Friday, May 23, 2008
Response on; REVIEW SCHOOL UNIFORMS
What is so serious about the girl's school uniform? Is 'white' a symbol of S.E.X.Y?
It is not the colors that matter, but it is how you portray yourself for not being too sexy and attracted by others, especially MEN. Having a second-time analysis at the statement made by the National Islamic Students Association of Malaysia (PKPIM) vice-president Munirah Bahari, there are some concrete reasons for WHY the government should review of the uniform policy. But, the thing is, will there be any possibilities for the reducing of rape cases to occur, if the changes of the WHITE uniform is permitted? For sure, it will remain vague, unless; there are actions to be taken!
“It is entirely irresponsible for anyone to suggest the idea that rape is a result of attire. Rape is not about attire, it’s about power that perpetrators feel they have over their victims,” (Women’s Aid Organisation executive director Ivy Josiah said in the star; 23rd May 2008-edited)
The idea of uncritical thinking is clearly stated in this statement for which ( I hope) it wont gives us, WOMEN any courageous to slightly think that the power of wearing any kinds of attire is in our hands! YES, RAPE is also about ATTIRE, and yet the power that perpetrators feel they have over their victims is also inspirited by the ATTIRE of the victim! Statistic shows that most rape cases are caused by the act of the victim itself for which it cannot be denied that psychological factors may also be contributed regarding this social ill. But let us try to have a look at the way our beloved young teenagers wear their clothes. Regardless the uniform issue. Are they following the real ethics of 'human' dress code? Try to put a step on Jalan Bukit Bintang, (24 hours; non stop!) and there you could see how Malaysian portray themselves in terrific ways!
I was a government school former and used to wear WHITE kurung for almost 12 years. The moment when the Head of Discipline were walking around with cane in hands is still clear in mind especially during the 'spot check hour'! The first thing that she stressed on was, "LADIES! are you wearing camisole?" It sounds simple, but it makes sense! WHITE kurung should be wearing together with camisole! And, on the other way around, it is back to a short-simple-significant word; DISCIPLINE! Yes, one should have discipline for each and every single thing in life and yet, in the scope of school environment, the Discipline Department should strictly plays their important role by empower their 'touch' towards students for a better-prevention.
verse from the Holy Qur’an states clearly the Islamic dress code for women; Allah said in the Glorious Qur’an, which means:
“And tell the believing women to lower their gaze (from looking at forbidden things), and protect their private parts (from illegal sexual acts) and not to show off their adornment except only that which is apparent (like both eyes for necessity to see the way, or outer palms of hands or one eye or dress like veil, gloves, head-cover, apron, etc.), and to draw their veils all over Juyûbihinna (i.e. their bodies, faces, necks and bosoms) and not to reveal their adornment except to their husbands, or their fathers, or their husband’s fathers, or their sons, or their husband’s sons, or their brothers, or their brother’s sons, or their sister’s sons, or their (Muslim) women (i.e. their sisters in Islam), or the (female) slaves whom their right hand possess, or old male servants who lack vigour, or small children who have no sense of feminine sex. And let them not stamp their feet so as to reveal what they hide of their adornment. And all of you beg Allah to forgive you all, O believers, that you may be successful.” (Surah An-Nur, verse 31)
So, to change or not to change the school uniform's color, it is up to the Ministry of Education to decide. A special honor to Munirah Bahari for her care regarding this issue which for at least she and her team members did something! Don't just sit and condemn others without further actions or else you'll become the real 'useless'. This 'something' may also become 'big thing' which is much more better than 'nothing', perhaps! Also, a special memo to all ladies out there; do watch your dress code; and do remember that there are many eyes watching over you and staring trough your clothes! Behave your 'human' ethics for at least if you feel no one is around, still, the One and Only is watching and He always do!
Thursday, May 22, 2008
RAGAM PELAJAR PEREMPUAN!
