Sunday, November 1, 2009
Mengapa PERJUANGAN Itu Aku Tinggalkan???
Saban hari, aku disajikan dengan kuliah-kuliah ilmiah yang benar-benar meninggalkan kesan di hati. Terutamanya kelas ulum hadith yang disyarahkan oleh Sheikh Abdul Razak Muthalib Ahmad dan Sheikh Muhammad Khairil Anuar. Ilmu musthola hadith yang aku pelajari nampaknya mampu memecah tembok keegoan aku dengan 'perjuangan'. Kononnya, aku mungkin bisa meneruskan perjuangan secara fardhiyah, lalu terus aku tinggalkan perjuangan secara berjemaah yang suatu masa dulu aku cintai dan aku yakini keberkesanannya dalam berdakwah.
Dalam ilmu musthola hadith, kami diajarkan method-method para ulama' hadith dalam menetapkan tahap kesahihan mahupun kedha'ifan sesuatu hadith. Bukan mudah untuk mengkategorikan beribu-ribu hadith tinggalan junjungan besar nabi kita, Rasulullah s.a.w. Pelbagai kaedah harus dipraktikkan dan semuanya memerlukan ilmu. Ilmu pula takkan bisa dimiliki andai perjuangan menuntut ilmu diabaikan. Ilmu tidak akan hadir dengan sendirinya. Perjuangan pula menuntut pengorbanan yang tinggi. Lihat saja pada kesungguhan Imam Al-Bukhari dalam usahanya mengumpulkan hadith-hadith sahih, beribu-riba batu jauh diredahnya walaupun hanya untuk bertanya, pernahkah fulan bin fulan (perawi hadith) bertemu dengan fulan bin fulan, demi untuk memastikan kesinambungan sanad.
Apa kaitannya ilmu musthola hadith dengan perjuangan yang aku lakukan selama ini? Pertamanya, KESUNGGUHAN para ulama hadith terdahulu. Berkali-kali air mataku perlahan-lahan menitis saat ustaz menceritakan kesungguhan para ulama hadith dalam usaha mengkategorikan hadith. Bayangkan, betapa mudahnya kita saat ini, hanya bisa menelaah buku-buku dan kitab-kitab untuk memiliki ilmu. Keduanya, KETABAHAN para ulama hadith dalam menghadapi cemuhan para pencabar. Bayangkan, suatu masa dahulu pernah diadakan satu majlis khas untuk mencabar kesahihan hadith-hadith yang dikumpulkan oleh Imam Al-Bukhari, dan hasilnya Imam Al-Bukhari berjaya menjawab kesemua soalan-soalan yang diberi.
Ketiga, KETEGASAN mereka dalam membanteras hadith-hadith dha'if dan maudhuk yang dilakukan oleh para penipu dan penyeleweng. Para penipu ini sebenarnya tidak sedar bahawa yang ditipu mereka ialah Rasulullah s.a.w dan mereka telahpun sebenar-benarnya menempah tempat sebagai ahli neraka. Terakhir, KECINTAAN mereka terhadap Allah dan Rasul. Bukti cinta dan kasih mereka diterjemahkan pada ketulusan dan kecekalan mereka dalam mendalami ilmu Allah dan seterusnya usaha mereka ini secara tidak langsung telah menyediakan suatu landasan ilmu yang lurus, dan telah tersedia untuk dilalui oleh umat kini.
Pentingkah KESUNGGUHAN, KETABAHAN, KETEGASAN, dan KECINTAAN dalam sebuah perjuangan?
1. Kesungguhan
Tanpa kesungguhan, aku tidak mungkin akan terus istiqamah. Tanpa kesungguhan, mustahil untuk aku memberikan yang terbaik. Kesungguhan akan membuahkan hasil yang benar-benar menakjubkan andai tawakkal diiringi bersama. Hangat-hangat tahi ayam dalam menunaikan tanggungjawab dakwah tidak akan berlaku andai kesungguhan terpahat di hati para da'ie. Bukankah energi kesungguhan dapat dicas andai dakwah dilakukan secara berjemaah? Bukankah doa dan sahabat dan teman seperjuangan yang selama ini membahu gagah? Lalu kesungguhan tertancap pada api semangat yang membara, membakar agar perjuangan diteruskan!
2. Ketabahan
Perjalanan menuju ke syurga tidak dihamparkan permaidani merah untuk para da'ie melaluinya. Malah liku-liku kehidupan yang harus ditempuhi hanya dipenuhi onak dan ranjau berduri. Aku perlu menganyam cekal dan tabah dalam perjuangan agar tidak terjerat dek perangkap duniawi. Lantas, siapakah yang akan membisikkan kata-kata yang menenangkan saat diri tersungkur, rebah dan barangkali luka parah dan sukar untuk aku untuk bingkas bangun. Sadiq..aku yakin, kesatuan hati yang lahir dari ukhuwah islami adalah tunjang. Mana mungkin akan aku nikmati semua ini andai berseorangan?
3.Ketegasan
Hati perli dididik dengan tegas. Tiada ruang yang harus diisi oleh nafsu pada sekeping hati yang ingin mencari redha Illahi. Namun, untuk menjadi manusia maksum, adalah mustahil! Tetapi, untuk meletakkan diri pada alasan itu, lalu tiada daya upaya untuk berusaha menepis bahana nafsu yang menggila adalah dosa yang nyata. Mendidik hati dan merawat jiwa adalah tanggungjawab wajib untuk mereka yang bergelar da'ie. Muhasabah perlu untuk aku jadikan teman setia, dan apa yang pasti, koreksi diri hanya mampu dilakukan oleh pandangan mata hati teman-teman dan rafiq yang mengenali diri ini. Di mana mampuku cari mereka-mereka ini andai lapangan dakwah berjemaah tidak aku jejaki?
4.Kecintaan
Cinta Illahi dan cinta Rasul s.a.w adalah cinta agung yang perlu dipasakkan ke dalam lubuk hati, agar semua amalan dan perbuatan tidak berlandaskan nafsu semata. Tanpa kecintaan yang utuh, tidak akan lahirlah ikhlas dalam beramal. Tanpa ikhlas, mana mungkin amalan diterima. Pongkok pangkalnya adalah hati. Menyubur kasih suci berteraskan keikhlasan pasti terasa payah andai usaha menyemai benih cinta tidak dilakukan. Amalan meningkatkan iman dan taqwa harus berlangsung dengan berterusan, dan pasti andai dilakukan bersama sadiq yang punya matlamat yang sama, akan membuahkan benih kecintaan yang tulus suci.
"..Ya Allah, pasakkanlah hatiku dengan semangat juang yang terus teguh berdiri, demi menjulang panji kebenaran, agar tertegak kalimah tauhidMu, menewaskan yang batil, membenarkan yang hak, dan tautkanlah hati-hati kami, agar terus saling membahu gagah.."
Saturday, September 19, 2009
Salam Lebaran...

