Cinta Buta Merana, Cinta Illahi Ke Syurga..
Benar hatiku dirobek dek insan bernama lelaki yang bertopengkan syaitan itu. Hakikatnya aku benci dan sungguh menyesali atas apa yang telah terjadi. Namun untuk aku meratapi takdir kurniaan Illahi Rabbi, jauh sama sekali! Ah, mana mungkin untuk aku mendustai nikmat karuniaNya yang Maha Luas. Tetapi, mengapa lara hati tidak mahu pergi jauh walau berkali-kali ku usirnya..lara hati kian merawang di setiap inci jiwa nuraniku. Kala insan yang ku jadikan sandaran, teman suka dan duka merampas kepercayaan dan meragut kebahagiaanku. Aku benci kamu lelaki. Aku benci kamu Zhaffran Harirri..
“ Maira, I mengaku I sayangkan Puteri...”... ujar Zhaffran perlahan. Dalam kolam matanya bergenang air jernih.
Kata-kata yang ku harap-harap tipu dusta fitnah manusia yang cemburukan kebahagiaan kami akhirnya keluar dari dua bibir lelaki itu. Dadaku berdegup kencang. Akhirnya... akhirnya kau ungkap jua wahai lelaki!
“ Sayang...nanti I janji bila I dah study kat overseas, and when i come back, I’ll marry you... we’ll be having a wonderful garden wedding, okay...”
Zzzapp! Kenangan itu singgah seolah-olah mengetahui insan yang menciptanya bakal mengorak langkah pergi mencipta kenangan indah baru bersama suri pilihannya. Masih terasa hangat tangannya membelai rambutku yang panjang mengurai di atas dahi. Ketika kami bersama membina impian, menuju puncak bahagia yang diimpi setiap manusia.
“ But, you know how much I love you, sayang. Kita dah couple for three years. I can’t imagine how my life would be without you by my side. But I just can’t let go either of you... you both have created such a lovely story in my life..” Zhaffran seolah-olah cuba memujukku.
“...and, for what I have gave you, is this what I should be paid? Maira bagi segala-galanya untuk Zhaff, kenapa Zhaff tergamak buat Maira macam ni? Why must Puteri?? She’s my bestfriend Zhaff! How could you!!” air mata kala itu tak dapat tertahan-tahan lagi. Segala janji-janji manis punah–ranah semuanya.
Perasaan yang sukar untuk aku gambarkan kala itu. Rasa sayu kerana aku tahu diri ini akan disakiti lagi. Bahawa diri ini akan ditinggal jauh. Rasa pedih dan pilu yang tak bertepi.
“Zhaff beriya-iya cakap semua ini fitnah. Siapa sebenarnya yang menipu sekarang ni? Maira menyesal percayakan Zhaff dan Puteri..Maira tak pernah sangka Zhaff sanggup tipu Maira. What kind of game are you both playing around me? Selama ni Zhaff permainkan hati dan perasaan Maira Zhaff... Zhaff tipu Maira Zhaff.. Zhaff tipu...Zhaff tipu Maira!!!Zhaff penipu!! Zhaff tipu Maira Zhaff.. Zhaff jahat.. Zhaff kejam!!!Zhaff penipu... Zz....zzh..aff...” kaki lemah milik Khaliq ini menggigil hebat hingga tidak berupaya menanggung berat tubuh badanku. Pandangan mataku kabur. Sampai hati Zhaff.. Zhaff penipu.. apa salah Maira pada Zhaff.. Zhaff musnahkan diri Maira.. Zhaff jahat..Zhaff.... Sesaat kemudian, semuanya beransur kelam..
* * *
“.. Maira.. I minta maaf sangat-sangat. But do trust me.. I won’t betray my own bestfriend, Maira.. Selama ni, Zhaff yang seduced I.. I tak sangka dia lelaki kejam.. How could he do this to both of us..”
Wajah rakan karibku, Puteri Alyaa Maisarah tiba-tiba muncul dengan seyuman yang tampak sinis sekali.
“..Maira, Zhaff sayangkan Puteri...Zhaff cintakan Puteri...”
Zhaffran tiba-tiba sahaja meratap sayu di hadapanku dan ku lihat jari-jemari Puteri berada erat dalam genggamannya.
“..Maira, I guess you already know that Zhaffran loves me... What I told you before was not true at all. I lied at you. I do love him too... I know we both are bestfriend, biarlah I yang mengalah dalam hal ni Maira. Just pretend that I’m a devil who wants to test on you guys relationship..okay..i’ll stay away...”
Puteri Alyaa Maisarah muncul lagi. Kali ini dengan pandangan yang amat tajam sekali. Ku lihat dengan jelas air matanya menitis sambil meronta tangannya dari genggaman Zhaffran.
“...Maira sayang... Zhaff nak dua-dua sekali dalam hidup Zhaff kalau boleh. Zhaff cintakan Maira and at the same time my heart wants her too...Maira sayang Zhaff kan..”
Kali ini mereka berpelukan dan memandang tepat ke arahku. Puteri tersenyum manja ketika tubuhnya erat dalam dakapan Zhaffran sambil menjeling tajam ke arahku..
“Pergi!!! Get out from my life!! I hate both of you....Maira benci kamu semua... Jangan ganggu hidup Maira...” ingin sekali kata-kata itu ku ungkapkan tetapi seakan-akan tersekat di kerongkong. Apa yang pasti, kedua-dua insan itu sedang mentertawakan diriku..