TUKAR BAJU ELAK GANGGUAN SEKS
Kementerian Pelajaran dicadangkan menukar pakaian seragam pelajar perempuan bagi menangani jenayah seksual melibatkan remaja dan hubungan seks sebelum perkahwinan dalam kalangan mereka.Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkata, kementerian boleh menukar baju putih kepada baju berwarna kerana ia tampak sesuai dan tidak jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan.
"Baju berwarna putih sangat jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan menyebabkan ada daya tarikan di situ," kata pemimpin wanita PKPIM, Munirah Bahari hari ini.
"Lebih-lebih lagi ia (baju jarang) akan mengganggu mata lelaki, sama ada suka melihatnya atau pun tidak. Baju berwarna putih itu tidak sesuai dipakai oleh pelajar perempuan di sekolah kerajaan.
"Di sinilah punca yang boleh kita saksikan bahawa pelajar perempuan itu sendiri mempunyai daya tarikan supaya lelaki mendekatinya.
"Oleh itu terjadilah perkara-perkara seperti pencabulan, penzinaan dan sebagainya."
Beliau mencadangkan kementerian menilai semula secepat mungkin baju seragam sekolah untuk pelajar perempuan.
Jika kementerian ingin mengekalkan seragam warna putih, katanya, PKPIM mencadangkan pelajar perempuan diwajibkan memakai singlet dalam atau tudung yang labuh kerana ia tampak lebih kemas, selesa dan selamat.
"Kami mengharapkan agar Kementerian Pelajaran bertindak tegas dalam menangani isu ini dan rombakan perlu dilakukan ke atas pemakaian pelajar perempuan demi memenuhi syariat dan tuntutan agama Islam," kata Munirah, naib presiden hal ehwal wanita PKPIM, dalam satu kenyataan hari ini.Beliau juga berkata, sikap pelajar perempuan yang tidak tegas menjadikan mereka mangsa cabul.
"Apa yang terjadi sekarang ialah mereka tidak tegas dan membiarkan diri mereka diperlakukan apa-apa sahaja oleh sesiapa," katanya.
Isu yang melibatkan keselamatan diri remaja, tegas Munirah, perlu diberikan perhatian oleh semua pihak.
"Namun begitu, isu ini dilupakan seketika (sekarang) apabila laporan sebegini tidak lagi tersiar di dada-dada akhbar.
"Sebaliknya isu ini akan menjadi panas apabila ada mangsa terbaru dilaporkan," tambahnya.
"Pakaian yang sopan dan menutup aurat boleh mencegah dan melindungi wanita daripada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini."
www.malaysiakini.com
Saturday, May 17, 2008
DEMONSTRASI NAKBA!!
| Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin Fri | May 16, 08 | 4:04:24 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - 30 NGO hari ini, berhimpun di bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Damansara bagi menyerahkan memorandum penyataan sikap dan petisyen 100,000 tandatangan rakyat Malaysia kepada 15 anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Pertemuan selama setengah jam wakil-wakil NGO tersebut memohon agar pihak UNDP dapat mengambil perhatian yang lebih serius kepada masalah yang kini menimpa penduduk Palestin yang telah lama menderita tanpa pembelaan yang sepatutnya diberikan pihak keselamatan PBB. Dalam pada itu, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) melahirkan kekesalan terhadap penolakan usul membantah sambutan ulangtahun ke 60 pendudukan haram Israel di Palestin akibat pencerobohan tentera Israel yang berkompromi dengan Namun, ianya diketepikan dengan alasan bahawa ianya bersifat tidak segera. Usul tersebut turut menyatakan bahawa Parlimen Australia telah meluluskan usul merayakan kelahiran Israel yang disokong pembangkang sedangkan parlimen Malaysia seharusnya mengutuk usul tersebut dan menyatakan bantahan kepada Australia. 15 Mei 2008 adalah genap 60 tahun Hari Naqba ialah suatu hari peringatan pencerobohan Israel ke atas tanah air Palestin. "Kita kesal dengan sikap tidak prihatin dengan kerajaan yang pernah menjadi Pengerusi Pertubuhan Negara-negara Islam Dunia (OIC) yang tidak pernah Beliau menyifatkan pemimpin OIC seluruh dunia masih takut dan dayus untuk membela Palestin dan membebaskan masjid Al-Aqsa daripada cengkaman Israel Zionis. "Malah tindakan Perdana Menteri kita sekarang ini melambangkan beliau seorang pemimpin yang lemah dan hal ini menyebabkan kami terlalu kecewa," tegasnya. Apa yang lebih mengecewakan, Malaysia akan mengizinkan warga Israel daripada pasukan bola sepak Chelsea masuk ke negara ini dalam keadaan umat Islam di Palestin ditindas dan diseksa tentera Israel di Semenanjung Gaza. Turut hadir dalam pertemuan pagi tadi, wakil daripada Muslim Care Society, Angkatan Belia Islam Malaysia, Jamaah Islah Malaysia, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia. - mr |
Friday, May 16, 2008
Selamat Hari Guru!