salam aidilfitri buat semua... blog ini akan di'update' insyaAllah pada minggu depan..ya? Buat semua pengunjung setia, para pembaca, sahabat-sahabat, dan sanak saudara, semoga beroleh keampunan dan kemenangan di Aidilfitri..
salam lebaran..
salam penyucian..
salam kemenangan..
~Nur Ad-Durrah~
Baiti Jannati
29 Ramadhan 1430H
9.28am
Friday, September 18, 2009
Indahnya Dalam 'Genggaman' Usrah...
Seringkali rasa sayu ditiup Tuhan ke dalam lubuk hati sejak akhir-akhir ini. Entah mengapa, aku pun tak tahu. Sayu yang tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata.
Langkah mencari malam al-Qadr diperhebat. Alhamdulillah, kepulangan sahabat yang lebih dekat di hati sebagai seorang abang dari Guangzhou, China membuka ruang untuk aku menikmati malam terakhir ramadhan dengan beriktikaf di masjid. Abang Suhail, serta beberapa sahabat-sahabat GPTD yang lain mempelawa aku untuk turut serta berbuka di Kolej Legenda,Mantin pada malam Jumaat lepas, bersamaan dengan malam ke-21 ramadhan. Pada malamnya, kami beriktikaf dan menjalani ibadah malam di masjid As-Syakirin, KLCC. Pagi esoknya, kami ke Putrajaya untuk beberapa urusan persatuan dan sekali lagi, Allah melapangkan ruang masa untuk kami beriktikaf di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin ataupun lebih dikenali sebagai ‘Masjid Besi’.
"..Di sini juga, ‘2 orang pemuda’ yang hatinya terikat dengan masjid, men’syahid’kan diri mereka. Seorang lagi pula bertungkus lumus menyiapkan ‘kelengkapan’ pasukan ‘bala tentera’ dan seorang lagi berjuang menelaah kitab-kitab untuk bersiap sedia bertempur di ‘medan perang’ peperiksaan mid term yang akan berlangsung pada keesokan harinya.."
Sayunya hati sepertimana yang aku catatkan tadi sebenarnya telah aku jumpa sebabnya. Rupa-rupanya, aku merindui ukhwah bersama mereka-mereka ini. Ukhwah yang hanya terjalin tahun lepas, tetapi memberi impak yang cukup-cukup mendalam buat diriku. Sewaktu tibanya aku di hostel, tidak semena-mena air mataku mengalir. Abang Suhail sudah berada di China selama 7 bulan, dan selama 7 bulan beliau di sana, selama itu jugalah aku tidak bertemu dengan sahabat-sahabat GPTD yang lain, terutamanya Abg Najmuddin,Abg Hakim, Abg Shazni, Kak Nadzifah, Kak Puteri dan Kak Jihan..
"..Bertemu Abang Suhail membuatkan hati berasa sangat gembira, namun, dalam masa yang sama sayu hati mengingatkan aku bahawa wajah si kakak yang juga sudah lama aku tidak bersua muka.."Selama 7 bulan ini, aku banyak menghabiskan masa dengan menelaah pelajaran dan beberapa aktiviti PKPIM sahaja, dan pastinya ruang untuk bertemu sahabat GPTD sedikit terbatas. Kakak agak busy dengan praktikal dan projek semester akhirnya, Kak Puteri pula di Jordan. Akhirnya tinggallah Kak Jihan yang sangat-sangat bersemangat dan bertahan walaupun dalam payah. Maafkan aku kakak2 dan abang2…masa dan tangungjawab sangat sempit untuk aku menjadi aktivis seperti dahulu. Tiada satu usrahpun yang dapat aku hadirkan diri, kerana ruang masa yang terhad. Apa yang aku harapkan ukhwah kita kekal selamanya…
"..Entah mengapa Allah wujudkan rasa indahnya ukhwah dan usrah bersama mereka-mereka ini. Kalau bersama teman batch, aku merasai keindahan berteman dan bersahabat, namun saat bersama mereka, aku merasai indahnya berkeluarga.."