* * *
“..Humairah.... wake up sayang... Maira mengigau tadi..” ku lihat wajah ummi dan abi silih berganti.
“...Ummi, abi... jangan tinggalkan Maira...”
“...Maira, ini mama sayang.... papa pun ada di sebelah mama ni..Maira sekarang ni dalam hospital. Maira pengsan semalam, sayang. Zhaffran yang call mama and papa. Dia dah balik tadi. Puteri and her family pun ada datang, tapi, mama dah suruh mereka balik dulu..”
“Thanks Ma...”
Tiba-tiba pintu bilik dikuak.
“Assalammualaikum...Uncle, Aunty... Hi, Humairah...”Ikhwan rupanya. Di tangannya dibimbit sebuah bakul berisi buah-buahan.
“ Eh, Ewan... masuklah,”
“ Hi, Ewan...sorrylah menyusahkan kau.. “
“ It’s okay Maira... Aku pun tak boleh lama kat sini. My mom dah tunggu kat bawah. Dia kirim salam and she says sorry because tak dapat naik jenguk kau. Tak ada parking la kat bawah.. By the way, I’m so sorry for you, Maira.. Just let me know when you get back home okay.. Ni je yang aku dapat bawa untuk kau hari ni. Next time I’ll buy you chocolates okay..” sahabat baikku itu menghulurkan senyuman sambil meletakkan bakul berisi buah-buahan tadi di atas meja bersebelahan denganku.
“okay, sure will do Ewan... Thanks for coming anyways..”
“Tak pe... okay uncle, aunty.. Ewan dah nak kena balik ni. Just drop by nak jenguk Maira je.. nak make sure she’s okay... Assalammualaikum” Ikhwan bersalaman dengan papa dan mama.
“Wa’alaikumussalam..”
Hanya ekor mataku yang menghantar Ikhwan pulang.
“ Maira, doktor kata tomorrow morning Maira dah boleh balik rumah. So, malam ni dah boleh start packing barang. I do pray to Allah, may everything back to normal..” mama lantas mengucup dahiku.
Allah?....ya, itulah Khaliq. Cinta abadi yang ku cari-cari selama ini... PadaNya ku sembah dan hanya padanya tempat kami mohon pertolongan.
* * *
Ihdina assiroth al-mustaqim...
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus...
Hari ini hari pertama dalam semester pertama bagi pelajar tahun kedua Pusat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Arghh.. tukar lagi roomate aku. Harap-harap kali ini semuanya boleh ‘ngam’ dengan aku. Dah la tingkat empat. Adoi... beg pun berat. Raziff, Raziff..asyik mengeluh aje. Mak dan abah hantar kamu ke sini bukan untuk mengeluhlah. Humm.. betul-betul.
“Assalamualaikum, boleh abang tolong adik? Bilik nombor berapa ya?”
Perghh.. terkejut aku dibuatnya.
“Wa’alaikumussalam. Em, boleh jugak. Bilik 428..,” alhamdulillah. Masih ada insan yang sudi membantu hambaMu yang lemah lagi letih, lelah dan bermacam-macam lagilah. Syukur Ya Illahi.
“Bilik 428? Oh, roomate lah kita ni.. hehe. Nama abang, Safwan. Nama adik?”
MasyaAllah! Syukur buat kesekian kalinya. Begitu mudah aku sudah berkenalan dengan rakan sebilikku.
“ Nama saya Raziff Heykal. Kawan-kawan panggil Raziff je. Eh, kenapa abang masih ada kat sini? Bukankah abang sepatutnya dah ke main campus?”
“ humm, taklah. Abang ni student third intake. Sebelum ni abang study dekat Pusat Matrikulasi Pahang. Tapi waktu semester pendek dulu, abang accident motor. Patah kaki. Then, abang kena extend for another one semester. Sebab tu yang lama sikit kat sini. Tapi, ini final semester abang. Raziff ambil course ape ye?”
“Kosmetik....hehe. Tak adalah. Course medic. Abang?”
“Abang ambil Kosmo... hehe. Hum..abang buat engineering lah,”
Tawa kami pecah kala pertemuan pertama yang diatur Khaliq pada pagi itu. Pertemuan yang kucari-cari selama ini. Pertemuan yang kuharap berpanjangan dan dirahmati Illahi Rabbi.
Alhamdulillah, kini telah masuk tahun pertama aku di kampus Kuantan. Bagai semalam sahaja berlalu peristiwa perkenalanku dengan Abang Safwan. Kini, beliau di kampus Gombak. Jarak memisahkan kami namun ukhwah kami ukhwah fillah. Sukar sekali untuk ku lupa walau sesaat. Bagiku, dia seorang abang yang baik. Ya Manan, aku rindukan usrahku.. aku rindukan Akhi Safwan Baihaqqi!
Apalah ukuran ukhwah yang terjalin ini jika di dalamnya tersembunyi jutaan rahmat Illahi. Bila sakit ada yang mendoakan, bila perit ada yang meringankan, bila sedih ada yang menggembirakan, bila lalai ada yang mengingatkan dan bila susah ada yang menyenangkan. Semua ini tanda kasih sayang Ar-Rahman buat hamba yang dikasihiNya. Sahabat itu cermin diri. Menjadi peneman di jalanan permusafiran menuju ke Al-Jannah.
Siri Berikutnya: Nilai Iman