JIWA PENDIDIK DAN PENGAJAR PERLU BERSATU
Pembangunan modal insan seharusnya bermula daripada peringkat akar umbi lagi. Justeru, dalam usaha ‘melentur buluh dari rebungnya’, tidak dapat dinafikan bahawa profesyen perguruan memainkan peranan yang amat penting. ‘Guru’ sama ertinya dengan ‘pengajar’ apabila melihatkan realiti profesyen perguruan pada hari. Rata-rata para guru, hanya menjalankan tugas sebagai tenaga pengajar, bukannya ‘pendidik’. Kurangnya kesedaran terhadap makna dan tugas sebenar seorang guru hanya akan merugikan generasi muda hari ini. Harus diperjelaskan bahawa tugas yang digalas oleh seorang pengajar dan pendidik adalah berbeza.
Bagi seorang pendidik, tugas mereka bukanlah hanya mengajar kurikulum yang telah disediakan. Selain daripada memastikan silibus pelajaran berjaya ditamatkan mengikut ketetapan masa yang dijadualkan, tanggungjawab untuk membimbing para pelajar dengan nilai-nilai murni tidak seharusnya diabaikan. Karisma seorang guru sememangnya mampu memberikan impak yang besar kepada pembangunan integriti anak didiknya. Seharusnya, bagi seorang guru yang berjiwa pendidik dan pengajar, tugas mencurahkan ilmu perlulah diperkasakan lagi dengan keazaman untuk memanusiakan pelajarnya dengan nilai-nilai murni yang menjadi teras di dalam kehidupan
Mendepani cabaran ‘memanusiakan manusia’ bukanlah suatu tugas yang mudah. Lebih-lebih lagi, kini hedonisme terus menerus menjajah minda dan pemikiran generasi muda. Justeru, para guru harus lebih peka dengan realiti pelajar hari ini serta membuat pendekatan yang bersifat kontemporer dan praktikal.
Keruntuhan akhlak generasi muda tidak seharusnya dipandang enteng. Perlulah difahami bahawa sekolah tidak sepatutnya bertindak sebagai gelanggang menyebar ilmu semata-mata, tetapi turut sama berperanan sebagai ‘tapak semaian’ adab sopan dan nilai murni di kalangan pelajar. Nilai pada dasarnya bertunjangkan kepada sumber keagamaan, kepercayaan, tradisi dan budaya. Menurut Profesor Dr.Sidek Baba di dalam bukunya yang bertajuk ‘Pendidikan Rabbani’, dalam proses pendidikan, nilai-nilai teras adalah sesuatu yang amat penting dididik kepada pelajar. Nilai-nilai seperti jujur, amanah, ikhlas, bijaksana, adil, telus adalah contoh asas bagaimana membentuk pemikiran, sikap dan amalan dalam hidup. Justeru, apabila nilai-nilai ini dijadikan pedoman ikutan, diserapkan ke dalam proses ilmu, kurikulum dan sukatan atau diolah dalam metodologi yang lebih kreatif, pasti akan mengukuhkan lagi jatidiri seseorang.