sahabat batch..
Sungguh! Teringat sewaktu ke MPAT PKPIM baru-baru ini, aku terjumpa Abang Hakim. Waktu itu, hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya aku kerana melihat Abang Hakim, seolah-olah sebagai wakil abang2 dan kakak2 yang lain. Di kolej pula, ingatan terhadap usrah ini tidak terabai kerana aku diamanahkan agar menjaga dan tengok-tengokkan Yana, adik kepada Abang Najmuddin. Abang Suhail pula selalu meng’update’ perihal dirinya di dalam blog, dan kadang-kadang kami berbual melalui YM. Sebab itulah, hati ini sayu saat bertemu abang2..kerana rindunya aku pada kakak2 yang belum terlunas!
Dan akhirnya…rinduku terubat jua. Malam selasa lalu, aku ber’sms’ dengan kakak sehingga ke tengah malam. Keesokannya, selepas subuh, aku ber’sms’ pula dengan Kak Jihan, dan tengaharinya pula aku berbual dengan Kak Puteri. Alhamdulillah, syukur kerana Allah memberi ruang untuk aku memohon maaf pada mereka kerana jarang bertanya khabar… Syukur Ya Allah.
Apa yang pasti, Kembara Raya tahun ini insyaAllah aku ingin berkumpul bersama mereka seperti tahun sebelumnya. Indahnya berada dalam ‘genggaman’ usrah…walau beribu batu memisahkan, walau sesempit mana pun ruang sebuah pertemuan, apa yang penting ialah nilai sebuah ingatan. Semoga jalan dakwah kita terus bersinar..dan semoga Allah lorongkan hati kita untuk sentiasa berbuat kebaikan..
Buat abang suhail dan kakak, semoga urusan menuju gerbang perkahwinan dipermudah olehNya. Kesian abg Suhail kt China sorang-sorang..tahun depan insyaAllah berdua kan? Kakak pun kena buat banyak persiapan sebenarnya kan? Bukan mudah nak jadi sayap kiri orang hebat macam abang suhail..huu..=)
Buat abang din, semoga berbahagia di samping isteri dan ‘Ammar tercinta.InsyaAllah, syira akan jaga Yana baik-baik.. Buat Abg Shazni, hoho..semoga menjadi exco yang terbaik!!! Kena generate balik ni usahasama GPTD dengan PKPIM..Buat Abg Hakim…huuu..banyak betul buat salah dengan abg hakim nih..iaitu, menjadikan cd adobe photoshop miliknya sebagai harta persendirian..walaupun sebenarnya, cd tu takleh guna pun untuk install…raya ni, time datang beraya di rumah, syira pulangkan ye!
Buat kak jihan…huu…stay maintain kak! Akak murabbi kami di IIC kan..bila nak mai jenguk kami…=) dan…notes badi’uzzaman al-nursi tu tak jumpe kak..betul-cari dah tu..tak tau kat mana…tapi takpe, usaha mencari masih sedang giat dijalankan..insyaAllah, ada tu!Kak Puteri @ kak wawa...semoga bertemu tok arab yang best2 dan mantap ye..huuu..akak akan tetap jadi qudwah syira..dari iic ke jordan..hmm..insyaAllah, akan menyusul selepas ni..(tapi abg suhail kate nak mintak syira g china..dia nak cari orang china untuk syira..ngee..)
Friday, August 21, 2009
Marhaban Ya Ramadhan Kareem..

