua ni hanya dapat aku buat bila di rumah saje..)

17. 3 things I say too often

- ape cerr..(tah sape ajar tah!)
-
ya Allah..(sengau ckit bunyinye..style abg kemey..haha)
- oh ek?? (dengan muka blurr..aida tau cmne..hehe)

18. Book I’ve read recently

The Book of Guidance..Al-Qur'an, and Mukjizat Cinta

19. 8 songs I could listen to over and over again

- Sebelum Terlena
- Apa Yang Kau Tahu
- Laskar Pelangi
- Cahaya-kris dayanti
- Sebelum Cahaya- Letto
- Inspirasi Hati
- Give Thanks To Allah -zain bikha- ini ringtone msg aku..
- what I've done- Linkin Park
(Transformers 1 punye theme song)

20. 3 things I learned last year

- blajar hidup tanpa insan tersayang di sisi, mamaku..
- blajar menghargai apa yang ada di sekeliling aku..
- blajar merindui! betul3...

21. 8 people to tag
1. aida
2. ct fatimah
3. athirah
4. kak ira & imtinan
5. mardhiah
6. mu'iz
7. halim
8. aliemran