Jatidiri merupakan teras dan akhlak pula merupakan cerminan dan biasan daripada kejituan jatidiri itu tadi. Betapa beruntungnya Negara
Seperti mana yang didedahkan di dada-dada akhbar dewasa ini, krisis modal insan yang semakin luntur di kalangan para pelajar telah mengakibatkan masalah sosial yang serius seperti masalah pelacuran di kalangan pelajar perempuan, gejala buang bayi, kes pukul dan sebagainya. Desakan kehidupan yang penuh mehnah dan tribulasi adalah antara penyebab yang mendorong para pelajar melibatkan diri dalam fenomena tidak sihat ini. Oleh yang demikian, selain daripada ibu bapa, guru adalah individu yang paling rapat yang mampu memberi bimbingan dan dorongan kepada para pelajar.
Jika tugas pengajar hanya tertumpu kepada aspek kurikulum pelajaran semata-mata, pendidik pula perlulah bersedia dengan bidang ilmu yang pelbagai. Sebagai golongan cerdik pandai, para pendidik haruslah mencurahkan ilmu-ilmu mereka dengan segala kudrat yang ada di samping memberi bimbingan dengan penuh dedikasi dan kasih sayang. Kerana itulah, para guru seringkali dianggap sebagai lilin yang sentiasa membakar diri dengan nasihat dan tunjuk ajar penuh hikmah! Jelaslah, tugas guru bukan hanya pada pembangunan intelektual sahaja, tetapi juga pada aspek kerohanian dan keperibadian para pelajar.
Sebagai salah satu usaha untuk menyahut cabaran Perdana Menteri dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) yang mahukan pembangunan modal insan diberi penekanan serius, para guru haruslah bangkit dengan agenda dan strategi tersendiri dalam menaiktaraf peranan guru agar kerjaya murni mereka mampu melahirkan intelektual yang juga murni dalam aspek keperibadian dan sahsiah. Sesungguhnya, jiwa pengajar dan pendidik haruslah bersatu agar sentuhan daripada kedua-dua elemen ini berjaya membentuk jiwa pelajar menjadi kamil dan luhur budi pekerti. Akhir kata, selamat hari guru buat semua pengajar berjiwa pendidik!
Wednesday, May 14, 2008
ABIM MEDIA STATEMENT on The 60th Anniversary of The Nakba and The Palestinians' Right of Return
MEDIA STATEMENT ON THE 60TH ANNIVERSARY OF THE NAKBA AND THE PALESTINIANS’ RIGHT OF RETURN
15 May 2008 marks the 60th anniversary of the Nakba, the grave catastrophe of 1948 in which Zionist militant forces invaded and destroyed more than 500 Palestinian villages through massacre and intimidation, causing not less than 700,000 Palestinians to become refugees. It is an account of human tragedy: the destruction of families, a civilization, culture and identity. The Palestinian people are not only Muslims; the internally displaced population and that which has been displaced subsequent to the illegal formation of Israel is composed of a multi-religious and in some sense multi-racial population. It is a problem impacting all of humanity, not merely Jews and Muslims.
On this day, our hearts go out to all the Palestinians and we stand in solidarity with them in mourning the Nakba of 1948; we support their resistance of the Israeli occupation of historic Palestine; we strongly codemn the 1967 territorial expansion which continues to facilitate the expansion of the Zionist colonial agenda until today. We are extremely appalled at the distortions and lies that the pro-Israel lobby has disseminated through global media as a result of Palestinian resolve resulting from these acts. This has led to widespread stereotyping of Muslims, Islamophobia and ignorance in the world community concerning the truth of the conflict. It is almost impossible to speak about the Nakba without speaking about taking responsibility and repairing the historical injustice that was committed against the Palestinian people. Such repair must emphasize first and foremost the recognition of the rights of Palestinians to return.