"Ya Allah..aku datang padaMu menyerah diri..
Melukis kata hati, membicara yang tersembunyi..
Andai taubat itu dihujung dunia,
Kau titiskanlah ia di samudera..
Andai di hujung langit,
Kau sisipkanlah di pangkal bumi..
Tiupkan dalam hatiku...
Agar tangan ini terus menadah!
Ku harap Ramadhan kali ini tidak roboh lagi janjiku padaMu.."
Kata-kata di atas merupakan bait dari mesej yang dihantar oleh seorang teman pada Ramadhan tahun lepas. Benar-benar ia menusuk lubuk hatiku yang paling dalam...Apatah lagi, saat diri kala itu sedang menanggung derita maha dasyat. Arwah mama merintih menunggu ajal di depan mata..cekung mata mama..kadang-kadang mengalirkan air mata, kadang tersenyum ceria... Ah..seolah-olah tidak percaya kami sekeluarga telah melalui hari-hari tanpa mama selama setahun..Pelbagai dugaan kami sekeluarga tempuhi bersama.

"..Ya Allah..aku datang padaMu menyerah diri.."
Ya...ramadhan kini membuka tirainya membuatkan aku kembali membaca mesej itu, dan apa yang pasti, pada ramadhan kali ini, jiwa dan ragaku meronta-ronta agar mereka dikembalikan untuk menyerah diri pada Allah ta'ala. Hanya nafsu sahaja dalam fasa peralihan untuk benar-benar kembali atau tidak. Nyata, imanlah penentu segalanya. Mentafsir bait kata ini membuatkan hati turut sama menterjemah bersama akal..Allahu Rabbi, aku datang bersama kefakiranku di sisiMu!

"..Melukis kata hati, membicara yang tersembunyi.."
Seringkali aku terdengar suara batinku yang meminta agar disiram semula baja iman yang kian pudar. Ya Allah..izinkan diri ini untuk melakar wajah iman yang Kau kehendaki...izinkan diri ini agar dapat ku luahkan kata hati yang tersembunyi selama ini.. Lukisan kata hati sebenarnya akan diterjemah kepada akhlak dan pekerti. Bicara tersembunyi pula akan terzahir pada buah bicara yang bererti. Subhanallah...
"Andai taubat itu dihujung dunia,
Kau titiskanlah ia di samudera..Andai di hujung langit, Kau sisipkanlah di pangkal bumi.. Tiupkan dalam hatiku...Agar tangan ini terus menadah!"
Jiwa hamba tidak akan pernah melupakan Khaliqnya. Jiwa hamba pasti bersarang rasa bertuhan! Jiwa hamba merindui untuk bertaubat pada Rabbnya.. Mencari dan terus mencari, ruang yang ada untuk mencair bersama tangisan kerinduan terhadap pengampunan Ar-Rahman..Agar beduk hati dipalu kuat bersama kutukan dosa, memutih jernih dibasahi maghfirah Al-Ghafur..