We stand in solidarity with all Palestinians in their struggle for freedom and self-determination and strongly reiterate the following:
- Our demand that Israel cease its siege of Gaza and lift its blockade to allow for the free flow of people, food, humanitarian aid and energy to the Palestinians in Gaza. According to the 4th Geneva Convention, collective punishment is a crime;
- Our further demand of the cessation and action-reaction syndrome that intensifies with each new incident, and the blatant excessive, extra-territorial incursions by Israel;
- Our denunciation of all illegitimate Israeli settlements in occupied Palestine and demand immediate demolition of the apartheid wall. Both settlements and the wall violate the rights of Palestinians through illegal land confiscation, home demolitions, and restrictions of movement;
- Our opposition towards prejudice, including racism and anti-Semitism, in all its forms, and insistence that the Israeli government’s policies toward the Palestinian people manifest both racism and state terrorism;
- Our strong urge to all nations, particularly the United States and its Western allies to give due regard to the interests of all parties to the dispute in the Middle East, and especially encourage those who would be peacemakers to be impartial in their approach, and not show favor nor fail to condemn either party for the breach of any agreements; and
- Our demand that Israel recognize all Palestinians’ Right of Return, as guaranteed in the United Nations’ General Assembly Resolution 194.
The refugees are mentioned in Article 11, which resolved: “... that the refugees wishing to return to their homes and live at peace with their neighbors should be permitted to do so at the earliest practicable date, and that compensation should be paid for the property of those choosing not to return and for loss of or damage to property which, under principles of international law or in equity, should be made good by the Governments or authorities responsible.”
AZRIL MOHD AMIN
Vice President (International)
Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM)
Kuala Lumpur
Isu Murtad Siti Fatimah Tan; Respon ABIM
| MALAYSIAKINI Abim: Cari formula tangani isu murtad |
| May 13, 08 7:16pm |
| Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menegaskan bahawa sudah tiba masanya untuk dicari suatu formula yang disepakati mengenai hukum syarak dan tatacara mengenai murtad atau permohonan keluar dari agama Islam di Malaysia. Usaha ke arah itu, tegas presidennya, Yusri Mohamad, menuntut suatu proses "ijtihad kolektif" yang melibatkan ahli-ahli fatwa dan pakar-pakar perundangan dalam bidang yang terbabit. "Adalah wajar pandangan semua pihak yang berkaitan dan berminat, termasuk yang bukan Islam, turut didengari dan diambil kira," katanya dalam satu kenyataan hari ini. "Akhirnya, memandangkan ini adalah isu hukum-hakam, (maka) para ahli fatwalah yang akan merumuskan keputusan terakhir dan cadangan peruntukan undang-undang yang sesuai," tambahnya. Yusri berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dalam kes Siti Fatimah Tan Abdullah adalah sangat penting serta perlu disoroti dengan saksama dari pelbagai sudut agar sikap yang setepatnya dapat diambil terhadap perkembangan terkini berkaitan isu murtad di negara ini. Sebenarnya, tegas beliau, ia bukanlah kes pertama seumpamanya di Malaysia, seperti yang dinyatakan oleh sesetengah laporan media. "Abim dimaklumkan bahawa memang sudah ada sebelum ini beberapa kes melibatkan saudara baru yang telah memohon dan mendapat kebenaran mahkamah syariah untuk keluar dari agama Islam. Cuma kes-kes lain sebelum ini tidak mendapat liputan meluas," tegasnya. Sikap perundangan Bagaimanapun, katanya, perlu ditegaskan bahawa adanya kes-kes ini bukan bermakna