"Ku harap Ramadhan kali ini tidak roboh lagi janjiku padaMu.."
Tiada malukah berjanji setia andai dimungkiri? Tiada rasa bersalahkah andai istiqamah di awal Ramadhan terhenti? Kesetiaan Tuhan menabur nikmat, dicalari dengan dusta nista..Kasih sayang Ar-rahman menuang rahmat, dikotori dengan angan sia-sia.. Membina tembok janji pada hakikat keberkatan Ramadhan perlukan semangat yang tinggi, disulam bersama daya dan usaha yang jelas untuk menghampiri cita..
Sekadar monolog bersama lubuk hati.. Mencari-cari sumber cahaya yang bakal menerangi kamarnya yang gelap gelita.. Mata melilau, akal berfikir, hati menjawab..

Terangilah aku dengan Nur Tuhanmu..
Terangilah aku dengan Kalam Tuhanmu..
Tenangkanlah aku dengan Ingatanmu terhadap Penciptaku...
Pulangkan kembali aku disisiNya..
Berikan semula aku cahaya!
Allahumma inni as aluka ridhaka wal jannah.. wa na'uzubika min sakhatika wan naar.. Allahumma solli 'ala Muhammad.. Ya Rabbi solli 'ala Muhammad..
Wallahu'alam
Nur Ad-Durrah
~Baiti Jannati~
7.07 am,
23/8/09 (2 Ramadhan)
Saturday, August 15, 2009
Belasungkawa: Semoga Aman Disana...-Photo: Ihsan Nasyeed.Com

"Saya melihat sesosok tubuh yang baring telah siap dikafankan. Kain putih yang bersih dengan tangan yang diletakakan dibadan.Saya menatap wajah sahabat saya ini. Wajahnya bersih, tersenyum. Saya membacakan fatihah kepadanya. Perlahan-lahan saya menghampiri jenazahnya, saya cium dahinya yang bersih ini. Biasanya dahi ini akan ditemankan dengan kopiah beliau.Saya menghampiri telinga beliau, saya bisikan.“aku saksikan, bahawa engkau telah banyak berjuang untuk agama”Tiba-tiba saya menjadi sebak. Pada ketika itu air mata saya berlinang. Saya cuba menahannya tetapi saya tidak mampu. Saya menundukkan kepala saya, mengesat air mata yang mengalir di kelopak.Saya cium dahinya untuk kali kedua. Kali ini saya pegang bahu beliau, saya ucapakan lagi padanya:-“Sahabat, selamat berehat”.

"Arwah semacam seolah-olah seperti sedang tidur.. Ana rasa macam nak kejutkan arwah bangun..Cuma bila ana lihat kapas di hidung ustaz, baru ana sedar ustaz dah tiada.. Wajah ustaz tidak pucat lesu, segar seolah-olah macam biasa..hanya terlena.."
- Akh Syazman, Presiden Nasyeed Club IIC
Anakanda Ustaz Asri menunggu di liang lahad
Anak soleh sebagai harta..bahagiakan mereka hingga ke hujung usia, bila sampai waktu ajalnya.. Anak soleh sebagai harta..hai ibu bapa kami permata anda..tidak jemu berdoa..agar sejahtera terpelihara.."..Ustaz Amal pula berkongsi dengan pengalaman beliau yang sentiasa membekalkan bahan ceramah agama untuk Ustaz Asri bila diminta oleh Allahyarham. Beliau juga menceritanya betapa ramainya jemaah yang menunaikan solat jenazah sebelumnya. Menurutnya solat jenazah terpaksa dilakukan lebih daripada 10 kali untuk memberi ruang kepada semua yang hadir menunaikannya. Di perkuburan sahaja pun dianggarkan hampir 500 orang yang hadir.." -Abg RazinAllahyarham Ustaz Asri Ibrahim selamat dikebumikan.. Al-Fatihah
Para sahabat dan ahli keluarga mengusung jenazah dari van jenazah sehingga ke liang lahad. Turut kelihatan, Akh Syazman, Presiden Nasyeed Club IIC dan warga Nasyeed.Com
Ketika menunggu jenazah tiba ke kawasan perkuburan. Akh Syazman, Presiden Nasyeed Club IIC , Abg Waie, Abg Razin MESTICA dan beberapa warga Nasyeed.com yang lain tiba awal di sana.
Abg Razin MESTICA menanti jenazah tiba dengan penuh kesedihan..Ramai rakan seperjuangan yang memenuhi rumah ibu arwah Ustaz Asri pagi itu.
Ribuan yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham Ustaz Asri
Isteri dan anak-anak arwah Ustaz Asri menunjukkan kekuatan dan ketabahan luar biasa..Doa mereka mengiringi arwah, selamanya..
wajah sugul rakan artis..Abg Azadan antara yang benar-benar terkesan dengan pemergian arwah . Saya lihat Abg Shah InTeam menitiskan airmata sambil memeluk Abg Amin.. Abg Rahim juga tidak dapat menyembunyikan kesedihan.. "Ustaz Asri ikon dan bapa kami!"
Para jemaah yang hadir mengaminkan doa, mudah-mudahan diberi kebahagiaan dan 'kerehatan' sebenar di dalam taman syurga..

Para jemaah sedang membacakan surah yasin di rumah ibu arwah Ustaz Asri, di Shah Alam.
Friday, August 14, 2009
Cita-Citaku, Tinggi Ke INTIFADHA.. -Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim
Islam gemilang..
Cita-citaku daulatnya berulang
Cita-citaku Islam cemerlang
Cita-citaku Islam tinggi menjulang
Bait lagu ini, menjadi lagu kegemaranku saat diri ini mula dilitupi kabut hitam penyakit wahan sehingga terkadang membuatkan aku terlupa bahawa hakikat kecintaanku sepatutnya aku salurkan buat Allah dan Islam.
Allah swt Tuhanku, Islam agamaku, Muhammad s.a.w rasulku..nah, apa lagi yang sepatutnya aku kejar dalam hidup ini? Pointer 4.00? Best student setiap semester? Tetapi kemana gerakerja dakwah yang aku kejar selama ini? Kemana susah payah, keringat yang menitis kerana jihad, sakit kepala yang menyerang kerana memikirkan masalah umat, KEMANA semua itu pergi???

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...
Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim
(1969-2009)
Merdu lafaz syahdu jiwa pun merindu
Merakam rasa kalbu gemersiknya lagu
Angin kota cahaya
bertiup berarak pincang meredah maya
Hanya untuk DIA
Bangkit segar seirama
Meluruskan rentak safnya
Riuh rendah basah lidah
Kalam wahyu mewangi di taman..
Bacalah, Sebutlah dengan nama Tuhan Yang Menciptakan Segala kejadian di dunia Bacalah, Tulislah dengan Pena Wahyu yang diutuskan Risalah kemenangan untuk insan..
Satu persatu wajah sahabat-sahabat saf kepimpinan menjelma. Aduh Ya Allah..aku rindukan perjuangan dulu..ya Allah, izinkan untuk aku kembali menjadi hamba yang terpilih untuk berada dalam jalan jihadMu, Tuhan.
Sebenarnya, aku cemburukan arwah Ustaz..pemergian beliau seolah-olah sama seperti arwah Nabil. Malam jumaat dalam bulan yang mulia dan penuh keberkatan. Hanya beberapa hari menjelang Ramadhan. Kedua-duanya pergi dalam keadaan mereka rindu bertemu Pencipta. Mereka cukup-cukup bersedia!
"Qura'n mana Qur'an? Saya kena baca Qur'an pagi ni.." " Allah!!!.."
Itulah kata-kata terakhir arwah menurut sahabatnya, sebelum rebah di RTM 10 minit sebelum bermulanya pelancaran program SYAHADAH pagi semalam, kira-kira jam 11 am, 13/8/09. Ini pesan arwah, sehari sebelum kejadian sewaktu mereka berkumpul bersama-sama pada petang hari Rabu, 12/8/09.
"Kita semua kena berkumpul petang ini jugak..lepas ni semua dah sibuk.."
"Walaupun kita dah sampai ke tahap ini, kita kena kemaskan ibadah kita..kemaskan sedeqah kita.."
Benar kata Saudara Nuruddin dalam blognya...
Hari ke hari, semakin ramai teman ku berkahwin. Hari ke hari, semakin ramai teman kenalan taulan ku meninggal. Antara alam perkahwinan dan alam perkuburan. Antara suatu Sunnah Rasulullah dan sunnatullah. Antara dua malam pertama yang berbeza. Antara pilihan dan kepastian. Aku memilih kepastian. Manusia datang dan pergi. Hidup suka dan duka. Hidup ini suatu ketentuan. Mati itu satu kepastian. Coraklah kehidupan kita supaya indahnya kematian kita. Masih ada waktu untuk kita menentukan cara kematian kita. Corakkanlah dari sekarang. Setiap amalan kita bergantung kepada pengakhiran dan penamat kita. Matilah dalam berusaha dan bekerja.
Ya, benar sahabat. Mati itu benar.. Saat ini, aku terkenangkan wajah comel ini,
Al-Fatihah..