persoalan tersebut dalam negara ini sudah jelas dan seragam. "Hakim Mahkamah Syariah yang memutuskan kes-kes ini telah membuat keputusan berdasarkan fakta kes masing-masing, dalam situasi peruntukan undang-undang berkaitan murtad masih belum jelas atau seragam di negeri-negeri. "Walaupun negeri-negeri mempunyai bidangkuasa tersendiri dalam hal-ehwal Islam, namun ada keperluan kepada suatu sikap perundangan atau fatwa yang sejelas mungkin dan seragam berkaitan permohonan keluar agama Islam di negara ini. "Isu murtad di Malaysia sering menjadi tumpuan masyarakat dalam dan luar negara dan menjadi alasan sesetengah pihak untuk memberi gambaran negatif terhadap Islam dan umat Islam di Malaysia," tambanya. Menurutnya, kes Siti Fatimah adalah kesan pelbagai keputusan mahkamah sebelum ini, termasuk keputusan Mahkamah Sivil tertinggi di Malaysia, Mahkamah Persekutuan dalam kes Azlina Jailani atau Lina Joy, yang mempertegaskan bidangkuasa eksklusif kepada Mahkamah Syariah dalam kes-kes murtad dan seumpama dengannya. Justeru, katanya, kedudukan Mahkamah Syariah sebagai forum terbaik bagi menentukan status agama seseorang yang asalnya beragama Islam, tidak patut dipertikaikan lagi. "Terlepas dari soal betul-salahnya penghakiman dalam kes Siti Fatimah ini, ia membuktikan bahawa Mahkamah Syariah boleh dan mungkin membuat yang memihak kepada sentimen pihak bukan Islam. Adalah jelas tanggapan bahawa Mahkamah Syariah akan sentiasa berat sebelah terhadap pihak Islam adalah salah dan tersasar. Saudara baru "Dengan latar tersebut, Abim merasa kesal dengan sikap Majlis Peguam Malaysia melalui naib pengerusinya, Ragunath Kesavan seperti yang dilaporkan oleh media, yang terus-menerus berkeras bahawa kes-kes seumpama ini sepatutnya ditangani oleh Mahkamah Sivil. "Semua pihak haruslah menghormati penghakiman dalam kes tersebut. Sudah tentu ini tidak menutup ruang untuk Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) memfailkan rayuan terhadap penghakiman tersebut untuk dipertimbangkan di peringkat yang lebih tinggi. "Sepintas lalu, nampaknya kedudukan isu tersebut tidaklah begitu mudah. Tidak semestinya faktor bahawa seseorang itu telah tidak mengamalkan amalan-amalan agama Islam, wajar menjadi faktor utama penentu status agama seseorang Islam," tegas Yusri. Bagaimanapun, tegasnya, ia mungkin sesuai dalam situasi yang melibatkan seseorang saudara baru yang keislamannya pada asalnya tidak jelas serta boleh dipertikaikan ketulenannya. Akhirnya, kata Yusri, pihak berkuasa agama perlu lebih bersungguh-sungguh dan cekap dalam memelihara kefahaman dan penghayatan agama saudara-saudara baru. "Walau apapun latar dan tujuan sebenar seseorang saudara baru itu memeluk Islam, pihak berkuasa agama berada dalam posisi yang strategik dan mempunyai kapasiti untuk menyempurnakan penghayatan Islam mereka. "Abim turut kesal , jikalau benar, seperti gambaran yang disebut dalam penghakiman kes tersebut, bahawa dalam kes ini, pihak berkuasa agama negeri terbabit telah gagal mengambil langkah-langkah yang semaksima mungkin dalam memelihara hal-ehwal keagamaan para saudara baru," katanya. |
Ia diserahkan oleh Pengerusi Citizens International, Muhydin Abdul Kadir bersama wakil-wakil NGO lain kepada Pengurus Program United Nation Development Program di perkarangan pejabat tersebut sambil disaksikan kira-kira 50 aktivis NGO yang turut menyokong usaha tersebut.
Amerika Syarikat yang telah dikemukakan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Marang-PAS) di parlimen semalam.
mengeluarkan kenyataan mengenai Hari Nakba," katanya dalam satu sidang akhbar di sini.
"Sudahlah parlimen kita menjadi dewan yang pengecut untuk menyatakan sikap berhubung isu ini , tetapi kerajaan sanggup pula menjadi alat kepada Amerika dan bulldog kepada Israel," katanya lagi.